Masalah Jerawat

Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau belakang badan. Ia kemudiannya membentuk jerawat putih yang kecil mengandungi nanah atau jerawat hitam atau bonjolan berwarna merah. Perkataan jerawat berasal daripada satu perkataan greek yang bermaksud masa yang paling penting dalam hidup.

Jerawat atau acne merupakan keradangan (inflamasi) tisu pada bahagian kelenjar minyak pada bahagian kulit manusia. Kajian dalam bidang perubatan telah menunjukkan terdapat lebih kurang lima puluh jenis jerawat. Secara am, perkataan jerawat lebih menunjukkan kepada jenis jerawat umum iaitu acne vulgaris. Ia merupakan satu penyakit yang berlaku pada unit pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit. Jerawat jenis ini merupakan jenis jerawat yang paling sering dialami oleh individu terutamanya golongan remaja dan golongan dewasa pada awal umur 20-an.

Insiden Dan Punca Jerawat


Jerawat (acne vulgaris) disebabkan beberapa faktor yang saling berkaitan antaranya adalah keturunan, hormon dan kuman (bakteria). Masalah ini biasanya dialami oleh remaja apabila mereka mula mencapai tempoh kematangan. Lebih kurang 85 peratus daripada individu dalam lingkungan umur 12 hingga 25 tahun akan menghadapi masalah jerawat - acne vulgaris.

Semasa proses kematangan, kelenjar-kelenjar minyak menjadi sangat aktif kerana penghasilan dan perubahan horman. Hormon yang terlibat ialah testosteron. Ia ditukarkan kepada dihidrotestosteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolic. Bagi individu yang sensitif, penghasilan sebum yang berlebihan akan berlaku. Fungsi sebum yang sebenarnya tidak dapat dipastikan, tetapi ia dipercayai bertindak sebagai pelincir dan lapisan pelindung kepada rambut dan kulit. Kelenjar minyak mengandungi campuran mikroorganisma yang biasa ialah propionibactium acnes. Kuman ini mampu mengubah sebum kepada asid lemak yang boleh menyebabkan keradangan. Tekanan pisiologi dan pra-haid juga memberi kesan kepada ketidak seimbangan hormon.

Selain itu, faktor persekitaran juga memainkan peranan. Antaranya adalah:

1-Kelembapan yang tinggi.

2-Menggunakan kosmetik.

3-Pekerjaan yang melibatkan minyak dan gris (contoh memasak pisang goreng).

4-Ubat-ubatan seperti pil perancang kehamilan dan ubat tertentu.


Folikel rambut atau liang pada kulit mengandungi kelenjar minyak yang menghasilkan sebum (minyak).Semakin banyak sebum dikeluarkan, peluang untuk mendapat jerawat semakin tinggi. Apabila liang ini tersumbat dengan sebum dan keratin (sel kulit yang mati) jerawat hitam (komedo) akan terbentuk. Jika liang yang tersumbat kekal tertutup dan ia membengkak, kita gelarkannya sebagai jerawat putih (whitehead).Jika liang yang tersumbat kekal terbuka dan permukaan atasnya (pada kulit) menjadi gelap, ia dikenali sebagai jerawat hitam. Dinding folikel mungkin pecah lalu membentuk bonjolan berwarna merah.

Gejala dan kesan jerawat pada diri

Antara gejala- gejala yang mungkin timbul adalah :

-Ruam kulit atau lesi (luka) pada muka, dada, leher, bahagian atas belakang badan, bahu atau bahagian-bahagian lain.

2-Komedo (jerawat putih atau jerawat hitam bergantung kepada warnanya).

3-Lesi atau kulit di sekeliling lesi menjadi kemerah-merahan.

4-Radang di sekeliling tompokan pada kulit.

5-Tompokan pada kulit menjadi berkerak.

6-Kulit menjadi berparut.

7-Pigmentasi.

Masalah jerawat kerap berlaku pada bahagian muka, belakang badan dan dada. Masalah ini boleh memberi kesan psikologi yang teruk kepada remaja. Terutama remaja dalam alam persekolahan. Pada tahap ini, faktor imej remaja serta aktiviti pergaulan sosial amat penting. Walaupun masalah ini dianggap ringan dan boleh diubati sendiri tetapi jika tidak dirawat ia boleh mengakibatkan kesan fizikal dan emosi yang teruk. Antaranya ialah:

1-hilang harga diri

2-kurang keyakinan terhadap diri sendiri

3-pergaulan sosial terganggu

4-kemurungan

5-kegusuran

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengelak jerawat?


Jerawat dapat dielakkan dengan mengelakkan perlakuan yang menjadi punca kepada jerawat. Antara langkah-langkah dan tindakan yang dapat diambil adalah:

1-Basuh muka dengan air dan sabun yang lembut atau gunakan pencuci antiseptik 2 kali sehari dan lap kering dengan tuala yang lembut.

2-Sikat atau ikat rambut supaya tidak menutup muka.

3-Gunakan pelembap berasaskan air (dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi).

4-Jangan menggunakan bahan-bahan kosmetik yang berminyak seperti bedak asas atau pelindung cahaya matahari.

5-Jangan mencucuk, menggaru dan memicit jerawat, noda hitam atau noda putih. Ini boleh menyebabkan kulit muka berparut.

6-Jangan meletakkan/merehatkan muka di atas tangan seperti berteleku/menongkat dagu dan lain-lain kerana ini boleh merengsakan kulit muka.

7-Gunakan ubat jerawat yang dapat menghalang liang daripada tersumbat dan menanggalkan noda hitam dan noda putih.

8-Patuhi arahan penggunaan ubat jerawat dengan berhati-hati.

9-Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk.

10-Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada.

Rawatan untuk jerawat



Secara umumnya, rawatan yang dilakukan berdasarkan 4 langkah atau mekanisma iaitu:

1-membunuh P. acnes

2-memanipulasi hormon

3-kesan anti-keradangan

4-mengelakkan penutupan liang

Testimoni minyak kelapa dara satu


Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2