Bahaya Pil Kurus

pil kurus dan minyak kelapa dara PENDEDAHAN akhbar mengenai tindakan Kementerian Kesihatan menyenaraihitamkan 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang disahkan mengandungi bahan kimia beracun termasuk dadah steroid daripada pasaran kerana boleh memudaratkan nyawa pengguna, sememangnya menakutkan.

Namun, lebih menakutkan apabila amaran bahaya pengambilan ubat sedemikian tidak diendahkan ramai demi mendapatkan tubuh langsing dan menawan tanpa mempedulikan kesan sampingan.

Hakikatnya, kurus atau langsing bukan perkara mudah yang mampu diraih dalam tempoh singkat. Justeru jika ada jurujual yang mendakwa pil pelangsingnya boleh membantu anda kurus dalam tempoh singkat, janganlah anda mudah percaya. Kurus bukan boleh dicapai dalam tempoh tiga atau empat bulan dengan hanya bergantung kepada pil pelangsing. Sebaliknya, kurus adalah gabungan pengambilan diet yang terjaga, senaman yang kerap dan mungkin jika anda memerlukan pil pelangsing, ia mestilah diberi dengan kebenaran doktor bertauliah. Dalam kebanyakan kes yang membabitkan produk pelangsingan badan yang diharamkan, ia didapati mengandung bahan kimia seperti phentermine, amphetamine, sibutramin, fenfluramine yang diakui boleh mengurangkan berat badan tetapi memberi kesan sampingan seperti kemurungan, psikosis dan halusinasi, risiko tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sakit kepala. Malah ia turut menyebabkan denyutan jantung yang cepat dan meningkatkan tekanan darah.

Ubat-ubat pelangsing selalunya tidak diklasifikasikan sebagai ubat (drug) sebaliknya sebagai makanan tambahan menyebabkan ia tidak tertakluk dalam akta yang sama dengan ubat-ubatan yang diprekripsi doktor. Justeru, dengan mudah ia boleh dijual tanpa testimoni dan bukti klinikal dan ini seharusnya menjadikan anda lebih berhati-hati.

Ada sesetengah ubat kurus keluaran jenama antarabangsa mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan Pihak Pentadbir Ubat-Ubatan Persekutuan Amerika Syarikat (FDA), tetapi ubat sebegini pun lazimnya hanya diberi menerusi prekripsi atau kebenaran doktor. Lazimnya, ubat sedemikian diberi doktor kepada mereka yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 30 dan individu itu berisiko menghidap diabetes dan tekanan darah tinggi.

Pembelian ubat kurus melalui ejen jualan langsung pula terbuka kepada sesiapa saja tanpa mengira sejarah perubatan atau keperluan dan harganya pula mencecah beratus-ratus ringgit. Lebih teruk, si jurujual juga tiada kepakaran dan pengetahuan dalam bidang perubatan. Perkara paling mudah, jika anda menjadi gemuk pun dalam tempoh dua atau tiga tahun bukankah tidak logik untuk anda kurus dalam masa tiga bulan? Pakar Bedah Umum dan Laparoskopik, Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam, Dr Lukman Abdul Rashid berkata secara umumnya mereka yang perlu menurunkan berat badan adalah golongan yang memiliki BMI melebihi 25. Menurunkan berat badan juga katanya bukan hanya atas sebab kosmetik tetapi juga bagi mengurangkan risiko penyakit.

Ada ubat pelangsing di pasaran yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan kualitinya terjamin, bagaimanapun kita tidak boleh kurus dengan hanya ubat pelangsing. Mereka yang menjalani prosedur pembedahan untuk menurunkan berat badan pun perlu kerap bersenam dan menjaga pemakanan untuk kekal langsing. Paling penting, kurus bukan hanya untuk kelihatan cantik tetapi juga untuk sihat, katanya.

Jelas Dr Lukman, ada empat jenis kategori ubat kurus iaitu ubat yang bertindak untuk mengurangkan lemak, ubat yang menambah kadar metabolisme pengguna, ubat yang bertindak menyekat selera makan dan ubat yang berfungsi mengurangkan penyerapan makanan.

Setiap satunya mempunyai tindak balas yang berbeza. Misalnya, ubat yang menyekat selera makan menyebabkan berat badan turun dengan pantas kerana tidak makan manakala sementara ada ubat yang menyebabkan anda berulang alik ke tandas. Bagaimanapun, ubat yang bertindak dalam masa yang cepat dan tidak pula mendapat kelulusan kerajaan berkemungkinan bertindak terhadap organ dalaman menyebabkannya rosak.

Kebanyakan kita tentu masih ingat kes seorang pelakon Singapura yang rosak hatinya hingga memerlukan pemindahan hati gara-gara mengambil ubat pelangsing. Malah ada juga kes di negara kita yang menyaksikan pengambilan ubat kurus tanpa prekripsi doktor akhirnya menyebabkan kematian. Sebenarnya, tiada jalan pintas untuk kurus katanya.

Jelas Dr Lukman bagi mereka yang melebihi BMI ideal atau obes tahap 1, senaman dan penjagaan pemakanan adalah cara terbaik. Bagaimanapun bagi mereka yang sudah berhadapan dengan masalah morbid obesiti iaitu tahap obes yang terlampau, penjagaan makanan dan senaman bukan lagi langkah terbaik untuk menurunkan berat badan.

Sebaliknya golongan ini memerlukan pembedahan, iaitu prosedur intragastrik balloon (pembedahan yang memasukkan belon silikon dalam perut anda sekali gus mengurangkan jumlah makanan yang anda ambil). Ia teknik pembedahan bersifat sementara dan belon perlu dikeluarkan dalam masa enam bulan selepas pembedahan.

Dalam prosedur ini, belon yang dibuat daripada silikon lembut akan dimasukkan ke dalam perut melalui mulut berpandukan kamera endoskopik. Sementara satu lagi kaedah disebut sebagai gastrik banding atau dikenal juga sebagai prosedur mengikat perut. Prosedur pembedahan ini membabitkan gegelung silikon penyekat diletakkan di sekeliling perut untuk membentuk perut seperti punjut kecil. Bahagian yang dijerut dengan silikon menyebabkan laluan atas perut itu sempit. Ini membuatkan pesakit berasa kenyang walaupun pengambilan makanan dihadkan.

Bagi wanita lepas bersalin pula, jangan terlalu gelojoh untuk kurus. Proses hamil itu sendiri memang menyebabkan berat badan bertambah namun secara umumnya, selepas bersalin berat badan akan turun dengan sendirinya. Andai kata berat badan tidak berkurangan, anda perlu nilai kembali cara hidup anda. Mungkin sebelum ini, anda aktif bersenam tetapi komitmen terhadap anak kecil atau kerja menyebabkan anda tiada masa bersenam,

Bagi wanita begini, Dr Lukman berkata, sepatutnya mereka mulakan langkah mengambil pemakanan seimbang selain memperuntukkan masa untuk bersenam. Proses untuk menurunkan berat badan mungkin lebih lama tetapi ia dapat menghindarkan komplikasi kesihatan berbanding pengambilan ubat pelangsing.

Secara idealnya, kombinasi diet rendah kalori, senaman yang kerap dan ubat kurus halal atau dibenarkan, anda akan berupaya menurunkan berat antara lima ke 10 peratus daripada berat badan anda dalam masa setahun. Ia adalah kadar tipikal untuk mana-mana usaha menguruskan berat badan yang ideal.

Mungkin anda melihatnya sebagai jumlah yang kecil tetapi peratusan sekecil itu sudah boleh membantu anda menurunkan kadar lipid, menurunkan kadar glukos dalam darah dan meningkatkan sensitiviti insulin, katanya.

Minyak Kelapa Dara dan Penurunan Berat Badan


kurangkan obesiti dengan BioVCO Kesan peransang yang terdapat didalam produk-produk untuk menurunkan berat badan menyebabkan ramai pengguna mula menjauhkan diri daripadanya. Tahukah anda? terdapat cara yang lebih baik untuk menurunkan berat badan secara semulajadi tanpa perlu mengambil produk yang mengandungi bahan kimia yang diolah. Rahsianya ialah dengan cara meningkatkan metabolisma, peransang semulajadi tanpa kesan sampingan ialah dengan mengambil Minyak Kelapa Dara.

Minyak kelapa dara terdiri daripada asid lemak rantaian sederhana. Trigliserida didalam asid lemak rantaian sederhana boleh meningkatkan metabolisma kerana ia mudah dihadam dan ditukar kepada tenaga. Asid lemak rantai panjang, seperti minyak politaktepu, adalah lebih sukar untuk dipecahkan dalam sistem penghadaman untuk digunakan sebagai tenaga. Sebaliknya, asid lemak rantai panjang biasanya disimpan sebagai lemak dalam tubuh.

Satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition melaporkan bahawa asid lemak rantaian sederhana tiga kali lebih berkesan untuk meningkatkan metabolisma daripada asid lemak rantai panjang. Penyelidik membuat kesimpulan bahawa menggantikan asid lemak rantai panjang dengan asid lemak rantaian sederhana adalah satu kaedah yang berkesan untuk penurunan berat badan. Satu lagi kajian daripada jurnal yang sama menunjukkan asid lemak rantaian sederhana boleh meningkatkan metabolisma dan juga membantu membakar lemak yang disimpan didalam tubuh.

Minyak kelapa dara boleh membantu menurunkan berat badan


- Minyak kelapa dara melambatkan proses pencernaan makanan, membantu anda agar sentiasa kenyang. Ramai orang mendapati bahawa selepas mereka mengambil minyak kelapa dara untuk diet mereka, mereka kurang mengambil makanan ringan.

- Kerana ia melambatkan proses pencernaan, minyak kelapa dara juga membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah selepas makan dengan memperlahankan proses pemecahan karbohidrat kepada glukos dalam darah.

- Minyak kelapa dara juga baik untuk detoksifikasi. Ia membersihkan saluran penghadaman dan membantu mengaktifkan semua sel-sel di dalam badan. Ini akan dapat memulihkan kesihatan dan membantu untuk menurunkan berat badan secara semulajadi.

Tip menggunakan Minyak Kelapa dara untuk Meningkatkan metabolisma


- Mulakan dengan jumlah yang sedikit. Jika anda tidak pernah mengambil minyak kelapa sebelum ini, mulakan dengan satu sudu sehari dan secara perlahan-lahan tingkatkan kepada 2 hingga 6 sudu makan sehari. Ini akan membantu badan anda menyesuaikan diri dengan kesan-kesan dan faedah minyak kelapa dara.

- Minyak kelapa dara yang anda pilih adalah amat penting. Minyak kelapa dara Organik seperti minyak kelapa dara BioVCO, adalah pilihan yang terbaik kerana ia mengekalkan semua kebaikan semulajadi.

TESTIMONI Pengguna

Testimoni minyak kelapa dara gemuk

Testimoni minyak kelapa dara gemuk

Testimoni minyak kelapa dara gemuk

Testimoni minyak kelapa dara gemuk

Apa kata Pelanggan?

Resdung

Resdung

Resdung




$tajuk

Dapatkan Info Kesihatan melalui Whatsapp - KLIK UNTUK JOINT


Bagaimana Formula Mudah Telah Terbukti Secara Saintifik untuk Penyembuhan Hampir Semua Penyakit

Baca juga

Tiroid Bukan Sekadar Bengkak Pada Leher
Resdung Dapatkan Rawatan Segera
5 Tanda Anda Ada Kencing Manis
6 Gejala Kolesterol Tinggi





tracker