<?php echo $tajuk; ?>


Penyakit Thyroid



Penyakit Thyroid Kelenjar ini antara kelenjar dalam sistem endokrin.

Kelenjar ini dikawal oleh hipotalamus dan pituitari melalui hormon TRH dan TSH.

Jika hormon ini kurang semasa peringkat kanak-kanak, tumbesaran fizikal akan terencat sehingga menjadi seperti 'Peter Pan'.

Andainya kekurangan hormon ini berlaku pada orang dewasa, suara akan menjadi parau, kecerdasan akan menurun dan pesakit akan mengalami masalah sembelit.

Apabila paras hormon ini terlalu tinggi di dalam darah, pesakit akan mengalami keadaan hipertiroidsma (toksik).

Antara simptom yang dialami ialah denyut nadi kuat, peluh berlebihan, selera bertambah dan pemarah. Pesakit muda yang kronik akan mengalami penonjolan keluar biji mata manakala pesakit tua akan mengalami masalah denyutan jantung yang tidak menentu.

Goiter tidak toksik: Pembesaran kelenjar tiroid yang dapat dilihat dikenali sebagai goiter. Keadaan ini boleh berlaku sama ada dalam keadaan paras hormon tiroksin normal dan pesakit tidak mengalami apa-apa kesan atau paras hormon tiroksin tinggi dan mengakibatkan penyakit goiter toksik.

Pada amnya penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki pada kadar tujuh kepada satu. Penyakit goiter tidak toksik juga lebih kerap berlaku di kalangan wanita, fenomena ini adalah benar di seluruh dunia.

Sebab-sebab goiter: Pembesaran kelenjar tiroid boleh berlaku semasa remaja akibat rangsangan berlebihan hormon TSH.

Keadaan ini bersifat fisilogi dan tidak membimbangkan.

Goiter boleh berlaku dalam kawasan yang rentan akibat dari kekurangan zat iodid dalam makanan.

Penduduk yang jauh dari kawasan laut lebih terdedah kepada keadaan yang demikian. Makanan laut, terutama tumbuhan, dikenali mempunyai kadar iodin yang tinggi.

Pembesaran kelenjar tiroid pada peringkat umur muda kemungkinan berlaku kerana kekurangan daya penghasilan hormon tiroksin secara normal dan pembesaran yang terjadi akibat rangsangan berlebihan dalam usaha badan meningkatkan paras hormon tersebut.

Penyakit Thyroid


Kadang-kadang bengkak di tiroid boleh disebabkan oleh adenoma, kantung yang mengandungi air ataupun radang. Keadaan ini tidak berbahaya.

Pembesaran dalam bentuk pejal dan dalam satu nodul tunggal biasanya menimbulkan kerisauan di kalangan pakar perubatan kerana kemungkinan berlakunya barah pada kelenjar tiroid.

Ada beberapa jenis barah boleh berlaku dalam kelenjar ini seperti papillary, foliicular, medullary, anapalstic dan lymphoma.

Akibat goiter: Goiter yang membesar di hadapan leher akan mencacatkan rupa seseorang wanita. Goiter yang terlalu besar akan menekan salur pemakanan sehingga menimbulkan kesusahan semasa menelan, terutama apabila menelan makanan pejal.

Salur pernafasan juga mungkin menjadi sempit sehingga timbul kesusahan untuk bernafas. Ia boleh diikuti oleh bunyi 'stridor'.

Keadaan sedemikian akan lebih ketara apabila kelenjar tersebut tumbuh di belakang tulang sternum. Kesempitan ruang akan menyebabkan salur darah vena yang membawa darah dari muka ke jantung dan darah akan berkumpul di muka. Muka akan menjadi bengkak, kembang dan kemerah-merahan.

Goiter yang besar akan menyebabkan pesakit merasa pening apabila membuat pergerakan menundukkan muka, seperti menyapu sampah dan mengambil barang dari lantai.

Goiter yang disimpan terlalu lama boleh berubah menjadi terlalu aktif di beberapa tempat dan menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan dan berubah menjadi goiter toksik.

Goiter toksik di kalangan orang tua akan mendedahkan pesakit kepada risiko denyutan jantung tidak menentu dan kegagalan jantung.

Keadaan begini akan membawa maut dengan cepat.

Terdapat risiko beberapa fokus tertentu akan berubah menjadi malignan (kanser), terutama dari jenis folikular.



Testimoni thyroid minyak kelapa dara satu

Testimoni thyroid minyak kelapa dara dua

Penyakit Thyroid


Lain-lain artikel !!!

Baca lain-lain Info Kesihatan - Klik Disini

Baca TESTIMONI Pengguna - Klik Disini




<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS











Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.