<?php echo $tajuk; ?>


awas !!! gula-gula beracun



gula-gula beracun Dilihat sekali imbas, ia seperti gula-gula biasa yang digemari kanak-kanak.

Namun, gula-gula yang bungkusannya berwarna merah dan kuning emas itu boleh mengundang maut berikutan mengandungi bahan kimia berbahaya Taladafil, sejenis bahan merangsang nafsu lelaki mati pucuk.

Ia bukan dihasilkan untuk santapan ringan kanak-kanak, sebaliknya golongan lelaki yang berhajat meningkatkan keupayaan seksual.

Siasatan mendapati gula-gula seks terbabit memiliki empat perisa istimewa iaitu kopi, halia, kayu manis dan pudina.

Sumber Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan berkata, walaupun gula-gula terbabit menjadi kegilaan golongan mati pucuk, ia boleh menyebabkan kematian mengejut kepada mereka.

Menurutnya, gula-gula berharga RM5 setiap satu itu dipercayai diseludup dari negara jiran sebelum dipasarkan secara haram di negara ini.

“Gula-gula terbabit yang dibungkus dengan warna menarik dipercayai sebahagian taktik licik pengedar untuk mengaburi pihak berkuasa yang sentiasa memantau pengedaran ubatan seks haram di pasaran.

“Pengedar sebelum ini dikesan mencampurkan Taladafil dalam serbuk kopi campuran, pil dan serbuk makanan kesihatan, tapi kini dalam gula-gula.

“Siasatan pegawai farmasi mendapati gula-gula terbabit diseludup masuk sebuah syarikat di Damansara Jaya dan diedarkan sebuah syarikat lain di Puchong,? katanya.

Susulan maklumat yang dikumpulkan itu, pegawai farmasi melakukan beberapa siri serbuan sejak pertengahan Julai lalu bagi merampas semua gula-gula terbabit daripada pasaran tempatan.

Sumber itu berkata, pihaknya merampas ratusan ribu gula-gula itu yang dianggarkan bernilai RM1.18 juta.

Menurutnya, operasi khas di seluruh negara itu dilakukan bagi mengelak kejadian tidak diingini berikutan Taladafil boleh menyebabkan pelbagai tindak balas pada tubuh seperti mati mengejut, sakit kepala, gangguan perut, penglihatan, kesan sampingan seperti sakit kepala, otot selain boleh membawa kepada penyakit hati dan buta.

“Bahan kimia itu amat berbahaya kepada individu yang menghidap darah tinggi, sakit jantung dan kandungan kolestrol tinggi. Ia boleh menyebabkan tekanan darah dalam tubuh menjadi terlalu rendah. Akibatnya mangsa boleh pengsan mendadak atau pitam,? katanya.

Berikutan bahaya ubat seks haram seperti gula-gula berkenaan, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi meminta orang ramai memberi maklumat sekiranya mendapati individu atau pihak tertentu menjual produk terbabit.

Penjual atau pengedar produk itu boleh didakwa mengikut Akta Jualan Dadah Pindaan 2000.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak kurang RM5,000 atau dua tahun penjara mengikut Akta Racun 1957 dan denda antara RM25,000 hingga RM50,000 serta dua tahun penjara.

Difahamkan, Taladafil hanya dibenarkan penggunaannya oleh pesakit mati pucuk dibawah pengawasan dan nasihat doktor.



<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS











Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.