Pembesaran kelenjar prostat

Amaran untuk kaum Adam di mana Hiperplasia Prostat Tidak Berbahaya (BPH) iaitu pembesaran kelenjar prostat boleh menyerang tanpa anda ketahui akan kewujudannya.

Lazimnya, mereka yang berumur 50 tahun ke atas berisiko mendapat penyakit ini.

Menurut Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Prof. Azad Hassan A. Razack, angka untuk penyakit ini akan meningkat setiap tahun dan peningkatan tersebut adalah bersangkutan dengan populasi penduduk negara ini yang semakin meningkat atau dalam erti kata mereka yang meningkat usia (warga emas) semakin banyak.

Tambah beliau, keadaan ini semakin membimbingkan ditambah pula dengan tahap kesedaran di kalangan lelaki terhadap penyakit ini masih rendah.Walaupun penyakit ini tidak boleh membawa maut, tetapi jumlahnya semakin meningkat dari sehari ke sehari.