<?php echo $tajuk; ?>


Seribu guna menyimpan seribu rahsia



kehebatan minyak kelapa dara Pohon kelapa telah dijadikan tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.

Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah olah dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula.

Sebenarnya minyak kelapa yang dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia, menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian keatas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di ana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan ewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar besaran.

kehebatan minyak kelapa dara seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit.

Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar pakar barat terus mencari kesan kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat. Kajian kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai kesan positf seperti berikut:

Sudah tentu kita akan merasa terkejut apabila melihat senarai panjang penyakit yang dapat di elak atau disembuhkan dengan memakan minyak kelapa dara. Ini semua adalah kekuasaan tuhan yang telah dari awal lagi menunjukkan kepada manusia bahawa pohon kelapa kejadiannya amat berfungsi untuk kegunaan harian manusia. Tanpa kajian kajian yang dilakukan oleh pakar pakar negara barat, sudah pasti seribu satu rahsia alam yang tersimpan di dalam minyak kelapa dara tidak akan tercungkil.

Maka terbuktilah betapa hebatnya kejadian dan hikmah tuhan seperti yang di manifestasikan oleh pohon kelapa. Setiap yang dijadikan tuhan secara semulajadi sudah pasti ada hikmahnya. Janganlah pula kita sebagai insan kerdil menidakkannya.

Testimoni minyak kelapa dara satu

Testimoni minyak kelapa dara dua

<?php echo $tajuk; ?>










Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.