4 Menu Cadangan Untuk Bersahur

4 Menu Cadangan Untuk Bersahur Menurut pakar pemakanan, menu sahur yang terbaik adalah yang mampu memenuhi keperluan tubuh serta mampu mengelakkan cepat rasa lapar.

Umumnya, anda boleh makanan yang tinggi kandungan serat serta protein. Dalam pada itu, makanan itu perlulah mengandungi karbohidrat dan vitamin.

Berikut adalah menu cadangan bersahur untuk anda;

1. Oat yang dibancuh sendiri. Tambahkan sedikit buah-buahan seperti aprikot, barli, kurma ataupun strawberi. Oat untuk Bersahur, tapi bukan oat yang 3 dalam 1.

2. Andainya anda tak boleh tinggalkan nasi, cuba beralih kepada beras perang.

Beras Perang untuk Bersahur Sebagai pelengkap, pilihlah sayur-sayuran dan sumber protein seperti ikan.

3. Sekiranya anda tiada selera terhadap nasi, ambillah sandwic tuna. Selain tuna, isi ayam panggang tanpa kulit pun boleh dijadikan inti.

4. Katakanlah anda tersedar pun dah lewat, tak sempat nak siapkan salah satu menu di atas.

Anda boleh makan yogurt rendah lemak bersama pisang sebagai ganti.

Selain makanan, minuman pun penting. Segelas susu rendah lemak bersama 2 gelas air masak adalah pilihan terbaik. Jikalau minum air terlalu banyak, nanti perut anda tak larat nak tampung makanan lain.

facebook_043.php