Diabetes : Boleh cegah komplikasi



Sekiranya anda disahkan menghidap diabetes, segeralah mendapatkan rawatan yang betul untuk memastikan ia tidak menjadi lebih buruk. Merawat segera diabetes adalah sangat penting untuk memastikan tiada komplikasi lain terjadi akibat penyakit ini. Lebih buruk lagi, sekiranya seseorang pesakit turut menghidap ‘pakej’ penyakit lain termasuklah darah tinggi dan jantung.

Diagnosis


Diagnosis diabetes mellitus dibuat melalui ujian darah.
Paras glukos darah semasa puasa yang melebihi 7 mmol/L atau pada bila-bila masa melebihi 11.1 mmol/L merupakan paras yang dikategorikan sebagai diabetes mellitus.

Mereka yang mempunyai faktor risiko untuk mendapat diabetes dinasihatkan menjalani ujian darah dari semasa ke semasa walaupun mereka tidak mempunyai apa-apa tanda. Ini adalah kerana ada kemungkinan besar mereka menghidap penyakit ini walaupun tidak ada tanda-tanda.

Mereka yang tidak mempunyai faktor risiko juga dinasihatkan menjalani ujian darah kerana faktor usia di mana dengan peningkatan usia, risiko diabetes juga meningkat.

Faktor-faktor risiko


Faktor-faktor risiko penyakit ini termasuklah keturunan, kegemukan (obesiti) dan kurang aktiviti fizikal. Sejarah keluarga yang berpenyakit diabetes akan meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit ini.

Orang yang gemuk juga berisiko tinggi dan obesiti ditakrifkan sebagai indeks jisim tubuh (berat badan (kg)/ketinggian (m2)) melebihi 30 kg/m2 atau lilitan pinggang melebihi 80 sm (wanita) dan 90 sm (lelaki).

Obesiti dan kurang aktiviti fizikal boleh mengakibatkan diabetes mellitus kerana menyebabkan rintangan insulin di mana insulin yang dikeluarkan oleh sel beta pankreas kurang berkesan untuk menurunkan paras glukos dalam darah.

Rawatan penyakit diabetes mellitus


Rawatan utama untuk penyakit diabetes mellitus jenis 1 adalah suntikan hormon insulin kerana insulin tidak dikeluarkan oleh sel beta pankreas.

Rawatan pertama bagi penyakit diabetes mellitus jenis 2 pula melibatkan perubahan gaya hidup pesakit, pemakanan yang betul dan sihat serta meningkatkan aktiviti fizikal seperti kerap bersenam.

Rawatan pemakanan dan aktiviti fizikal akan dibincangkan dalam rencana yang seterusnya.

Tujuan utama rawatan adalah untuk memastikan paras glukos darah kurang daripada 6 mmol/l sebelum makan dan kurang daripada 8 mmol/l selepas makan.

Sekiranya paras ini tidak tercapai, ubat-ubatan akan diberi. Ada beberapa jenis ubat-ubatan yang berkesan untuk menurunkan paras glukos darah seperti metformin, gliclazide, rosiglitazone, acarbose, repaglinide dan sitagliptin.

Sesetengah pesakit diabetes mellitus jenis 2 juga memerlukan suntikan hormon insulin kerana paras glukos darah tidak dapat dikawal dengan ubat-ubatan dan insulin digunakan bersama-sama dengan ubat-ubatan untuk mencapai tahap paras glukos darah yang terkawal.

Rawatan dengan ubat-ubatan dan insulin akan dibincangkan dalam rencana yang seterusnya.

Selain daripada kawalan paras glukos darah, pesakit diabetes mellitus jenis 2 juga mempunyai tekanan darah tinggi dan paras lemak darah yang tinggi.

Rawatan dengan ubat-ubatan untuk mencapai tahap tekanan darah dan paras lemak darah terkawal juga perlu untuk kebanyakan pesakit diabetes mellitus jenis 2. Ini kerana tekanan darah dan paras lemak darah yang tinggi juga boleh mengakibatkan komplikasi-komplikasi diabetes mellitus seperti serangan sakit jantung, strok dan kegagalan buah pinggang.

Kesimpulannya


Penyakit diabetes mellitus adalah satu penyakit yang semakin meningkat kerana masyarakat moden sekarang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.

Penyakit ini mengakibatkan banyak komplikasi-komplikasi yang serius tetapi komplikasi-komplikasi ini boleh dicegah sekiranya pesakit mengikuti rawatan yang betul.

Rawatan Tanpa Ubat


Mati kerana penyakit Kencing Manis Minyak Kelapa Dara Minyak Kelapa Dara boleh mengurangkan paras gula dalam darah. Ia boleh membantu dengan menyingkirkan gula berlebihan. Ini kerana ia boleh meningkatkan kadar metabolisma badan. Peningkatan kadar metabolisma samalah dengan aktiviti senaman yang dilakukan.

Pengambilan 2 sudu besar sehari sudah mencukupi untuk menunjukkan kesannya. Tetapi pengguna hendaklah mengamalkannya secara konsisten. Walau bagaimanapun kesan Minyak Kelapa Dara juga bergantung kepada tahap kesihatan seseorang. Ada individu yang menunjukkan kesan cepat, ada juga individu yang mengambil masa yang agak lama untuk menunjukkan kesan.



Diabetes : Boleh cegah komplikasi Minyak Kelapa Dara

Diabetes : Boleh cegah komplikasi Minyak Kelapa Dara

Diabetes : Boleh cegah komplikasi Minyak Kelapa Dara

Diabetes : Boleh cegah komplikasi Minyak Kelapa Dara

Diabetes : Boleh cegah komplikasi Minyak Kelapa Dara


7 Tanda Penyakit Tiroid Yang Perlu Anda Tahu

Mengenali penyakit resdung atau sinusis

Ledakan penyakit diabetes

Tonsil dan masalah berkaitan tonsil

Bahana kolesterol tinggi

3



Tiroid Bukan Sekadar Bengkak Pada Leher

Rawatan dan SIHAT tanpa UBAT


tracker