Biotek komersialkan minyak kelapa dara

Khasiat minyak kelapa dara yang dihasilkan daripada santan kelapa yang cukup matang sudah diketahui sejak dulu lagi dan digunakan secara meluas oleh nenek moyang kita terutama untuk penjagaan kesihatan. Namun kebiasaannya ia hanya dihasilkan secara kecil-kecilan untuk kegunaan sendiri. Bagaimanapun, dengan kemajuan teknologi, terutama dalam bidang bioteknologi, minyak ini kini boleh dikomersialkan, bukan saja untuk dipasarkan di negara ini, malah mampu dieksport sehingga ke Eropah dan Amerika Syarikat.

Penyelidik Kanan di Puast Bioteknologi Mardi, Dr. Kamariah Long telah berjaya mencipta kaedah untuk merealisasikan hasrat itu. Malah produk yang dihasilkan menggunakan kaedah ciptaanya berjaya memenangi pingat gangsa Pertandingan Reka Cipta dan Teknik Baru Antarabangsa di Geneva 2006. Hasil inovasi ini juga membolehkan beliau terpilih memenangi pingat 'Outstanding Malaysian Woman Inventor 2006' oleh International Federation of Inventors Association (IFIA) anjuran Persatuan Reka Cipta dan Reke Bentuk Malaysia (MINDS) baru-baru ini.

Mengikut kaedah traditional, proses untuk mendapatkan minyak kelapa dara memakan masa dan tenaga yang banyak. Minyak yang dihasilkan juga mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan, serta tidak tahan lama menyebabkan ia sukar dipasarkan secara komersial. Bagaimanapun menggunakan keadah yang dimajukan oleh Kamariah, penghasilan minyak kelapa dara itu dapat dipercepatkan, manakala produk yang dihasilkan setanding dengan produk moden yang lain. Beliau berkata, bagi mempercepatkan tempoh bagi penghasilan minyak dan menjadikannya tahan lebih lama dan tidak berbau, kaedah mekanikal seperti 'cold press' penggunaan enzim seperti Pektinase digunakan.

Minyak kelapa dara yang dihasilkan itu kemudiannya diubah struktur dan komposisi kimianya menggunakan enzim tertentu bagi dipertingkatkan kemampuannya untuk bertindak menentang pelbagai penyakit berkaitan kulat dan bakteria. Minyak kelapa dara yang terbukti mempunyai aktiviti antimikrob meluas dan berkesan bagi menentang bakteria dan kulat' katanya ketika di temui Berita Harian di Serdang. Beliau berkata, minyak kelapa dara didapati amat berkesan merawat kelumumur, kudis, candidasis dan vaginatis. Ia juga digunakan sebagai bahan asas dalam penghasilan produk pembersih peribadi, krim, losyen serta surfaktan bagi kegunaan rumah dan hospital.

Minyak kelapa dara juga adalah bahan semula jadi yang memiliki pelbagai manfaat jauh lebih berbanding krim antibakteria dan antikulat sintetik yang sedia ada di pasaran. Minyak kelapa dara bernilai tambah dan juga tidak akan beku walaupun disimpan di tempat sejuk, berbanding minyak kelapa dara yang dihasilkan sekarang.

Kamariah berkata, teknologi dan produk yang dihasilkan adalah berdaya maju dan boleh bersaing pada peringkat global. Harga pengeluaran pada peringkat kilang juga adalah jauh lebih murah berbanding produk antimikrob yang ada di pasaran tempatan mahupun luar negara.'MARDI kini sedang mencari usahawan yang berminat untuk berkerjasama mengkomersialkan produk ini' katanya. Beliau berkata produk berkenaan adalah berdaya maju berdasarkan sumber bahan mentahnya yang begitu banyak di pasaran. Mengikut statistik, menjelang 2010, jumlah keluasan tanaman kelapa di negara ini akan mencecah 700,000 hektar berbanding 158,000 hektar pada 2002.

Dengan terhasilnya minyak kelapa dara ini, permintaan kelapa tidak lagi sekadar untuk industri makanan bahkan dalam industri nutraseutikal dan farmaseutikal, sekaligus memberi pulangan lebih besar kepada negara' katanya. Kamariah berkata, projek penyelidikan bagi menghasilkan minyak kelapa dara ini turut di bantu oleh Penyelidik MARDI Mary Goh Wai Ching, Dr. Sivapragasam Annamalai dan pensyarah Universtiti Kebangasaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Mamot Said dan dua pensyarah Universiti Putra Malaysia, Prof. Dr. Lai Oi Ling dan Dr. Tan Chin Ping (UPM).

Keajaiban dan tahap Penyembuhan Minyak Kelapa Dara BioVCO


SOAL JAWAB Mengenai Minyak Kelapa Dara Minyak Kelapa Dara BioVCO mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT ini mempunyai kesan nutrien yang sama dengan ASI. Dan MCT inilah yang menjadikan minyak Kelapa Dara boleh mengatasi dan mencegah kanser.

Minyak kelapa dara merupakan antioksida pelindung tubuh. Sejak kebelakangan ini Minyak Kelapa Dara BioVCO, disebut-sebut sebagai minyak diet paling sihat di muka bumi.

Minyak Kelapa Dara BioVCO dihasilkan melalui kaedah bioteknologi dimana ia dihasilkan daripada hampir 100% kelapa. Ia tidak dimasak, tidak melalui proses penyulingan secara kimia untuk menjernihkannya, tidak mengandungi bahan pengawet dan 100% produk bumiputra Islam dan keluaran tempatan.

> Berwarna Jernih.
> Diproses melalui kaedah bioteknologi.
> Penggunaan mikroorganisma semulajadi untuk proses pengekstrakan minyak.
> Diproses tanpa menggunakan haba, pengawet , bahan perasa dan bahan kimia.
> Mengekalkan keadaan / struktur semulajadi minyak.
> Bau kelapa asli dan agak masam sedikit kerana kandungan asid laurik yang agak tinggi.
> Akan membeku pada suhu 24C (cepat membeku).

Mengapa perlu menggunakan Minyak Kelapa Dara yang 100% ORGANIK?

>> Membantu mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang ideal
>> Mengurangkan risiko serangan Jantung dan darah tinggi
>> Mengurangkan kadar Kolestrol
>> Mengawal kencing manis dan Anti oksida yang semulajadi
>> Tidak meningkatkan paras platelet dalam darah
>> Mencegah serangan penyakit kerana memiliki agen Anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa
>> Meningkatkan kadar metabolisma dan Pemangkin kelenjar tiroid
>> Membekal sumber tenaga yang pantas
>> Mengurangkan kesan kedutan kulit dan Melindungi kesan ultra violet
>> matahari & penyakit kulit
>> Mengurangkan Kelimumur dan mengaktifkan pertumbuhan rambut

Pengawalan Penyakit Kardiavaskular


Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat

 

Adakah anda antara yang cepat letih dan mengantuk walaupun anda sudah tidur lapan jam?

 
Mengapa ini berlaku? Hal ini mungkin disebabkan badan anda dipenuhi toksin. Ramai yang tidak dapat mengenal pasti kenapa badan seseorang itu terlalu letih atau penat.
 
Ia menyebabkan fizikal dan mental lemah untuk melakukan aktiviti harian.
 
Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat, itulah ungkapan yang sering kita dengar.
 
Mungkin ada kebenarannya. Sebagai individu, kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjamin kesejahteraan hidup.
 
Mencegah lebih daripada merawat sesuatu penyakit. Aspek menjaga pemakanan amat penting kerana ia merupakan punca kandungan angin dan toksin dalam badan.
 
Hakikatnya, kita memang terdedah kepada toksin tanpa disedari melalui kehadiran bahan kimia dalam makanan dan minuman serta bahan pencemar dalam udara. Di samping itu, tekanan kerja juga boleh menambahkan pengumpulan toksin di dalam badan kita.
 
Pengumpulan toksin yang berlebihan memberikan tekanan kepada organ kita dan memaksanya bekerja lebih keras. Kejadian ini bukan saja akan melupuskannya nutrien penting, malahan ia akan menghakis tenaga, lalu melemahkan sistem imun kita terhadap jangkitan penyakit.
 
Berikutan itu, seseorang akan sentiasa menghadapi masalah hidung berair, demam, peluh berbau, sukar membuang air kecil, mengantuk, sakit badan dan sukar bernafas. Wanita pula lazimnya mengalami kitaran haid tidak tetap atau kesakitan ketika datang haid. Semua ini disebabkan toksin dalam badan yang tidak dapat disingkirkan.
 
Keadaan ini berpunca daripada kawalan pemakanan yang tidak tepat. Jika seseorang mengubah tabiat pemakanan sebaik menyedari tanda-tanda jangkitan penyakit pada peringkat pertama lagi, mereka sebenarnya boleh mengelak daripada dijangkiti penyakit terbabit.
 
Setiap individu perlu memperbanyakkan makanan buah-buahan dan sayur-sayuran.
 
Selain memberi tenaga, makanan tersebut menggalakkan sistem perkumuhan di dalam badan berjalan lancar.
 
Mungkin ini berbeza dengan cara hidup mereka yang bergantung kepada ubat-ubatan. Cara semula jadi menjaga kesihatan melalui amalan pemakanan yang sihat.
 
Proses nyahtoksin secara semula jadi ini amat penting untuk memastikan badan, terutama sistem perkumuhan dapat berfungsi dengan optimum. Bukan saja penyerapan nutrien akan menjadi lebih efektif dan proses pencernaan menjadi lebih baik, malahan kita akan mendapati bahawa badan kita akan berasa lebih cergas dan bertenaga.
 
Selain itu, ramai yang tidak menyedari kebaikan makanan semula jadi seperti BioVCO.
 
Tidak seperti lain-lain minyak sayur yang akan menjadi toksik dengan cepat apabila dipanaskan (terutama jika digunakan berkali-kali), BioVCO berbeza kerana sifatnya tidak berubah walaupun dikenakan suhu tinggi.
 
"Di dalam badan, BioVCO tidak ditukarkan kepada lemak (seperti semua minyak sayur lain), sebaliknya terus sampai ke hati untuk diguna sebagai tenaga. Penggunaan BioVCO boleh mengurangkan kesan tindakan radikal bebas ini kerana ia mengandungi antioksidan.
 

Memperkenalkan Kaedah Rawatan & Sihat Tanpa Ubat

 

penyakit, biovcoSokongan Tambahan untuk fungsi Kesihatan anda - Mengawal Berat Badan & Mengurangkan Keletihan - Menyokong Kesihatan Metabolisma - Formula semulajadi daripada 100% tumbuhan.

BioVCO adalah makanan berfungsi semulajadi agar anda lebih bertenaga dan mengelak daripada rasa letih dan lesu sepanjang hari.
 
FORMULA TERBAIK Yang paling mujarab - Kami percaya bahawa apabila anda inginkan badan yang sihat anda perlukan bahan-bahan yang semulajadi. Ini sebabnya mengapa anda perlukan BioVCO yang akan membantu anda agar lebih bertenaga dan mengekalkan keseimbangan kesihatan.
 
LEBIH DARIPADA SUPPLEMENT UNTUK KESIHATAN: BioVCO membantu untuk mengekalkan dan merawat tahap kesihatan anda dengan nutrien yang penting untuk menggalakkan metabolisma yang sihat dan mengawal berat badan. Anda juga boleh melihat faedah lain seperti kulit, kuku dan rambut yang lebih sihat.

 

Apa Kata Pengguna Mengenai BioVCO

 



Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat



tracker