<?php echo $tajuk; ?>


Resdung - Memerlukan rawatan segera



Resdung - Memerlukan rawatan segera Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.

Apakah Sinus (Resdung)?


Sinus sebenarnya adalah rongga rongga didalam tulang muka disekeliling hidung. Rongga ini bersambung ke hidung melalui aluran aluran yang sangat kecil.Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga rongga ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lender ini akan berkumpul seterusnya kumam bakteria akan membiak didalam rongga sinus ini.Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkakan didalam lapisan hidung.

Gejala Sinusitis


Sumbat hidung
Lender dari hidung dan tekak
Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata
Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya

Kemudaratan Sinusitis (Resdung)


Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata
Jangkitan otak
Sakit tekak yang kronik
Jangkitan tulang muka
Menerukkan keadaan lelah
Berdengkur secara kronik
Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil
Alahan hidung
Selsema biasa yang melarat

Jika hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin, berhingus dan berkahak terutama pada waktu pagi serta mata sering berair? Jika ya, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan rapi kerana anda mungkin menghadapi masalah resdung atau sinusitis. Walaupun ia boleh dirawat, pengesanan penyakit pada peringkat awal akan memudahkan lagi proses pengubatan.

Lagipun, resdung pada peringkat parah bukan sahaja memerlukan pembedahan, malah ia mungkin membawa kepada penyakit lain yang lebih serius seperti barah.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr. Isa Rejab berkata, masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu.

Katanya, kegagalan merawat alahan itu akan membawa kepada gejala resdung dan penyakit-penyakit yang lebih merbahaya di dalam rongga sinus.

``Resdung bukan penyakit tetapi gejala penyakit yang mesti diselidiki dengan tepat untuk mengetahui penyebab bagi rawatan yang sepatutnya.

``Berdasarkan ujian ke atas daging yang dikeluarkan daripada rongga sinus beberapa pesakit resdung, ada yang disahkan penyakit TB, kanser, kulat, virus dan bakteria,''katanya semasa menyampaikan ceramah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut beliau, apabila seseorang mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak.

Katanya, daging atau dinding luar dan dalam hidung yang bengkak akan menyebabkan pergerakan udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.

Malah, jangkitan resdung boleh merebak ke bahagian otak dan mata yang akhirnya menyebabkan seseorang menjadi buta.

Untuk mengesan pesakit resdung, kaedah endoskopi digunakan yang mana tiub kecil dan sumber cahaya akan dimasukkan ke dalam lubang hidung sehingga ke rongga sinus.

Ia membolehkan pemeriksaan yang lebih teliti dijalankan bagi mengetahui apa sebenarnya yang terdapat di dalam rongga sehingga membawa kepada gejala resdung.

``Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil terpaksa dilakukan yang mana bibir atas di potong untuk keluarkan daging yang tersumbat di dalam sinus,'' katanya.

Tambah Dr. Isa, bahan yang dikeluarkan daripada ruang sinus akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, kata Dr. Isa, sebanyak 90 peratus daripada alahan ini pula disebabkan apa yang ada di rumah seperti di bawah selimut, bantal, tilam dan binatang peliharaan.

Di samping itu, katanya, sesetengah orang pula alah pada bedak herba, ubat-ubatan, buah-buahan seperti nanas, epal, tomato, badam dan lain-lain.

Bagaimanapun, katanya resdung tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak diwarisi daripada ayah atau ibu kepada anak.

Untuk mengatasi masalah alahan, amalkan petua berikut:

Elakkan membela binatang berbulu dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing.

Elakkan menggunakan kain selimut yang dibuat daripada bulu binatang, sebaliknya, gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan-bahan sintetik (tiruan).

Elakkan menggunakan tilam dan bantal yang dibuat daripada bulu binatang. Selalu basuh sarung tilam/bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Gunakan pembersih hampa gas yang baik dan mempunyai penapis yang baik

Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang dibuat daripada barang-barang kain atau bulu.

Berhati-hari bagi pengguna katil di tingkat bawah kerana anda akan menyedut segala habuk dari tilam di atas.

Selalu basuh barang permainan yang lembut.

Simpan pakaian di dalam almari yang tertutup.

Elakkan penggunaan tirai langsir yang berat dan banyak kain. Selalu cuci kalau menggunakan penapis nyamuk pada tingkap.

Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakas rumah.

Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah/perabot.

Rawatan tanpa ubat dengan Minyak Kelapa Dara BioVCO


sinusis, resdung, minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara untuk masalah resdung?


Minyak kelapa dara boleh digunakan bagi rawatan yang selamat untuk membersihkan sinus dan melegakan masalah pernafasan, dimana boleh membantu untuk bernafas dengan mudah.

Ambil sedikit daripada bekas yang mengandungi minyak kelapa dara dan titiskan kedalam lubang hidung anda. Berbaring dengan kepala anda menurun. Tetap dalam keadaan ini selama lebih kurang sepuluh minit atau hingga minyak kelapa dara tersebut masuk ke dalam sinus anda.

Dalam terpoh tertentu anda akan dapat mengurangkan lendir pada ruang sinus dan membolehkan anda bernafas dengan lebih selesa.

Asid lemak rantai sederhana (MCFA) yang terkandung didalam minyak kelapa dara akan membantu mengurangkan lendir. MCFA adalah antimikrob semulajadi yang sangat kuat dan memiliki kemampuan yang luarbiasa untuk kesihatan.

Anda boleh menjadikan minyak kelapa dara sebagai minyak urut. Urutkan pada leher dan dada untuk mendapatkan bantuan dengan lebih cepat.

testimoni resdung minyak kelapa dara - BioVCO

testimoni resdung minyak kelapa dara - BioVCO

Mengapa perlu menggunakan Minyak Kelapa Dara yang 100% ORGANIK?


>> Membantu mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang ideal
>> Mengurangkan risiko serangan Jantung dan darah tinggi
>> Mengurangkan kadar Kolestrol
>> Mengawal kencing manis dan Anti oksida yang semulajadi
>> Tidak meningkatkan paras platelet dalam darah
>> Memiliki sifat Antivirus, antibakteria, antifungus dan antiprotozoa
>> Meningkatkan kadar metabolisma dan Pemangkin kelenjar tiroid
>> Membekal sumber tenaga yang pantas
>> Mengurangkan kesan kedutan kulit dan Melindungi kesan ultra violet
>> matahari & penyakit kulit
>> Mengurangkan Kelimumur dan mengaktifkan pertumbuhan rambut

Pengawalan Penyakit Kardiavaskular




<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS











Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.