<?php echo $tajuk; ?>


Resdung dan sakit hidung



Resdung dan sakit hidung PERKATAAN resdung sering digunakan oleh masyarakat Melayu terutama pengamal-pengarnal rawatan tradisional untuk penyakit tertentu di bahagian hidung.

Diagnosis penyakit resdung ini mereka buat berdasarkan keluhan-keluhan atau tanda yang dinyatakan oleh pesakil seperti hidung berlendir, hidung bernanah. hidung tersumbat. sentiasa bersin atau berbau busuk.

Keluhan-keluhan dan tanda-tanda tersebut ternyata tidak spesifik. Kajian- kajian sains perubatan menunjukkan bahawa tanda-tanda tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit hidung. Ini termasuklah yang merbahaya ataupun yang tidak merbahaya.

Oleh itu penyakit resdung yang difahami olen masyarakat Melayu terutamanya pengamal-pengamal tradisional haruslah mendapat pemeriksaan doktor dan dikaji terlebih dahulu.

Langkah ini adalah supaya beberapa penyakit hidung yang merbahaya dan perlu rawatan awal oleh doktor perubatan tidak disalahanggap sebagai penyakit resdung lalu mendapatkan rawatan-rawatan tradisional saja.

Sebenarnya istilah penyakit resdung tidak digunakan dalam ilmu perubatan kerana ia tidak menyatakan jenis penvakit hidung yang tepat.

Di antara berbagai-bagai penyakit yang terdapat di dalam hidung ada beberapa jenis yang sering dihidapi oleh masyarakat.

Diantaranya ialah 2 jenis yang sering dianggap oleh masyarakat sebagai resdung iaitu alahan hidung (allergic rhinitis).

Kedua-dua penyakit ini mempunyai tanda-tanda tertentu dan perlu juga dilakukan pemeriksaan dan ujian-ujian untuk memastikan diagnosis.

Penyakit alahan hidung (allergic rhinitis)


Penyakit ini ialah keadaan di mana kulit dalam hidung pesakit amat sensitif terhadap satu atau beberapa bahan alahan {allergen}, bahan-bahan yang sering menjadi alahan ialah habuk, hama permaidani, debungaan atau bulu binatang.

Apabila terdedah kepada bahan-bahan tersebut, hidung pesakit menjadi gatal,bersin dan berlendir.

Lendirnya jernih dan kadangkala mata juga gatal dan berair. Ada juga pesakit yang sensitif terhadap keadaan sejuk, perubahan cuaca atau makanan tertentu.

Pesakit perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan hidung dan memastikan tidak ada komplikasi seperti ketumbuhan polip dalam hidung.

Ujian kulit juga boleh dilakukan untuk mengetahui apakah bahan-bahan yang didapati sensitif kepada pesakit.

Cara rawatan utama ialah dengan mengelakkan diri daripada terdedah kepada bahan tersebut. Jika tidak dapat dielakkan, ada beberapa jenis ubat untuk mengurangkan alahan.

Terdapat jnga pembedahan minor yang boleh menyembuhkan alahan hidung pada pesakit yang tidak respons pada ubat-ubatan.

Sinusitis


Penyakit ini pula ialah sejenis jangkitan bakteria pada rongga-rongga di tulang dan dahi. Rongga-rongga ini dipanggil sinus dan ia mempunyai saluran yang berhubung ke rongga hidung.

Banyak keadaan yang boleh menyebabkan jangkitan sinusitis. Ini termasuklah jangkitan atau kerosakan gigi. Apabila jangkita berlaku dalam rongga sinus, sinus mengeluarkan lendir dan bernanah.

la akan keluar melalui hidung sebagai hingus yang hijau atau kekuningan dan biasanya berbau busuk.

Jangkitan


Jangkitan sinus boleh berlaku sebagai Jangkitan yang Akut ataupun kronik.

Pada jangkitan akut, pesakit biasanya mendapat demam, bahagian pipi atau dahi sakit dan bengkak dan hidung mengeluarkan hingus yang pekat berwarna hijau atau kekuningan.

Hidung yang terlibat akan tersumbat. Pesakit juga akan berasa sakit

kepala terutama bila tunduk atau sujud. Pada Jangkitan yang kronik, tanda yang utama ialah berhingus berpanjangan dan berbau busuk.

Pesakit yang mempunyai tanda-tanda di atas perlu pemeriksaan doktor. Selain daripada memeriksa hidung dan bahagian-bahagian sinus dengan cara biasa, sekarang ini pakar-pakar telinga, hidung dan tekak boleh menggunakan alat-alat teropong (endoskop) hidung untuk membuat diagnosis sinusitis dan penyebab-penyebabnya. X-ray sinus juga perlu dilakukan.

Penyakit sinusitis perlu mendapat rawatan yang sempurna kerana penyakit ini boleh mengakibat komplikasi yang merbahaya terutamanya pada kanak-kanak.

Jangkitan pada sinus boleh merebak ke mata menyebabkan nanah dalam rongga mata dan merebak ke bahagian otak menyebabkan meningitis dan nanah di otak.

Rawatan untuk sinusitis jenis akut ialah anti dan ubat-ubatan untuk mengurangkan hidung yang tersumbat.

Bagi sinusitis yang kronik, biasanya pesakit memerlukan pembedahan pada hidung dan sinus untuk menghilangkan jangkitan pada sinus.

Kanser hidung (nasotaring)


Penyakit kanser hidung atau nasotaring bahagian belakang rongga hidung ini merupakan satu lagi jenis penyakit hidung yang berbahaya dan boleh disalah-anggap sebagai resdung.

la biasa mengenai kalangan orang dewasa. Kanser pada bahagian hidung bukan disebabkan oleh pesakit resdung atau apa apa jangkitan.

Sebagaimana kanser di bahagian lain. kanser hidung ada pelbagai jenis yang mempunyai ciri-ciri dan rawatan yang berbeza antara satu sama lain.

Walau bagaimanapun hampir semua Kanser hidung mempunyai tanda - tanda tersumbat hidung sebelah, berlendir dan kadangkala berdarah.

Contoh

Doktor biasanya perlu melakukan pemeriksaan yang teliti dan mengambil sedikit daripada contoh ketumbuhan itu untuk dikaji bagi menentukan jenisnya.

Di samping itu, x-ray, CT scan dan MRT perlu dilakukan untuk memastikan sejauh mana kanser ini telah merebak.

Bergantung kepada jenis kanser, ia boleh dirawat dengan cara radioterapi atau dengan pembedahan. Apa yang lebih penting ialah kanser ini perlu mendapat pemeriksaan dan rawatan awal untuk berjaya dihapuskan.

Testimoni minyak kelapa dara gemuk

Testimoni minyak kelapa dara gemuk



<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS











Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.