Memahami alahan

Sistem imunisasi badan menjadi terlalu sensitif kepada satu atau lebih bahan dalam persekitaran yang biasa dan tidak membahayakan seperti debunga, habuk malah makanan.

Kepekaan ini menyebabkan tindak balas imun, seterusnya mengakibatkan gejala-gejala dari yang ringan (hidung dan mata berair, bersin, gatal-gatal) hingga teruk (sesak nafas, ruam, kejutan anafilaktik iaitu tindak balas alergik yang melampau dan umum). Gejala selalunya berlaku dengan setiap pendedahan terhadap alergen.

Apa itu alergen


Alergen adalah sesuatu yang menyebabkan tindakan alahan, berupa protein halus dalam bahan-bahan tertentu.

Contohnya alergen yang disebarkan oleh udara adalah debunga dan kulapuk manakala yang lain-lainnya terdapat di dalam makanan seperti kerang, kekacang dan susu.

Apa yang menyebabkan tindak balas alergik

Sistem imun mengandungi dua jenis sel darah putih iaitu sel T dan sel B.

Apa yang menyebabkan tindak balas alergik

Sistem imun mengandungi dua jenis sel darah putih iaitu sel T dan sel B.

Sel-sel ini membantu sistem imun mempertahankan tubuh dengan mengenal pasti bahan-bahan asing dan berpotensi membahayakan, dan kemudiannya melepaskan bahan kimia seperti histamin untuk memeranginya.

Tindak balas alergik berlaku apabila sistem imun tersilap mengenal pasti bahan-bahan berbahaya seperti debunga mengakibatkannya menjadi sensitif terhadap bahan itu. Pendedahan yang berulang-ulang, boleh mencetuskan tindak balas alergik.

Siapa yang alah


Alahan mungkin diwarisi memandangkan rata-rata yang mengalaminya mempunyai sejarah keluarga yang sama.

Bagaimanapun, semua orang tidak terkecuali daripada mengalaminya pada mana-mana peringkat umur. Faktor-faktor persekitaran boleh menjadikan sistem imun seseorang terlebih sensitif.

Ini seterusnya mencetuskan alahan di kalangan individu tanpa sejarah keluarga, mahupun mendorong permulaannya (alahan) pada mereka yang sedia mempunyai `genetik' itu.

Apa pula kejutan anafilaksis/anafilaktik


Ia merupakan satu tindak balas yang membahayakan nyawa yang boleh bermula dalam masa beberapa saat ke minit selepas pendedahan.

Gejala termasuklah tompokan merah yang timbul di hampir keseluruhan badan, kulit agak hangat apabila disentuh, kesukaran bernafas dan tekanan darah yang menjunam.

Pernafasan boleh terhenti manakala tubuh mengalami serangan anafilaktik. Tanpa rawatan segera, kegagalan jantung malah kematian bakal menyusul tidak lama.

Alergen daripada racun mahupun suntikan ubat-ubatan cenderung menyebabkan anafilaksis berbanding lain-lain alergen.

Bagaimanapun, kejutan seumpama ini bukanlah suatu keadaan yang biasa berlaku. Ia boleh dikawal dengan ubat-ubatan tertentu serta bantuan doktor.

Jenis-jenis alergen dan alahan


Alergen rumah

Hama debu adalah organisme mikroskopik yang mendiami sisik kulit manusia, yang lazimnya kita buang/gugurkan saban hari.

Ia biasanya dijumpai di atas bantal, tilam, perabot upholsteri dan tempat menggantungkan pakaian. Hama debu ini menjadi punca utama kepada kebanyakan kes alahan berulang.

Alahan pernafasan

Merupakan alahan yang paling kerap berlaku disebabkan oleh sel-sel imun yang banyak terdapat di dalam saluran pernafasan serta terdedah kepada alergen-alergen yang disedut setiap hari.

Alergen yang paling biasa disedut berasal daripada debunga, kulapuk, hama debu dan daripada binatang peliharaan.

Demam alahan yang juga dikenali sebagai hay fever, dan asma merupakan sebahagian alahan pernafasan.

Alahan makanan

Boleh menyebabkan bibir, kerongkong, muka dan lidah menjadi bengkak/sembap selain perut meragam, muntah, kejang, ruam, ekzema dan lelah.

Contoh makanan yang biasa menyebabkan alahan adalah susu, soya, telur, kekacang, gandum, ikan dan kerang.

Ia lebih kerap terjadi di kalangan kanak-kanak tetapi boleh juga dialami oleh orang dewasa.

Alahan serangga

Satu dalam setiap 10 orang alah kepada racun yang disuntik oleh lebah dan tebuan yang mengandungi alergen.

Bagi mereka yang tidak alah kepada sengatan tersebut mungkin mengalami bengkak dan gatal-gatal kulit biasa selama beberapa jam.

Seseorang yang mengalami alahan serangga cenderung mempunyai ruam yang besar, mengalami bengkak dan gatal-gatal dari beberapa hari ke minggu.

Bagaimanapun, tindak balas boleh bertukar kepada kejutan anafilaktik bagi sesetengah orang. Oleh itu, mereka yang sensitif kepada sengatan serangga perlu berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan.

Alahan ubat

Ia bukan satu fenomena biasa tetapi boleh menghasilkan satu tindak balas yang tidak menyelesakan malah mengancam nyawa.

Alahan penisilin misalnya boleh menyebabkan gejala-gejala seperti ruam yang ringan hingga kepada kejutan anafilaktik, dalam masa beberapa minit.

Ubat-ubatan lain yang boleh menyebabkan tindak balas alahan adalah seperti antibiotik, sulfa, antiepileptik dan insulin.

Alahan kulit

Sangat biasa terjadi kerana kulit saban hari terdedah kepada pelbagai jenis alergen dan terutamanya sangat sensitif disebabkan oleh sejumlah besar sel mast dan T yang terdapat di dalam tisu-tisu kulit.

Gejala: Bengkak, ruam, gatal-gatal dan kulit kemerah-merahan.

Alahan biasa yang dikenali sebagai dermatitis sentuhan disebabkan oleh tumbuh-tumbuhan, sesetengah bahan cucian, krim dan barang kemas. Ruam juga boleh disebabkan oleh ubat-ubatan serta makanan tertentu.

Merawat dan menguruskan alahan


Langkah pertama adalah dengan mengenal pasti jenis tindak balas alahan yang anda alami, sama ada mata berair, bersin atau kesukaran bernafas.

Keduanya, cuba kenal pasti pencetus atau situasi yang menjurus kepada gejala-gejala.

Tanya diri anda beberapa soalan seperti di bawah:

Di manakah tindak balas berlaku?
Di dalam atau di luar rumah?
Apakah yang anda lakukan dalam masa yang sama? Adakah anda makan atau minum?
Ingat persekitaran anda - adakah terdapat sebarang serangga atau binatang berhampiran anda?
Cuba jejak kembali tindakan anda di dalam kepala - adakah anda memakai sesuatu yang baru?
Adakah anda menggunakan sabun atau bahan pencuci baru?

Doktor akan melakukan ujian alahan dengan pelbagai alergen biasa bagi mengesahkan alahan anda.

Sebaik dikenal pasti, uruskan alahan anda dengan beberapa tip mudah berikut:

Hindari alergen yang diketahui
Elakkan asap rokok atau lain-lain bahan yang merengsakan/miang
Selalulah berjumpa doktor
Jaga kesihatan anda.

testimoni alahan minyak kelapa dara - BioVCO

testimoni resdung minyak kelapa dara - BioVCO

Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat

 

Adakah anda antara yang cepat letih dan mengantuk walaupun anda sudah tidur lapan jam?

 
Mengapa ini berlaku? Hal ini mungkin disebabkan badan anda dipenuhi toksin. Ramai yang tidak dapat mengenal pasti kenapa badan seseorang itu terlalu letih atau penat.
 
Ia menyebabkan fizikal dan mental lemah untuk melakukan aktiviti harian.
 
Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat, itulah ungkapan yang sering kita dengar.
 
Mungkin ada kebenarannya. Sebagai individu, kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjamin kesejahteraan hidup.
 
Mencegah lebih daripada merawat sesuatu penyakit. Aspek menjaga pemakanan amat penting kerana ia merupakan punca kandungan angin dan toksin dalam badan.
 
Hakikatnya, kita memang terdedah kepada toksin tanpa disedari melalui kehadiran bahan kimia dalam makanan dan minuman serta bahan pencemar dalam udara. Di samping itu, tekanan kerja juga boleh menambahkan pengumpulan toksin di dalam badan kita.
 
Pengumpulan toksin yang berlebihan memberikan tekanan kepada organ kita dan memaksanya bekerja lebih keras. Kejadian ini bukan saja akan melupuskannya nutrien penting, malahan ia akan menghakis tenaga, lalu melemahkan sistem imun kita terhadap jangkitan penyakit.
 
Berikutan itu, seseorang akan sentiasa menghadapi masalah hidung berair, demam, peluh berbau, sukar membuang air kecil, mengantuk, sakit badan dan sukar bernafas. Wanita pula lazimnya mengalami kitaran haid tidak tetap atau kesakitan ketika datang haid. Semua ini disebabkan toksin dalam badan yang tidak dapat disingkirkan.
 
Keadaan ini berpunca daripada kawalan pemakanan yang tidak tepat. Jika seseorang mengubah tabiat pemakanan sebaik menyedari tanda-tanda jangkitan penyakit pada peringkat pertama lagi, mereka sebenarnya boleh mengelak daripada dijangkiti penyakit terbabit.
 
Setiap individu perlu memperbanyakkan makanan buah-buahan dan sayur-sayuran.
 
Selain memberi tenaga, makanan tersebut menggalakkan sistem perkumuhan di dalam badan berjalan lancar.
 
Mungkin ini berbeza dengan cara hidup mereka yang bergantung kepada ubat-ubatan. Cara semula jadi menjaga kesihatan melalui amalan pemakanan yang sihat.
 
Proses nyahtoksin secara semula jadi ini amat penting untuk memastikan badan, terutama sistem perkumuhan dapat berfungsi dengan optimum. Bukan saja penyerapan nutrien akan menjadi lebih efektif dan proses pencernaan menjadi lebih baik, malahan kita akan mendapati bahawa badan kita akan berasa lebih cergas dan bertenaga.
 
Selain itu, ramai yang tidak menyedari kebaikan makanan semula jadi seperti BioVCO.
 
Tidak seperti lain-lain minyak sayur yang akan menjadi toksik dengan cepat apabila dipanaskan (terutama jika digunakan berkali-kali), BioVCO berbeza kerana sifatnya tidak berubah walaupun dikenakan suhu tinggi.
 
"Di dalam badan, BioVCO tidak ditukarkan kepada lemak (seperti semua minyak sayur lain), sebaliknya terus sampai ke hati untuk diguna sebagai tenaga. Penggunaan BioVCO boleh mengurangkan kesan tindakan radikal bebas ini kerana ia mengandungi antioksidan.
 

Memperkenalkan Kaedah Rawatan & Sihat Tanpa Ubat

 

penyakit, biovcoSokongan Tambahan untuk fungsi Kesihatan anda - Mengawal Berat Badan & Mengurangkan Keletihan - Menyokong Kesihatan Metabolisma - Formula semulajadi daripada 100% tumbuhan.

BioVCO adalah makanan berfungsi semulajadi agar anda lebih bertenaga dan mengelak daripada rasa letih dan lesu sepanjang hari.
 
FORMULA TERBAIK Yang paling mujarab - Kami percaya bahawa apabila anda inginkan badan yang sihat anda perlukan bahan-bahan yang semulajadi. Ini sebabnya mengapa anda perlukan BioVCO yang akan membantu anda agar lebih bertenaga dan mengekalkan keseimbangan kesihatan.
 
LEBIH DARIPADA SUPPLEMENT UNTUK KESIHATAN: BioVCO membantu untuk mengekalkan dan merawat tahap kesihatan anda dengan nutrien yang penting untuk menggalakkan metabolisma yang sihat dan mengawal berat badan. Anda juga boleh melihat faedah lain seperti kulit, kuku dan rambut yang lebih sihat.

 

Apa Kata Pengguna Mengenai BioVCO

 



Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat



tracker