Tiroid biasa atau kanser?

Tiroid biasa atau kanser PENYAKIT berkaitan tiroid merupakan masalah kesihatan biasa yang mampu menjangkiti sesiapa pun. Malah separuh daripada bilangan pesakit tiroid sehingga kini masih belum menyedari mereka sebenarnya menghidap penyakit itu.

Malangnya, bagi kebanyakan orang yang belum dikenal pasti jenis masalah tiroid mereka juga tidak sedar ia berkait rapat dengan masalah berat badan mereka.

Ini kerana pesakit tiroid sukar menurunkan berat badan yang dikatakan meningkat akibat penyakit itu meskipun setelah puas berdiet dan mengikuti program senaman secara konsisten.

Justeru masalah berkaitan tiroid harus diambil serius dan pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera kerana ia juga boleh dikesan sebagai kanser!

Kanser tiroid


Kanser tiroid merujuk kepada empat jenis tumor malignan pada kelenjar tiroid iaitu papilari, folikular, medulari atau anaplastik.

Kanser tiroid papilari dan folikular:

l Merupakan jenis kanser tiroid paling lazim dijumpai berbanding jenis lain. Kedua-duanya bermula pada sel folikular pada tiroid. Kebanyakan kanser jenis ini tumbuh dengan perlahan tetapi jika dikesan lebih awal, ia mampu dirawat dengan jaya.

Kanser tiroid medulari:

l Terdiri daripada lima hingga 10 peratus kes kanser tiroid yang muncul dalam sel C tetapi ia lebih mudah dikawal jika dikesan dan dirawat sebelum merebak ke bahagian lain.

Kanser tiroid anaplastik:

l Jenis kanser tiroid yang paling kurang ditemui (hanya satu atau dua peratus) dan timbul dalam sel folikular. Sel kanser jenis ini amat luar biasa dan sukar dikenal pasti. Ia juga sukar dikawal berbanding sel kanser lain kerana biasanya tumbuh serta merebak dengan pantas.

Nodul tiroid boleh menjadi sama ada tidak berbahaya (benign) atau berbahaya (malignan). Sel nodul tidak berbahaya, merebak ke organ lain dalam badan mahupun mengancam nyawa. Kira-kira 90 peratus nodul tiroid adalah tidak berbahaya.

Namun nodul malignan bersifat kanser. Ia lebih serius dan kadangkala boleh meragut nyawa. Sel kanser boleh menceroboh, merosakkan tisu, organ dalam badan dan memasuki saluran darah atau sistem limfa.

Menerusi cara inilah kanser disebarkan daripada sel asalnya (tumor utama) untuk membentuk tumor baru dalam organ lain. Penyebaran kanser ini dipanggil metastasis.

Sekiranya metastasis berlaku di luar tiroid, sel kanser biasa ditemui pada nodus limfa berhampiran, urat saraf atau pembuluh darah. Apabila kanser sampai di nodus berkenaan, sel kanser mungkin juga telah merebak ke nodus limfa atau organ lain seperti paru-paru dan tulang.

Simptom


Peringkat awal kanser tiroid lazimnya tidak menimbulkan sebarang simptom namun apabila kanser itu membesar, beberapa tanda yang boleh dilihat adalah;

l Benjol atau bintil di depan leher atau berhampiran halkum.

l Suara menjadi parau dan sukar bercakap dalam nada normal.

l Nodus limfa bengkak terutama di leher.

l Sukar menelan atau bernafas

l Sakit pada tekak atau leher.

Bagaimanapun simptom berkenaan tidak menjamin wujudnya kanser tiroid sebaliknya keadaan di atas boleh dicetuskan akibat jangkitan goiter tidak berbahaya atau masalah lain.

Sesiapa yang mempunyai tanda-tanda tersebut dinasihatkan berjumpa doktor secepat mungkin kerana doktor sahaja yang mampu mendiagnosis dan merawatnya.

Diagnosis


Sekiranya pesakit menghidap simptom yang mencadangkan kewujudan sel kanser tiroid, doktor mungkin menjalankan pemeriksaan fizikal dan bertanya mengenai sejarah perubatan diri dan keluarganya.

Doktor yang merawat itu boleh menjalankan ujian makmal dan pengimejan untuk menghasilkan gambaran tiroid serta kelenjar lain.

Pemeriksaan fizikal: Sebelum itu, doktor akan merasa tengkuk, tiroid, peti suara dan nodus limfa untuk memeriksa sebarang ketumbuhan atau bengkak.

Ujian darah: Doktor mungkin menguji darah pesakit untuk sebarang keluarbiasaan paras hormon rangsangan tiroid (TSH) dalam darah.

TSH terdiri daripada kelenjar pituitari dalam otak dan mampu merangsang pelepasan hormon tiroid serta mengawal kepantasan pertumbuhan sel folikular tiroid.

Ultrasonografi: Alat ultra bunyi menggunakan gelombang bunyi melantun pada tiroid dan komputer menggunakan gema untuk menghasilkan imej dipanggil sonogram.

Dari gambar itu, doktor boleh mengenal pasti bilangan nodul, saiz dan adakah mendatangkan bahaya kepada pesakit.

Pengimbasan Radionuklida: Doktor mengarahkan pengimbangan perubatan nuklear yang menggunakan sedikit bahan radioaktif untuk menimbulkan imej nodul tiroid.

Biopsi: Pembuangan tisu untuk mencari sel kanser dipanggil biopsi. Ia boleh menunjukkan kanser, perubahan tisu yang boleh mengakibatkan kanser dan keadaan lain. Biopsi merupakan satu-satunya cara terbaik untuk mengesan sama ada nodul itu bersifat kanser atau tidak.

Soaljawab mengenai penyakit Tiroid



Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya jika Minyak Kelapa Dara BioVCO boleh menghilang penyakit thyroid. Saya kemungkinan menghidap thyroid kata doktor. Getaran di jari kedua-dua tangan. kurang nafsu makan.

Harap dapat bantu saya.

Esah Ali
Warga Singa

Jawapan


Berdasarkan simptom yang saudari nyatakan, saya dapati yang saudari mungkin mengalamai masalah hyperthyroidism. Ia adalah keadaan di mana terdapat seksresi hormon tiroksin yang berlebihan dalam badan. Minyak Kelapa Dara BioVCO boleh membantu masalah saudara dengan menyeimbangkan kembali penghasilan hormon tiroksin dalam badan. Amalkan pengambilan Minyak Kelapa Dara BioVCO 2-4 sudu besar sehari. Selepas sebulan pengambilan Minyak Kelapa Dara BioVCO, saya nasihatkan saudari untuk membuat pemeriksaan darah bagi melihat paras hormon T3 dan T4. Semoga berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan.

Testimoni minyak kelapa dara satu

Testimoni minyak kelapa dara satu


Baca lebih banyak info kesihatan

Sila berikan nama dan email anda untuk memperolehi info kesihatan secara PERCUMA terus ke email anda.