Diabetes mellitus punca sakit ginjal

khasiat dan kehebatan minyak kelapa dara Diabetes adalah sakit kronik yang terjadi apabila badan tidak dapat menghasilkan atau menggunakan insulin dengan betul, hormon yang diperlukan untuk memproses gula, kanji dan makanan lain kepada tenaga yang diperlukan untuk aktiviti seharian.

Punca penyakit ini masih menjadi misteri walaupun genetik dan persekitaran dikatakan memainkan peranan dan tiada penawar untuk menyembuhkannya.

Mungkin ramai yang tidak tahu diabetes antara sebab utama kegagalan buah pinggang atau ginjal di Malaysia dengan kira-kira 52 peratus berada tahap akhir disebabkan olehnya.

Setiap tahun, 4,000 hingga 5,000 pesakit baru disahkan menghidap penyakit buah pinggang peringkat akhir yang memerlukan mereka melakukan dialisis atau pemindahan buah pinggang.

Pakar Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara Selangor, Dr. Soehardy Zainudin berkata, bagi mereka yang tidak menghidap diabetes, buah pinggang mampu memproses albumin iaitu protein.

Namun, bagi pesakit diabetes, antara kesan awal pada buah pinggang adalah penghasilan kuantiti kecil protein dalam urin yang dipanggil microalbuminuria.

Ia sukar untuk dikesan bagi tempoh lima tahun pertama malah pesakit akan mendapati semuanya normal walaupun melakukan ujian darah.

Apabila memasuki tahun kelapan hingga ke-10, pesakit akan mendapati urin mereka berbuih banyak dan bila jumlahnya semakin bertambah, ia tanda awal penyakit buah pinggang..

Antara simptom lain rasa letih, selera makan berkurangan, ruam dan gatal-gatal di kulit, muntah-muntah, kencing semakin kurang dan kaki mulai bengkak.

Komplikasi akibat penyakit ini apabila ia mencapai peringkat akhir iaitu pesakit susah bernafas, paru-paru berair, pengumpulan toksik di dalam badan, senang terkena serangan jantung dan akhirnya buah pinggang rosak yang menyebabkan pesakit melakukan dialisis.

facebook_047.php