Baca info PENTING berkaitan Kesihatan TERKINI & PERCUMA

Mulut berbau atau halitosis

Mulut berbau atau halitosis Faktor utamanya adalah disebabkan sisa makanan yang tertinggal di celah gigi. Sisa yang tidak dibersihkan pula akan mereput dan akhirnya menyebabkan nafas berbau. Masalah gusi juga mungkin boleh menyebabkan mulut berbau.

Justeru, memastikan mulut sentiasa bersih adalah tanggungjawab kita sepanjang masa. Mulut tidak hanya membantu fungsi mengunyah makanan, tetapi pada masa sama menjadi rumah kepada ratusan dan mungkin utaan jenis bakteria. Keseimbangan antara jenis-jenis bakteria ini memastikan mulut sentiasa segar.

Perlu diingat, punca mulut berbau tidak sama bagi setiap orang. Pemeriksaan dengan doktor gigi akan memastikan punca sebenar masalah anda.

INFO: Tanda-tanda mulut anda berbau


* Anda sering berasa ada bau busuk atau rasa kurang enak dalam mulut

* Rakan atau orang di sekeliling menutup mulut atau mengalihkan pandangan apabila anda bercakap

* Ada rakan yang menegur atau menghulurkan gula-gula kepada anda

* Ada kesan atau calitan berwarna kuning atau putih pada lidah anda.

Ada beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini. Kerap kali, menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan perbuatan flos gigi setiap hari juga membantu menghilangkan bau mulut.

Langkah lain boleh diambil bagi mengurangkan masalah bau mulut:

1) Minum teh

Kajian mendapati bahan kimia dalam teh hijau dan teh hitam dikenali sebagai polyphenols membantu menghentikan pertumbuhan bakteria yang bertanggungjawab dalam masalah mulut berbau.

2) Minum banyak air

Minum banyak air membantu mulut kekal lembap. Dalam kepercayaan perubatan Cina, mulut berbau disebabkan kepanasan yang berlebihan dalam perut. Air, sup atau buah-buahan seperti timun membantu menyeimbangkan tubuh. Sementara minuman seperti kopi, susu, makanan bergoreng atau makanan pedas dipercayai hanya menambah masalah. Apa saja jenis minuman terutama air kosong membantu membuang partikel kecil makanan dan lebihan mukus daripada mulut. Ia juga membantu mengelakkan mulut kering.

3) Penggunaan herba

Selain mengunyah gula-gula getah, amalan mengunyah herba seperti pudina, rosemary dan selasih dapat membantu mengurangkan bau mulut.

4) Belajar mengawal tekanan

Sesetengah orang terutama lelaki muda memiliki rejim kebersihan gigi yang baik tetapi mungkin ramai tidak menyedari yang tekanan meningkatkan penghasilan bau mulut.

5) Berhenti merokok

Merokok bukan saja membuatkan mulut berbau tetapi juga mengeringkan mulut.

Minyak Kelapa dara mampu membunuh Bakteria


Minyak kelapa dara mampu mencegah bau mulut, kerosakan gigi dan penyakit gusi. Gigi akan menjadi lebih sihat dengan minyak kelapa dara disamping menjadikan nafas lebih segar, gusi dan gigi yang leih sihat. Minyak kelapa dara juga dapat membantu membunuh kuman pada mulut dan gigi. Ia juga boleh membantu masalah Pernafasan dan mulut berbau.

testimoni mulut berbau minyak kelapa dara - BioVCO

Manfaat dan kehebatan Minyak Kelapa Dara yang mesti diketahui ! KLIK DISINI




Baca lebih banyak info kesihatan

Sila berikan nama dan email anda untuk memperolehi info kesihatan secara PERCUMA terus ke email anda.