<?php echo $tajuk; ?>


Jijik kuku berkulat



Jijik kuku berkulat SESEORANG selalunya tidak sedar jika masalah kulat atau fungus mula menjangkiti satu atau lebih kukunya. Daripada titik kecil berwarna kekuningan di hujung kuku tangan atau kaki, ia boleh memburuk hingga menyebabkan warna kuku berubah menjadi gelap, mengeras, hilang lapisan berkilat dan teksturnya menggerutu.

Keadaan itu memalukan si empunya diri kerana rupa kuku yang mengundang perasaan geli, walaupun hanya dengan melihatnya. Sebelum ia semakin merebak dan membuatkan seseorang berasa tidak selesa, kawalan dan rawatannya perlu disegerakan.

Air, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah elemen penting yang dapat membersihkan badan dan darah serta menyingkir bahan buangan dengan lebih cepat. Jika air dan buah-buahan meningkatkan kuantiti air kencing, jus sayur pula dikatakan berfungsi memperbaiki badan dengan merangsang penghasilan sel baru bagi menggantikan sel yang musnah akibat penyakit.

Jus buah dan sayur menjadi pelengkap satu sama lain. Masa terbaik untuk minum jus buah ialah pada sebelah pagi. Namun jika tidak sempat, ia boleh diminum pada bila-bila masa. Malah, ada pesakit kanser payudara mengamalkan minum banyak jus buah sepanjang tempoh rawatan untuk menyejukkan badan, sekali gus memberi tenaga dan mencegah kulit serta mulut menjadi terlalu kering akibat kesan kemoterapi.

Sayur dan buah adalah makanan paling menyihatkan. Ini sebabnya kita disaran mengambil sekurang-kurangnya lima hidangan sayur dan buah setiap hari, terutama sayur berdaun hijau. Ramai pakar perubatan sependapat, lebih berwarna-warni pilihan kita, lebih baik. Malangnya, kebanyakan kita terlebih masak sayur hingga lembik dan tidak menghabiskan kuahnya, sedangkan khasiat sayur-sayuran yang dimasak itu terkandung di dalam kuah.

Walaupun dalam artikel ini jus buah dan sayur lebih disasarkan sebagai penawar masalah kesihatan, ia juga baik jika terus dijadikan amalan. Antara masalah kesihatan yang boleh diatasi menggunakan bahan di rumah ialah:

Sakit tekak dan batuk — Untuk membantu mengurangkan sakit tekak, elak makanan terlalu berperisa (berempah atau pedas). Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol. Jauhi perokok kerana asap rokok boleh menyebabkan kerengsaan tekak.

Ada pengamal perubatan berpendapat, air antara penawar terbaik. Minum banyak air, sama ada panas atau sejuk. Jika anda juga menghidap asma, elak minum minuman berais. Air memberi kelegaan pantas kepada tekak. Walaupun disaran minum air kosong, anda juga boleh mengambil jus buah-buahan, terutama disediakan sendiri di rumah yang kaya vitamin C.

Pastikan anda minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Air membantu membersihkan badan dengan menyingkir bahan tidak diperlukan dengan lebih cepat melalui air kencing atau najis. Malah, ia memberi kelembapan secukupnya kepada tisu yang cepat menjadi kering seperti pada tekak, hidung dan kulit.

Ada yang menyarankan kita mengamalkan tabiat ‘makan air’ kerana sayur dan buah mengandungi 80 peratus air. Jika di negara empat musim, penduduknya meningkatkan kelembapan di dalam bilik dengan menggunakan pengewap elektrik, terutama jika mereka sakit tekak pada musim sejuk. Namun kaedah ini tidak praktikal di negara kita yang sememangnya mempunyai iklim panas lembap sepanjang tahun. Bagaimanapun, jika anda sakit tekak pada musim kering, bolehlah letak semangkuk air di tepi katil.

Keletihan — Makan kismis (yang dikeringkan tanpa bahan pengawet) atau kurma (kurma mungkin sukar diperoleh di luar Ramadan) ke mana saja. Kismis dan kurma membekalkan glukos yang menjPeratusan jangkitan kulat kuku atau onikomikosis lebih tinggi di negara yang beriklim panas dan lembap seperti Malaysia.

Jika kaki sering bersarung kasut dalam iklim begitu, perpeluhan akan berlaku dan ia mengundang bukan sahaja pembiakan bakteria, malah pembentukan kulat.

Lebih membimbangkan, jangkitan kulat ini bukan sahaja boleh berlaku dari kuku kaki ke kuku tangan seseorang, bahkan boleh disebar pula oleh agen air. Maka, tempat-tempat seperti kolam renang awam dan bilik air juga lokasi ideal untuk kulat ini menjangkiti orang lain.

Jangkitan kulat ini boleh menyebabkan seseorang berasa gatal dan perit selain mampu meninggalkan kerosakan kekal kepada kuku. Ia juga membuka risiko jangkitan yang lebih teruk dan ini berbahaya untuk penghidap diabetes atau mereka yang lemah sistem imunisasi seperti penghidap leukemia, AIDS atau yang sedang menjalani pemindahan organ.

"Apabila kulat mula 'menghuni' kuku, ia sukar dilenyapkan dengan cepat. Namun, ia boleh dibasmi jika seseorang berdisiplin dalam menjalankan rutin rawatannya.

"Ia tidak hilang dengan sendiri, maka seseorang yang mengalaminya tidak boleh memandang ringan masalah ini. Penggunaan minyak sapu adalah pilihan paling mudah," kata pakar bedah tangan di Marin General Hospital California, Amerika Syarikat (AS), Dr. David Nelson.

Ubat sapu


Menurut Nelson dalam portal kesihatannya, pesakit di AS yang dijangkiti kulat kuku lazimnya diberikan pil griseofulvin untuk tempoh antara enam bulan sehingga setahun.

"Tetapi, ia meninggalkan kesan sampingan seperti sakit kepala, loya, gangguan fungsi darah dan kerosakan hati. Sebab itulah ramai doktor menyarankan ubat sapu termasuk minyak homeopati.

Bagaimanapun, membuang terus kuku yang dijangkiti itu tidak akan membebaskan seseorang daripada onikomikosis.

"Apabila lapisan kuku baru mula terbentuk, jangkitan akan bermula semula," kata Nelson.

Jika tidak berkesempatan bertemu doktor, terdapat beberapa jenis dan jenama ubat sapuan yang boleh didapatkan di kaunter farmasi.

Pesakit diingatkan untuk membaca keterangan pada label produk terlebih dahulu untuk memahami lebih lanjut cara, proses, dan kesan penggunaan ubat-ubatan tersebut.

Sebelum menyapu ubat, pesakit perlu selalu membersihkan kuku tangan dan kaki, baik yang dijangkiti mahupun yang tidak dijangkiti.

Ubat perlu disapu di bahagian hujung dan di bawah lapisan kuku serta di unjuran pangkal kulit dengan sekata. Ia penting kerana bahagian kulit yang terjejas dengan jangkitan kulat di sekeliling kuku (paronisia) boleh dijangka kerana bakteria dan kulat merebak apabila fungsi ketahanan tubuh terjejas.

"Apabila menyapu krim pembasmi kulat itu, bahagian kutikel tidak perlu ditolak atau dikorek. Manakala bagi wanita, pemakaian kuku palsu aalah lebih baik dielakkan. Pembersihan kuku dengan pembersih pengilat kuku juga tidak digalakkan bagi menghindar masalah yang berkaitan," terang Nelson.adi tenaga segera yang boleh digunakan terus tanpa memerlukan banyak insulin. Ia membuat kita lebih bertenaga.

Testimoni minyak kelapa dara satu



<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS











Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.