<?php echo $tajuk; ?>


Ancaman kolesterol



Ancaman kolesterol Kolesterol ialah sejenis jisim lembut seperti lemak dan berlekit seperti lilin dan dijumpai di dalam aliran darah dan dalam semua sel badan. Kolesterol merupakan bahagian penting dalam badan yang sihat kerana ia digunakan untuk mengeluarkan membran sel dan sesetengah hormon, serta membantu melicinkan fungsi badan lain yang memerlukannya.

Namun, terlampau banyak kolesterol dalam darah akan mengundang risiko besar untuk diserang penyakit jantung koronari (seterusnya akan membawa kepada serangan jantung) dan angin ahmar.

Dari manakah datangnya kolesterol ini?

Kolesterol datangnya daripada dua punca, daripada makanan dan badan anda. Hepar dan sel lain dalam badan anda mengeluarkan kira-kira 75 peratus daripada kolesterol darah. Baki 25 peratus lagi datangnya daripada makanan yang anda makan. Julat yang selamat untuk pengambilan kolesterol ialah antara 200-400 miligram sehari.

Kolesterol LDL (Kolesterol jahat)

Apabila terdapat terlampau banyak kolesterol jenis lipoprotein (LDL) berkepadatan rendah beredar dalam darah, ia beransur-ansur akan melekat dan mengumpul pada dinding dalaman arteri yang menyalurkan darah ke jantung dan otak. Bersama dengan jisim lain, ia lama kelamaan akan membentuk plak, iaitu sejenis longgokan keras yang akan menyempitkan arteri dan menjadikannya kurang anjal. Keadaan sedemikian dikenali sebagai atherosclerosis. Sekiranya suatu gumpalan terbentuk dan menyumbat arteri yang telah pun menyempit itu, ini akan mengakibatkan serangan jantung atau angin ahmar.

Kolesterol HDL (Kolesterol baik)

Lebih kurang satu perempat hingga satu pertiga daripada kolesterol darah dibawa oleh lipoprotein yang berkepadatan tinggi (HDL). Kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol "baik", sebab paras HDL yang tinggi dikatakan dapat melindungi daripada serangan jantung. Paras HDL yang rendah (kurang daripada 1.0 mmol/L) juga akan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Trigliserida

Trigliserida ialah bentuk sejenis lemak yang diperbuat di dalam badan. Trigliserida yang tinggi mungkin disebabkan oleh berat badan yang berlebihan, tidak aktif, merokok, meminum alkohol secara berlebihan dan mengambil makanan yang tinggi karbohidrat (60 peratus atau lebih daripada jumlah kalori). Mereka yang mempunyai trigliserida tinggi seringkali mempunyai paras kolesterol yang tinggi juga, termasuklah paras LDL yang tinggi serta paras HDL yang rendah.

Kolesterol Lp (a)

Lp (a) merupakan variasi genetik bagi kolesterol LDL (kolesterol jahat). Paras Lp (a) yang tinggi adalah faktor risiko utama bagi perkembangan pramatang pendepositan lemak dalam atreri.

Apakah yang ditunjukkan oleh paras kolesterol anda?

Laporan ujian anda akan menunjukkan paras kolesterol mengikut ukuran millimoles per litre (mmol/L). Untuk menentukan bagaimana paras kolesterol mempengaruhi risiko untuk anda menghidapi penyakit jantung, doktor juga akan mengambilkira faktor risiko lain seperti usia, sejarah keluarga, merokok atau tidak dan tekanan darah tinggi.

Perhatian: Julat yang selamat untuk pengambilan kolesterol ialah 200-400 miligram sehari.

Ubat-ubatan biasa untuk menurunkan kolesterol.

Kini telah terbukti dengan kukuh bahawa statins (juga dikenali sebagai HMG-CoA Reductase Inhibitor) merupakan jenis ubat yang amat mujarab dan berkesan kerana ia bukan sahaja dapat menurunkan kolesterol secara mendadak, tetapi juga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Statins menghalang pensensitisan kolesterol dengan menyekat enzim HMG-CoA Reductase.

Sesetengah orang yang mengambil ubat statin melaporkan banyak mengalami kesan sampingan termasuk sakit-sakit otot, lemah badan, keletihan, daya ingatan yang bermasalah dan juga mati pucuk (erectile dysfuntion).

Masalahnya, gejala tersebut merupakan rungutan yang biasa didengar berkaitan dengan peningkatan usia, oleh itu ramai orang menganggap perkara ini tidak perlu dimaklumkan kepada doktor mereka. Menurut Dr. Julian M. Whitaker M.D.

Minyak kelapa dara dan kolesterol

kolestrol hdl dan ldl, minyak kelapa dara Minyak kelapa dara terdiri daripada asid lemak tepu. Menurut Bruce Fife dalam Coconut Cures, minyak kelapa dara mengandungi 92 peratus asid lemak tepu. Lemak tepu ini, adalah berbeza daripada lemak tepu yang terdapat pada minyak lain dan haiwan. Lemak tepu dalam minyak kelapa dara mempunyai komposisi kimia yang berbeza dari lemak tepu haiwan. Lemak tepu jenis lain mempunyai rantaian panjang sedangkan minyak kelapa terdiri daripada rantai sederhana. Perbezaan ini adalah salah satu sebab mengapa lemak tepu pada minyak kelapa dara boleh membantu menurunkan kadar kolesterol.

Minyak kelapa mengandungi asid laurik, menurut westonaprice.org. Asid laurik adalah asid lemak tepu esensial yang telah terbukti menurunkan kadar kolesterol berbahaya sementara meningkatkan tahap kolesterol yang bermanfaat. Menurut Dr Mary Enig dari westonaprice.org, minyak kelapa merupakan makanan berfungsi yang amat penting pada abad ke-21 yang menjadi minyak bermanfaat untuk pencegahan dan rawatan beberapa penyakit jantung.

Minyak kelapa dara terdiri daripada lemak yang sesuai untuk jantung yang sihat, USDA menyatakan minyak kelapa dara mengandungi hampir dua peratus daripada asid lemak. Menurut American Heart Association, lemak yang terkanndung dalam minyak kelapa dara membantu menurunkan kolesterol dengan menjaga arteri elastis dan membantu pengaliran darah. Lemak ini juga boleh membantu melindungi kesihatan jantung.


testimoni resdung minyak kelapa dara - BioVCO

testimoni resdung minyak kelapa dara - BioVCO

Manfaat dan kehebatan Minyak Kelapa Dara yang mesti diketahui ! KLIK DISINI



RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT Klik Disini






<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS';







Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.