Derita akibat psoriasis

Awasi daripada kerosakan gigi Bagi segelintir individu, masalah kulit itu mungkin dianggap biasa atau bermusim. Namun, sebenarnya ia adalah psoriasis. Ia adalah sejenis penyakit kulit biasa yang menjejaskan kitaran hidup sel kulit akibat sel tumbuh dengan cepat pada permukaan kulit, membentuk sisik tebal, berkilat yang gatal, kering, kemerah-merahan dan kadang kala menimbulkan rasa sakit berlarutan.

Berdasarkan kajian Persatuan Pesakit Psoriasis Persekutuan Eropah terhadap 18,000 pesakit psoriasis, 77 peratus daripada mereka mengakui psoriasis membawa impak besar serta mengganggu kehidupan harian.

Pesakit perlu sedar Psoriasis bukan penyakit berjangkit dan tidak boleh sembuh. Namun, ia dapat dikawal melalui rawatan jangka panjang.

Walaupun simptom psoriasis hanya ada pada kulit badan, namun ia bukan penyakit di luar badan saja. Sebaliknya, ia berpotensi tinggi menyebabkan penyakit kardiovaskular dan arthritis psoriatik (gejala sakit atau bengkak pada sendi).

Kulit kepala, lutut dan siku termasuk kuku dan tulang antara bahagian badan yang berisiko dihidapi dan penumbuhan plak pada tangan dan kaki menyukarkan pesakit melakukan sesetengah pekerjaan, senaman atau aktiviti.

Pengalaman merawat pesakit yang menderita psoriasis sederhana hingga serius selama beberapa tahun memberi perspektif bahawa penyakit ini bukan saja menjejaskan hubungan sosial pesakit, malah menimbulkan perspektif negatif terhadap keadaan diri mereka. Justeru, rawat penyakit ini secara berkala.

Psoriasis terbahagi kepada beberapa jenis iaitu psoriasis bertompok (paling lazim) dan guttate psoriasis (biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak).

Ada juga psoriasis tahap kronik sehingga memerlukan rawatan di hospital antaranya erythrodermic psoriasis; Lampin psoriasis; Pustular psoriasis (teruk hingga menimbulkan kesakitan); Guttate psoriasis dan Plaque psoriasis (bertompok dan timbul).


  1. Ekzima dan Psoriasis - BioVCO.com

    www.biovco.com/indexik.php?no...psoriasis... - Translate this page
    Masalah Kulit boleh menyebabkan seseorang merasa tidak selesa. Apa yang perlu dilakukan ialah mengenalpasti apakah masalah sebenar yang dihadapi ...
  2. Psoriasis penyakit kulit bersisik - BioVCO.com

    www.biovco.com/kesihatan/penyakit_kulit.html - Translate this page
    JIWA tertekan, malu, rasa rendah diri dan jemu untuk mendapatkan rawatan adalah gejala biasa yang dialami pesakit psoriasis. Ketika penyakit menyerang ...
  3. Penyakit Psoriasis - BioVCO.com

    www.biovco.com/indexiko.php?no=4...psoriasis... - Translate this page
    Psoriasis tidak berjangkit PENYAKIT psoriasis adalah penyakit yang kronik, tidak berjangkit dan mempunyai ciri-ciri seperti tompok yang merah, tebal dan ...
  4. Psoriasis - BioVCO.com

    www.biovco.com/indexik.php?no=42...psoriasis... - Translate this page
    Psoriasis adalah satu keadaan kulit meradang yang kelihatan berwarna merah disebabkan oleh pembaharuan sel-sel kulit yang abnormal (terlalu pantas), iaitu ...

facebook_056.php