<?php echo $tajuk; ?>


Rutin hidup jadi berbeza



Rutin hidup jadi berbeza SERANGAN jantung atau heart attack berpunca daripada penyakit arteri koronari. Ia penyakit paling kerap dihidapi di Malaysia dan di dunia serta penyakit pembunuh nombor satu pada masa kini.

Kebelakangan ini, semakin ramai golongan muda iaitu di bawah umur 45 tahun terkena serangan jantung. Pengalaman serangan jantung pastinya sesuatu yang sungguh menakutkan kerana umum mengetahui penyakit itu memang bahaya dan boleh membawa maut. Selepas mengalami serangan jantung, kehidupan seseorang itu akan berubah sama ada secara sedar atau tidak sedar (subconcious).

AKTIVITI

Di dalam minggu pertama selepas keluar hospital, pesakit mungkin masih berasa lemah dan letih. Ini disebabkan kesan serangan jantung itu sendiri dan juga rehat di dalam hospital (bed- rest)

Aktiviti asas seperti mandi, bercukur dan memakai baju tidak sepatutnya menjadi masalah

Bila berasa kuat sedikit, pesakit boleh mula membuat aktiviti seperti mencuci pinggan mangkuk, pakaian, memasak atau berkebun secara ringan (light gardening)

Boleh memulakan senaman ringan seperti berjalan dengan perlahan atau naik tangga satu tingkat

Secara amnya, selepas empat hingga enam minggu serangan jantung, baru seseorang itu boleh memulakan kerja seperti biasa

Aktiviti pada peringkat awal selepas serangan jantung memang berlainan, bergantung kepada faktor pesakit seperti umur, jenis serangan jantung dan fungsi jantung. Yang penting, seseorang itu perlu meningkatkan aktiviti secara perlahan-lahan, bukan secara mendadak. Jika aktiviti itu mendatangkan sakit dada atau kesukaran bernafas, anda dinasihatkan berhenti dan berjumpa doktor dengan segera.

PERASAAN SELEPAS SERANGAN JANTUNG

Kira-kira suku daripada jumlah pesakit akan mengalami masalah kemurungan, berasa marah dan takut. Ini respons yang biasa atau normal kerana serangan jantung adalah peristiwa yang sangat signifikan di dalam hidup seseorang itu.

Perasaan sebegini akan berkurangan dan lama-kelamaan, hilang. Untuk mengurangkan masalah ini, seseorang itu perlu:

Bangun pagi setiap hari dan mulakan aktiviti harian. Jangan tidur atau baring di atas katil saja

Keluar rumah dan berjalan di taman

Mulakan kembali aktiviti hobi seperti sebelumnya

Kongsi perasaan dengan ahli keluarga dan teman. Jangan hanya memendam perasaan seorang diri

Cuba dapatkan tidur yang cukup setiap hari

Turut serta dalam program pemulihan (rehabilitation)

MAKANAN

Ia isu atau persoalan yang paling kerap bermain di dalam minda seseorang pesakit selepas terkena serangan jantung.

Faktor makanan penting untuk menyumbang kepada penyakit arteri koronari ini kerana makan secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit diabetes, darah tinggi, tinggi lemak atau kolesterol dan kegemukan.

Semua ini akan meningkatkan risiko seseorang untuk terkena serangan jantung. Namun, tiada satu makanan spesifik atau khas yang boleh menyebabkan serangan secara langsung. Jadi, amalkan pemakanan secara sihat seperti:

Kurangkan gula, lemak dan garam dalam makanan

Jangan makan terlalu banyak pada satu masa

Lebihkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan

AKTIVITI SEKSUAL

Secara umum, mengadakan hubungan seks lebih kurang sama dengan berjalan naik tangga satu atau dua tingkat atau berjalan 0.8 kilometer pada kadar sederhana. Jika tidak boleh melakukan aktiviti ini kerana sakit dada atau susah bernafas, berjumpa dengan doktor lagi.

Penting untuk bersikap terbuka dengan pasangan mengenai masalah ini. Kadangkala ubat-ubatan juga boleh menyebabkan masalah seksual. Jadi berbincang dengan doktor dan jangan sesekali berhenti makan ubat dengan sendiri kerana ini boleh membahayakan diri.

Untuk mengurangkan risiko serangan jantung berulang, seseorang itu perlu:

Makan ubat setiap hari. Ingat, kebanyakan ubat mesti diambil untuk seumur hidup

Amalkan gaya hidup sihat dengan menjadi lebih aktif dan menjaga pemakanan

Berjumpa doktor secara tetap walaupun sudah sihat kerana pemantauan berterusan penting

Jika masih mengalami masalah sakit dada atau susah bernafas, jumpa doktor dengan segera.

Bagi yang beragama Islam, jadikan episod pengalaman serangan jantung itu satu titik perubahan untuk menjadi lebih dekat dengan Allah SWT.

Ada yang terus meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung pertama. Jadi kita mesti bersyukur atas nikmat umur dan kesihatan yang diberikan walaupun selepas terkena serangan jantung dengan berusaha untuk lebih mendekati pencipta kita.

Testimoni minyak kelapa dara ibu dan bayi

Testimoni minyak kelapa dara ibu dan bayi

Manfaat dan kehebatan Minyak Kelapa Dara yang mesti diketahui ! KLIK DISINI


<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS











Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.