Minyak Kelapa Dara Dan Pengawalan Penyakit Kardiavaskular

Minyak dan kolesterol merupakan istilah yang amat sinonim. Kita seringkali diberitahu tentang kemudaratan yang dibawa oleh minyak. Walau bagaimanapun tahukah anda minyak kelapa dara mempunyai khasiat yang menakjubkan? Seperti yang kita ketahui minyak terdiri daripada asid lemak. Asid lemak pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu asid lemak tepu dan asid lemak tak tepu. Faktor utama yang membezakan kedua-dua lemak ini adalah ikatan kimianya. Asid lemak tepu menunjukkan ikatan kimia yang lebih stabil berbanding dengan asid lemak tak tepu, ini berdasarkan jumlah atom yang terikat padanya. Keadaan struktur kimianya yang stabil ini menyebabkan ianya sukar dioksidakan berbanding dengan asid lemak tak tepu. Pengoksidaan asid lemak meyebabkan penghasilan radikal bebas yang reaktif dan memudaratkan dalam badan.

Tahukah anda minyak kelapa dara mempunyai komposisi asid lemak tepu yang tinggi, komponen inilah yang menjadikan sifatnya sangat istimewa. Empat dekad lalu kita sering disajikan dengan informasi salah oleh sesetengah ahli politik dan golongan profesional barat yang mempunyai kepentingan sendiri. Mereka berjaya mempengaruhi media dan seterusnya membuatkan kita beranggapan asid lemak tepu adalah mudarat untuk kesihatan. Hanya sedikit maklumat sahaja yang difokuskan kepada fakta bahawa asid lemak tepu bukan sahaja terdiri famili tunggal, tetapi ianya terdiri daripada 3 subkumpulan; iaitu asid lemak berantaian pendek (C2-C6), sederhana (C8-C12) dan panjang (C14-C24). Pengkelasan ini dilakukan berdasarkan kepada jumlah atom karbon (C).

Adakah minyak kelapa dara meningkatkan paras kolesterol? Tidak, minyak kelapa dara yang diproses secara bioteknologi tidak meningkatkan kolesterol darah. Contohnya, sekumpulan penyelidik telah menyedari penduduk di Kepulauan Filiphina, iaitu Polynesians dan Bicolanos yang mengamalkan diet kelapa dalam kehidupan harian tidak mendapat penyakit jantung koronari dan mempunyai paras kolesterol yang rendah. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik barat iaitu Kaunitz dan Dayrit (1992) ke atas populasi yang mengamalkan diet kelapa, mendapati minyak kelapa dara tidak meningkatkan kolesterol serum darah dan tidak meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung koronari. Salah satu faktor yang menyebabkan peningkatan kolesterol darah adalah kadar metabolisma badan yang rendah. Minyak kelapa dara dapat meningkatkan metabolisma badan dan sekaligus dapat menurunkan paras kolesterol darah.

Pengawalan Penyakit Kardiavaskular Pendekatan semulajadi boleh dilakukan untuk menangani masalah paras kolesterol yang tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan kelapa dara atau nama saintifiknya Cocos nucifera dalam diet harian didapati mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, merendahkan deposisi lemak, meningkatkan metabolisma, mengurangkan pembekuan darah, mengurangkan penghasilan radikal bebas dalam sel, menurunkan paras kolesterol darah dan hati serta mempunyai sifat anti-oksidan terhadap sel.

Salah satu faktor yang menyebabkan masalah kardiovaskular adalah pembekuan darah. Platlet adalah protein yang terdapat pada darah berperanan dalam proses pembekuan darah. Semakin tinggi daya kelekitan platlet semakin tinggi risiko darah untuk membeku. Kajian terdahulu menunjukkan kebanyakan lemak contohnya minyak sapi, mentega, marjerin, dan minyak sayuran menyebabkan peningkatan kelekitan platlet. Salah satu lemak yang tidak menyebabkan kelekitan platlet adalah MCFA yang terdapat dalam minyak kelapa. Lemak ini akan segera dibakar di dalam badan dan tidak menyebabkan deposisi pada saluran darah.

Di samping itu, gaya hidup masa kini yang lebih bertumpu kepada makanan segera dan diproses merupakan penyumbang terbesar kepada risiko penyakit kardiovaskular. Makanan yang diproses telah melalui proses hidrogenasi yang menyebabkan makanan segera kurang selamat untuk dimakan. Penghidrogenan yang menggunakan tekanan haba yang tinggi menyebabkan terhasilnya lemak trans iaitu lemak yang tidak baik. Lemak trans adalah lemak tiruan yang terhasil daripada proses penghidrogenan dan sangat toksik. Ini kerana badan manusia tidak mempunyai mekanisma khas untuk memproses dan menyingkirkan lemak trans. (Bahagian 3).

Dr Willett dan rakan-rakan menyatakan lemak trans menyebabkan penyakit kardiovaskular. Kajian menunjukkan asid lemak trans menyumbang kepada aterosklerosis dan penyakit jantung. Sebagai contoh kajian ke atas haiwan mendapati, haiwan yang diberi diet yang mengandungi asid lemak trans mendapat aterosklerosis berbanding dengan haiwan yang diberi makan selain daripada lemak trans.

Minyak Kelapa Dara BioVCO dan Kolesterol


Pengawalan Penyakit Kardiavaskular Penelitian Mendis S dan Kumarasunderam R di kalangan golongan muda Sri Lanka menunjukkan, ketika mereka menggantikan pengambilan minyak kelapa dengan minyak jagung, memang terjadi penurunan kadar serum kolesterol dari 179.6mg% menjadi 146 mg% dan penurunan kolesterol LDL (kolesterol jahat) dari 131.6 mg% menjadi 100.3 mg%. Namun, kolesterol HDL (kolesterol baik) juga ikut turun dari 43,4 mg% menjadi 25,4 mg%. 'Akibatnya, kadar LDL/HDL menjadi naik dari 3.0 menjadi 3.9 sehingga mereka menjadi kurang sihat.

Prior dan kolega (1981) membuat kajian mengenai penduduk asli pulau-pulau Polinesia di Lautan Pasifik yang berpindah dan menetap di Selandia Baru. Mereka yang asalnya sihat di pulau asalnya dan banyak menggunakan minyak kelapa, setelah berpindah dan mengambil minyak tidak tepu seperti minyak jagung, atau minyak kacang menjadikan kesihatan mereka berkurangan. Keadaan ini ditunjukkan dengan peningkatan drastik kadar kolesterol dan kolesterol LDL serta penurunan kolesterol HDL.

Kemampuan minyak kelapa menjaga kesihatan juga dibuktikan melalui kajian oleh Nugraha (2004) pada penduduk yang sering mengunakan kelapa dan keluarganya di Kabupaten Ciamis, Jawa Barat.

Kumpulan masyarakat ini menggunakan produk kelapa termasuk minyak kelapa sebagai sumber lemak utama bagi keluarga mereka. Terbukti mereka memiliki keadaan fizikal yang sihat. Perkara telah menunjukkan antara lain dari kadar kolesterol 185.4 mg% serta nisbah LDL/HDL 2.2.

SIFAT-SIFAT MINYAK KELAPA DARA BioVCO

> Berwarna Jernih.
> Diproses melalui kaedah bioteknologi.
> Penggunaan mikroorganisma semulajadi untuk proses pengekstrakan minyak.
> Diproses tanpa menggunakan haba, pengawet , bahan perasa dan bahan kimia.
> Mengekalkan keadaan / struktur semulajadi minyak.
> Bau kelapa asli dan agak masam sedikit kerana kandungan asid laurik yang agak tinggi.
> Akan membeku pada suhu 24 Darjah C (cepat membeku).

Pengawalan Penyakit Kardiavaskular


Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat

 

Adakah anda antara yang cepat letih dan mengantuk walaupun anda sudah tidur lapan jam?

 
Mengapa ini berlaku? Hal ini mungkin disebabkan badan anda dipenuhi toksin. Ramai yang tidak dapat mengenal pasti kenapa badan seseorang itu terlalu letih atau penat.
 
Ia menyebabkan fizikal dan mental lemah untuk melakukan aktiviti harian.
 
Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat, itulah ungkapan yang sering kita dengar.
 
Mungkin ada kebenarannya. Sebagai individu, kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjamin kesejahteraan hidup.
 
Mencegah lebih daripada merawat sesuatu penyakit. Aspek menjaga pemakanan amat penting kerana ia merupakan punca kandungan angin dan toksin dalam badan.
 
Hakikatnya, kita memang terdedah kepada toksin tanpa disedari melalui kehadiran bahan kimia dalam makanan dan minuman serta bahan pencemar dalam udara. Di samping itu, tekanan kerja juga boleh menambahkan pengumpulan toksin di dalam badan kita.
 
Pengumpulan toksin yang berlebihan memberikan tekanan kepada organ kita dan memaksanya bekerja lebih keras. Kejadian ini bukan saja akan melupuskannya nutrien penting, malahan ia akan menghakis tenaga, lalu melemahkan sistem imun kita terhadap jangkitan penyakit.
 
Berikutan itu, seseorang akan sentiasa menghadapi masalah hidung berair, demam, peluh berbau, sukar membuang air kecil, mengantuk, sakit badan dan sukar bernafas. Wanita pula lazimnya mengalami kitaran haid tidak tetap atau kesakitan ketika datang haid. Semua ini disebabkan toksin dalam badan yang tidak dapat disingkirkan.
 
Keadaan ini berpunca daripada kawalan pemakanan yang tidak tepat. Jika seseorang mengubah tabiat pemakanan sebaik menyedari tanda-tanda jangkitan penyakit pada peringkat pertama lagi, mereka sebenarnya boleh mengelak daripada dijangkiti penyakit terbabit.
 
Setiap individu perlu memperbanyakkan makanan buah-buahan dan sayur-sayuran.
 
Selain memberi tenaga, makanan tersebut menggalakkan sistem perkumuhan di dalam badan berjalan lancar.
 
Mungkin ini berbeza dengan cara hidup mereka yang bergantung kepada ubat-ubatan. Cara semula jadi menjaga kesihatan melalui amalan pemakanan yang sihat.
 
Proses nyahtoksin secara semula jadi ini amat penting untuk memastikan badan, terutama sistem perkumuhan dapat berfungsi dengan optimum. Bukan saja penyerapan nutrien akan menjadi lebih efektif dan proses pencernaan menjadi lebih baik, malahan kita akan mendapati bahawa badan kita akan berasa lebih cergas dan bertenaga.
 
Selain itu, ramai yang tidak menyedari kebaikan makanan semula jadi seperti BioVCO.
 
Tidak seperti lain-lain minyak sayur yang akan menjadi toksik dengan cepat apabila dipanaskan (terutama jika digunakan berkali-kali), BioVCO berbeza kerana sifatnya tidak berubah walaupun dikenakan suhu tinggi.
 
"Di dalam badan, BioVCO tidak ditukarkan kepada lemak (seperti semua minyak sayur lain), sebaliknya terus sampai ke hati untuk diguna sebagai tenaga. Penggunaan BioVCO boleh mengurangkan kesan tindakan radikal bebas ini kerana ia mengandungi antioksidan.
 

Memperkenalkan Kaedah Rawatan & Sihat Tanpa Ubat

 

penyakit, biovcoSokongan Tambahan untuk fungsi Kesihatan anda - Mengawal Berat Badan & Mengurangkan Keletihan - Menyokong Kesihatan Metabolisma - Formula semulajadi daripada 100% tumbuhan.

BioVCO adalah makanan berfungsi semulajadi agar anda lebih bertenaga dan mengelak daripada rasa letih dan lesu sepanjang hari.
 
FORMULA TERBAIK Yang paling mujarab - Kami percaya bahawa apabila anda inginkan badan yang sihat anda perlukan bahan-bahan yang semulajadi. Ini sebabnya mengapa anda perlukan BioVCO yang akan membantu anda agar lebih bertenaga dan mengekalkan keseimbangan kesihatan.
 
LEBIH DARIPADA SUPPLEMENT UNTUK KESIHATAN: BioVCO membantu untuk mengekalkan dan merawat tahap kesihatan anda dengan nutrien yang penting untuk menggalakkan metabolisma yang sihat dan mengawal berat badan. Anda juga boleh melihat faedah lain seperti kulit, kuku dan rambut yang lebih sihat.

 

Apa Kata Pengguna Mengenai BioVCO

 



Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat



tracker