<?php echo $tajuk; ?>


Waspada salin lampin



Waspada salin lampin DALAM kesibukan menjaga kebersihan diri dan persekitaran, kadangkala kita terlepas pandang kebersihan barangan bayi serta permainan yang menjadi teman si kecil.

Lumrah si kecil, alat mainan sering dipegang, dipeluk, digigit dan dimasukkan ke mulut. Walaupun sering digunakan, ia jarang atau tidak pernah dibasuh atau dibersihkan.

Perlu diingat, mainan kanak-kanak bukan kalis kuman atau sentiasa bersih. Seperti barangan lain, ia perlu dibersihkan, apatah lagi jika sering digunakan si kecil yang tergolong dalam individu kurang imuniti terhadap penyakit.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita kematian dua bayi berusia dua dan 10 bulan manakala 2,236 penduduk di daerah Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai dijangkiti Rotavirus yang menyebabkan kes ‘Acute Gastroenteritis’ (AGE).

Bagaimanapun, punca sebenar virus itu merebak masih disiasat.

Rotavirus sejenis virus yang boleh menyebabkan cirit-birit serius, muntah, demam panas, sawan atau kejang perut di kalangan kanak-kanak.

Rota berasal daripada perkataan Latin bermaksud roda dan virus itu dinamakan sedemikian disebabkan bentuknya seperti roda.

Penyakit itu lebih terdedah kepada bayi berusia tiga bulan hingga dua tahun.

Hampir setiap kanak-kanak menjangkau usia lima tahun ke bawah mungkin pernah mengalami jangkitan virus itu.

Di Malaysia, jangkitan Rotavirus yang menyebabkan gastroenteritis punca utama kanak-kanak Malaysia memerlukan rawatan hospital. Kira-kira 25 hingga 50 peratus kes cirit-birit yang berlaku pada kanak-kanak di negara ini berpunca daripada Rotavirus.

Ada lima spesies Rotavirus tetapi Rotavirus A ialah penyebab utama sakit di kalangan kanak-kanak. Biasanya, setiap kali selepas terkena jangkitan Rotavirus, kanak-kanak terbabit mendapat imuniti. Oleh itu, kanak-kanak yang mendapat jangkitan kali kedua mengalami kesan yang kurang daripada jangkitan kali pertama.

Di seluruh dunia, dikatakan hampir setengah juta kanak-kanak meninggal dunia manakala lebih dua juta mengalami sakit serius akibat jangkitan Rotavirus.

Perunding kanak-kanak Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Thanasegar Radakrishnan, berkata Rotavirus merebak melalui ‘faecal oral’ iaitu virus merebak melalui najis ke mulut kanak-kanak lain.

Ini berlaku jika seseorang yang menukar lampin bayi, terkena najis dan tangan yang tidak dibasuh, memegang peralatan lain. Kemudian kanak-kanak memegang peralatan itu dan memasukkan jari ke mulut.

“Ia boleh merebak melalui tangan, mainan kanak-kanak atau objek di persekitaran tercemar, pengambilan makanan atau minuman tercemar dan sentuhan pada permukaan tercemar.

“Mereka yang mengendalikan lampin bayi perlu mencuci tangan selepas menukarnya manakala mainan kanak-kanak serta peralatan di sekitarnya perlu sentiasa bersih,” katanya.

Menurutnya, virus yang boleh mengancam nyawa itu menyebabkan bayi atau kanak-kanak mengalami cirit-birit yang berlarutan 20 kali sehari selama tiga minggu, muntah berlanjutan sehingga sembilan hari, sakit atau kejang perut, demam panas atau sawan.

Dr Thanasegar berkata tiada rawatan khusus untuk membunuh virus yang menyebabkan jangkitan itu kerana sakit beransur kurang dengan sendirinya.

Doktor cuma merawat akibat jangkitan itu dan pesakit perlu dipastikan mempunyai kandungan air mencukupi dalam tubuh.

Untuk kes serius iaitu pesakit mengalami dehidrasi (kehilangan air dan garam galian yang teruk dalam tubuh) akibat muntah dan cirit-birit, rawatan hospital diperlukan untuk tranfusi (masukkan) air melalui saluran darah.

Jangkitan itu biasanya mengambil masa dua hari sebelum timbul gejala pada kanak-kanak terbabit, lazimnya bermula dengan muntah dan cirit-birit.

Kanak-kanak yang mengalami jangkitan, dimasukkan ke wad untuk rawatan yang biasanya mengambil masa empat hingga lapan hari.

Penyakit ini boleh menyebabkan seseorang dehidrasi iaitu kekurangan air dan garam galian akibat cirit-birit. Dehidrasi yang sangat serius boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan kematian.

GEJALA ROTAVIRUS

Muntah
Cirit-birit
Demam
Kejang perut

GEJALA DEHIDRASI

Letih/lesu
Bibir dan lidah kering
Tiada air mata ketika kanak-kanak terbabit menangis
Mata cengkung
Ubun-ubun cekung (melengkung ke dalam)
Sangat dahaga
Kencing kurang

Untuk mempercepatkan penyembuhan anak daripada jangkitan virus, beri anak minum air menggunakan sudu atau cawan sekerap mungkin. Selain itu, doktor akan memberikan rumusan minuman untuk hidrasi (ORS) untuk si kecil yang mengalami dehidrasi.

Jika anak masih mengalami kehilangan air daripada tubuh, dia memerlukan rawatan hospital yang mengambil masa dua hingga lima hari untuk sembuh. Sakit itu boleh didiagnosis melalui pemeriksaan sampel najis di hospital.

Jangkitan Rotavirus sukar dibasmi sepenuhnya kerana virus itu mudah merebak.

Bagaimanapun, kanak-kanak boleh dilindungi dengan pemberian vaksinasi untuk jangkitan Rotavirus yang perlu diambil pada usia enam minggu dan perlu dilengkapkan sebelum bayi berusia enam bulan.

Ada dua jenis vaksin dalam pasaran iaitu pengambilan dua dos atau pengambilan tiga dos. Walaupun vaksin ini tidak termasuk dalam program imunisasi kebangsaan, ia masih boleh didapati di hospital swasta.

Testimoni minyak kelapa dara ruam lampin bayi

Testimoni minyak kelapa dara ruam lampin bayi

Manfaat dan kehebatan Minyak Kelapa Dara yang mesti diketahui ! KLIK DISINI

DAPATKAN SEKARANG Klik Disini



RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT Klik Disini






<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS';







Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.