<?php echo $tajuk; ?>


Risiko dapat strok kronik



Risiko dapat strok kronik RASA berdebar atau berdebak-debuk di bahagian dada, ritma jantung tidak tetap, keletihan, kesesakan nafas, pening atau pitam antara simptom lazim dialami penghidap Fibrilasi Atrium (AF).

AF berlaku apabila ruang atas jantung pesakit tidak dapat menyempit secara efektif, menyebabkan darah di dalam jantung tidak mengalir dengan betul, berkumpul pada bahagian atrium dan mudah mengakibatkan pembentukan gumpal darah yang dapat mengalir ke otak dan mengakibatkan strok.

Berbanding jenis strok lain, mendapat strok hasil AF paling dibimbangi kerana serangan membawa kesan lebih teruk dengan risiko kerosakan otak yang mungkin menyebabkan gangguan fizikal dan tingkah laku atau maut.

Sejak lebih separuh abad, pesakit AF menerima terapi anti-penggumpalan melalui warfarin. Walaupun berkesan, warfarin mempunyai banyak kelemahan.

Kini, pesakit AF boleh mendapat perlindungan daripada penyakit itu dengan pelancaran ubat anti penggumpal oral, rivaroxaban, yang diluluskan di Malaysia.

Diambil sekali sehari pada dos yang tetap serta tanpa pengawasan darah rutin, rivaroxaban memudahkan pesakit selain menepati kehendak penting dalam keperluan rawatan berterusan.

Perunding Kanan Pakar Pulmonari dan Penjagaan Kritikal Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai berkata, di Malaysia, strok punca kematian yang ketiga terbesar selepas sakit jantung dan kanser dengan anggaran kira-kira 40,000 orang meninggal dunia akibat strok setiap tahun.

“Walaupun kadar penyebaran AF masih tidak diketahui, insiden AF semakin banyak berlaku memandangkan usia penduduk yang meningkat dan kekurangan usaha menyekat faktor risiko AF yang diketahui.

“Pesakit dengan AF mempunyai risiko lebih tinggi mengalami strok lebih teruk, yang dapat menyebabkan kehilangan keupayaan dan maut.

“Namun, berita baik ialah risiko ini dapat dikurangkan dengan diagnosis, rawatan dan pengurusan yang betul,” katanya pada majlis pelancaran rivaroxaban untuk pesakit AF oleh Bayer HealthCare di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Rawatan AF bertumpu pada kawalan kadar, kawalan rentak dan anti-penggumpalan.

Pengawalan kadar dan rentak dapat diuruskan dengan ubat atau penggunaan stimulasi elektrik.

Namun, rawatan anti- penggumpalan dengan ubat yang mencairkan darah adalah paling kritikal, kerana inilah yang dapat melindungi pesakit AF daripada gumpalan darah yang selalunya bergerak dari jantung ke otak dan mengakibatkan strok.

Percubaan klinikal global ROCKET AF (pengambilan rivaroxaban sekali sehari bagi mencegah strok akibat AF) membabitkan lebih 14,200 pesakit, menunjukkan perubahan ketara terhadap pesakit yang mengambil rivaroxaban berbanding mereka yang bergantung pada warfarin. Ia mengurangkan risiko strok sehingga sebanyak 21 peratus ketika rawatan diteruskan.

Pesakit yang menggunakan warfarin perlu mengawasi diet mereka dengan tegas kerana warfarin bertindak balas dengan banyak makanan yang biasa dan ubatan lain. Tambahan pula, pesakit yang mengambil warfarin perlu kerap ke hospital untuk tujuan pengawasan.

Keberkesanan rivaroxaban dalam melindungi pesakit AF daripada risiko strok serta kemudahan dos sekali sehari tanpa keperluan pengawasan kerap adalah perubahan yang dialu-alukan doktor dan pesakit.

Pengurus Besar Bayer HealthCare di Malaysia, Singapura dan Brunei, Dr Axel Bouchan berkata, Malaysia negara pertama di Asia dan ketiga di dunia yang meluluskan dan memastikan rivaroxaban dapat dimanfaatkan oleh rakyatnya yang memerlukan perlindungan daripada strok berhubung dengan AF.

Pencegahan strok dalam fibrilasi atrium

AF adalah bentuk paling biasa dialami rentak jantung yang tidak teratur.

AF berlaku apabila ruang atas jantung (atrium) mengempis dengan tidak sekata. Disebabkan atrium tidak kosong sepenuhnya, darah tidak mengalir seperti sepatutnya. Darah boleh terkumpul dalam atrium, lalu membentuk darah beku.

AF meningkatkan risiko strok lima kali ganda.

Pada masa ini, terapi paling banyak diguna untuk mencegah strok pada pesakit AF yang menentang vitamin K (VKAs) contohnya warfarin, juga diklasifikasikan sebagai antikoagulan oral dan asid acetylsalicylic (aspirin).

VKAs berkesan jika diurus dengan baik, tetapi mempunyai interaksi dengan pelbagai makanan dan dadah.

Strok Boleh dikelaskan dalam dua kategori utama:

Strok iskemia berlaku kerana gangguan bekalan darah yang tersumbat

Strok pendarahan disebabkan salur darah pecah atau struktur vaskular tidak normal yang berkesudahan dengan pendarahan di dalam otak

Rivaroxaban diluluskan oleh US Food and Drug Administration (FDA), Amerika Syarikat pada November 2011 untuk melindungi pesakit jantung dengan AF. Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan, Malaysia, turut meluluskan rivaroxaban juga tarikh sama.

Dalam percubaan klinikal global ROCKET AF, yang membabitkan 14,264 pesakit di 1,178 lokasi di 45 negara, termasuk Malaysia, rivaroxaban menunjukkan dua hasil penting:

Mempunyai penambahbaikan ketara pada pesakit yang mengambil rivaroxaban berbanding mereka yang menggunakan warfarin, mengurangkan risiko strok iskemia dan pendarahan sehingga 21 peratus.

Seperti warfarin, rivaroxaban bukan sahaja berkesan dan selamat malah menjanjikan manfaat tambahan lebih besar walaupun kepada pesakit fibrilasi atrium yang berada di risiko strok.

Testimoni minyak kelapa dara ibu dan bayi

Testimoni minyak kelapa dara ibu dan bayi

Manfaat dan kehebatan Minyak Kelapa Dara yang mesti diketahui ! KLIK DISINI


RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT Klik Disini






<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS';







Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.