<?php echo $tajuk; ?>


Kolesterol Darah yang Tinggi



Kolesterol Darah yang Tinggi Kolesterol darah yang tinggi merupakan satu keadaan di mana tahap kolesterol dalam darah meningkat tinggi. Lazimnya, badan kita akan mengimbangi kolesterol yang diperolehi dari makanan apabila terlalu banyak kolesterol dihasilkan daripada makanan, organ hati akan mengurangkannya. Tetapi jika kita mempunyai berlebihan berat badan atau memakan makanan yang tinggi lemak, maka badan kita tidak lagi mampu mengimbanginya. Bila ini terjadi, paras kolesterol darah akan meningkat.

Faktor risiko penyakit jantung yang lain


Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit jantung
Tekanan darah tinggi
Merokok
Diabetes
Kegemukan (berlebihan berat badan)
Gaya hidup yang sedentari

Jika anda memiliki satu atau lebih dari faktor di atas, anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan kolesterol darah anda.

(Jumlah paras kolesterol yang disyorkan : di bawah 200mg/dl atau di bawah 5.5mmol/L dengan paras kolesterol LDL kurang dari 130 mg/dl dan paras kolesterol HDL lebih dari 35 mg/dl (#1.6 mmol/L). Pada kebiasaannya kaum wanita yang masih mengalami haid mempunyai HDL lebih tinggi dari kaum lelaki. Jadi untuk kaum wanita, paras HDL yang melebihi 55 mg/dl adalah baik dan disyorkan. Jumlah paras kolesterol yang melebihi 200 hingga 220 mg/dl selalunya dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung.

RISIKO


Paras kolesterol yang tinggi boleh meningkatkan risiko saluran darah tersumbat yang boleh mengakibatkan:

Serangan jantung
Angin ahmar (strok)
Serangan sakit dada atau angina
Tekanan darah tinggi
Kegagalan buah pinggang

Pengurusan sendiri


Pendekatan bukan-farmakologi

Penurunan berat badan- bersenam secara tekal (tetap dan berterusan) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk 30 minit bagi setiap sesi. Berat badan hendaklah diturunkan tidak melebihi 0.5-1.0 kg setiap minggu. Indeks Jisim Badan yang disyorkan ialah antara 18.5 - < 25 kg/m2 dan ukuran nisbah pinggang-pinggul ialah < 0.9 untuk lelaki dan < 0.8 untuk wanita.

Berhenti merokok


Pengambilan alkohol yang berlebihan akan meningkatkan paras Trigliserida Plasma. Walau bagaimanapun, meminum alkohol secara sederhana dikaitkan dengan peningkatan paras kolesterol HDL (tidak melebihi 21 unit untuk lelaki dan 14 unit untuk wanita) (1 unit alkohol adalah bersamaan dengan = pain bir, 1 gelas wain atau = 'peg spirit')

Pengubahsuaian diet-cara mengurangkan lemak dalam makanan adalah seperti berikut:

o Kurangkan pengambilan keseluruhan lemak dalam makanan kepada 30% atau kurang dari jumlah kalori.
o Kurangkan pengambilan lemak tepu kepada 10% kurang dari jumlah kalori.
o Kurangkan pengambilan kolesterol kepada kurang dari 300 mg sehari.

Petua


Tanggalkan kulit dari daging ayam sebelum dimakan.
Elakkan dari menambah kicap atau lain-lain sos, minyak, mayonis, krim atau mentega ke dalam makanan anda.
Pilih lebih banyak ikan atau bahan makanan laut yang lain untuk dimakan
Buangkan segala lemak yang ternampak pada daging
Jangan menggoreng dalam minyak yang banyak. Gunakan teknik kacau-goreng.
Memakan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
Memakan lebih banyak roti dan bijirin. Elak dari mengambil roti bulan sabit (croissants), biskut, pastri dan kuih-muih yang manis dan berminyak.

Gunakan Garis Panduan Diet Malaysia untuk merancang diet anda. Keperluan kalori bagi setiap individu adalah seperti di bawah:

Pengambilan kalori

Pengambilan lemak

Jika anda wanita yang sedentari atau warga tua. : 1,600 kalori (36 - 53 gram)
Bagi wanita yang aktif, kanak-kanak atau remaja belasan tahun : Sekurang-kurangnya 2,000 kalori (44 - 67 gram)
Lelaki yang aktif atau remaja : Sekurang-kurangnya 2,400 kalori (53 - 80 gram)

Catatan: Panduan ini adalah untuk individu yang sihat. Jika anda mempunyai kolesterol darah yang tinggi atau berlebihan berat badan, had pengambilan lemak akan ditentukan oleh Pegawai Jenis Makanan atau Pegawai Pemakanan anda.

Minyak Kelapa Dara dan Kolesterol


Kolesterol dan trigliserida terbentuk dari acetyl coenzyme-A (acetyl-CoA). Memang benar lelemak tepu diubah kepada acetyl-CoA melibatkan proses oksidasi beta (beta oxidation) tetapi menuding pengambilan lelemak tepu sebagai punca peningkatan kolesterol adalah kurang tepat.

Menurut pakar biokimia terkenal Dr Mary Enig , LDL dan jumlah kolesterol berkurang kerana pengambilan lelemak omega-6 (canola, bunga matahari, kacang soya, jagung, safflower) menyebabkan kolesterol diperlukan untuk menstabilkan membran sel. Hasilnya, kolesterol berkurangan dalam darah lalu menurunkan paras trigliserida dan LDL.

Lelemak tepu dari minyak kelapa dara pula dipercayai memperkukuh struktur membran-membran, oleh itu kolesterol kurang digunakan untuk menstabilkannya. Kajian terbaru di India seperti dilaporkan pada 2004 mendapati pengambilan minyak kelapa dara menyebabkan paras LDL dan trigliserida turun serta paras HDL meningkat.

Testimoni minyak kelapa dara gemuk

Testimoni minyak kelapa dara gemuk


DAPATKAN SEKARANG Klik Disini



RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT Klik Disini






<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS';







Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.