Diabetes semakin menular

 Diabetes semakin menular
MUNGKINKAH apa yang dirisaukan selama ini menjadi kenyataan. Sebelum ini paras glukosa dalam badannya agak tinggi. Risau dan gelisah. Dia disahkan menghidap diabetes atau kencing manis. Yuen Kim bakal kehilangan kaki kanannya untuk selama-lamanya.
 
Menyesal kerana selama ini dia tidak berhati-hati soal makanan dan gaya hidupnya sendiri.
 
Ini antara situasi yang sering dialami pesakit diabetes di seluruh dunia.
 
Kurang peka untuk mencegah penyakit.
 
Jika penyakit ini tidak dicegah daripada peringkat awal, ia boleh menyebabkan kerosakan mata, serangan jantung, strok dan kerosakan kaki.
 
Menurut Pakar Endokrin, Dr. Hew Fen Lee, pelbagai faktor yang boleh menyebabkan seseorang diserang diabetes.
 
Jika dalam keluarga mempunyai sejarah penyakit ini, anak yang sulung paling berisiko tinggi menghidap diabetes.
 
Selain itu, gaya hidup seperti merokok dan berat badan yang berlebihan seperti obesiti menjadi faktor utama seseorang diserang diabetes.
 
Kini, diabetes jenis dua adalah jenis diabetes yang paling lazim berlaku dan penyakit ini dihidapi kira-kira 90 peratus pesakit diabetes seluruh dunia.
 
"Diabetes jenis dua disifatkan oleh kemerosotan progresif fungsi sel beta pankreas yang menghasilkan, menyimpan dan merembes insulin yang mengakibatkan hiperglisemia (aras gula darah yang tinggi) progresif.
 
Peningkatan pengeluaran glukosa oleh hati kerintangan insulin iaitu tubuh hilang kebolehan untuk menggunakan insulin dengan berkesan iaitu faktor genetik dan gaya hidup menyumbang kepada kerintangan insulin ini," katanya ketika sidang media eksklusif di Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, Selangor anjuran Merck Sharp & Dohme baru-baru ini.
 
Kematian setiap sepuluh saat, satu orang mati akibat punca yang berkait dengan diabetes dan diabetes ialah sebab kematian akibat penyakit yang keempat tertinggi di dunia.
 
Diabetes yang bersifat epidemik terus menimpa semakin ramai orang di merata dunia tetapi begitu ramai sekali yang kurang sedar mengenai keluasan global ancaman diabetes.
 
Data terkini menunjukkan bahawa kira-kira 246 juta orang seluruh dunia atau hampir enam peratus penduduk dunia sekarang hidup dengan diabetes.
 
Anggaran ini dijangka akan meningkat sehingga kira-kira 380 juta menjelang tahun 2025 jika tindakan tidak diambil.
 
"Bilangan pesakit diabetes dijangka akan meningkat dengan paling banyak di negara-negara membangun.
 
Komplikasi yang berkait dengan diabetes kini merupakan salah satu punca kematian yang utama di banyak negara terutamanya melalui peningkatan risiko penyakit kardiovaskular," jelasnya.
 
Dalam pada itu, Persekutuan Diabetes Antarabangsa menganggarkan bahawa jangka hayat berjumlah 23 juta tahun hilang disebabkan ketidakupayaan dan mutu hidup yang merosot akibat komplikasi diabetes yang boleh dicegah
 
Penjagaan diabetes sering kali mencuri masa yang berharga daripada pendidikan, pekerjaan bergaji dan waktu senggang.
 
Komplikasi akibat diabetes seperti penyakit arteri koronari dan penyakit vaskular periferi, strok, neuropati diabetes, amputasi, kegagalan ginjal dan buta kini meningkatkan ketidakupayaan, menyingkatkan jangka hayat.
 
Bahkan, ia menelan belanja kesihatan yang sangat besar bagi hampir setiap masyarakat.
 
Menguruskan diabetes
 
Diabetes dan komplikasinya pasti akan muncul sebagai salah satu ancaman yang utama terhadap sumber kesihatan awam sedunia pada masa depan dengan kos ekonomi dan sosial yang sangat besar terutamanya di negara-negara membangun.
 
Diabetes berkos tinggi walaupun sebelum didiagnosis lagi.
 
Kos langsung penjagaan kesihatan diabetes mencakupi antara 2.5 peratus hingga 15 peratus daripada belanjawan penjagaan kesihatan tahunan.
 
Pada tahun 2007 dunia dianggarkan akan membelanjakan sekurang-kurangnya RM 828.58 bilion (AS $ 232 bilion) untuk merawat dan mencegah diabetes dan komplikasinya.
 
Menjelang tahun 2025, anggaran paling rendah ini akan melebihi RM 1,080 bilion (AS $302.5 bilion) di negara-negara yang berpendapatan sederhana seperti Malaysia, separuh daripada perbelanjaan perubatan diabetes digunakan ke arah pengawalan gula darah yang penting untuk mencegah hiperglisemia akut yang boleh mengancam nyawa.
 
Bakinya diagihkan antara penjagaan perubatan am dengan komplikasi kronik.
 
Langkah penjagaan
 
Menurut Dr. Fen Lee, untuk membantu mencegah diabetes jenis dua dan komplikasinya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan supaya orang ramai mencapai dan mengekalkan berat badan yang unggul.
 
Selain itu, masyarakat digalakkan sentiasa cergas dengan melakukan gerak kerja tetap yang sederhana berat selama sekurang-kurangnya 30 minit pada kebanyakan hari. Gerak kerja hendaklah ditambah untuk mengawal berat badan.
 
"Rawatan diabetes melibatkan penurunan glukosa darah dan aras faktor risiko lain yang diketahui merosakkan salur darah. Penggunaan tembakau juga mesti dihentikan untuk mengelakkan komplikasi," katanya.

Minyak Kelapa dan Pencegahan Diabetes

minyak kelapa dara biovco rambut gugur Minyak kelapa juga boleh melindungi daripada penyakit kencing manis. Asid lemak rantaian panjang yang terdapat dalam minyak sayuran lain akan disimpan akan disimpan sebagai lemak. Lemak yang disimpan didalam tubuh menggalakkan rintangan insulin dan menyebabkan penyakit kencing manis. Asid lemak rantaian panjang juga menghalang penyerapan glukos, yang menyebabkan paras glukos dalam aliran darah tinggi dan ia merbahaya untuk pesakit darah kencing manis.

Asid rantaian sederhana dalam minyak kelapa dara, sebaliknya akan ditukar terus dalam bentuk tenaga untuk digunakan. Minyak kelapa juga membantu menstabilkan tahap gula dalam darah selepas dimakan, dimana ia menghalang peningkatan paras glukos dalam darah dan risiko hipoglisemia. Pengambilan minyak kelapa dara antara 2 hingga 4 sudu boleh membantu pesakit diabetes.

Diabetes  Minyak Kelapa Dara

Diabetes dan Minyak Kelapa Dara

Diabetes kencing manis Minyak Kelapa Dara

Rawatan Diabetes dengan Minyak Kelapa Dara

Diabetes penyebab jantung koronari Minyak Kelapa Dara

Belian 2 botol BioVCo

Saya nak 4 Botol BioVCo untuk KESIHATAN dan Masalah Diabetes saya dengan DISKAUN HEBAT !!!

 

Pesanan Anda Dilindungi Oleh Jaminan Wang Balik 30 Hari Dari Kami. Sekiranya  tidak memberi sebarang kesan atau hasil yang bermanfaat kepada anda. Kami akan pulangkan wang anda tanpa banyak soal.

 



P/S : Keahlian PERCUMA jika anda membeli sekarang. Ini bermakna anda akan menerima DISKAUN AHLI untuk pembelian kedua dan seterusnya.

P/S/S : Jika pembelian dibuat pada hari ini, tiada caj penghantaran akan dikenakan. Penghantaran PERCUMA menggunakan KORIER Poslaju boleh ditamatkan bila-bila masa sahaja tanpa sebarang NOTIS.

P/S/S/S : Anda tidak perlu ragu-ragu kerana produk BioVCo telah dijual secara ONLINE sejak lebih tahun 2005 dan telah diambil oleh lebih 5200 pengguna tidak termasuk ahli keluarga mereka.



 $tajuk