Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara atau nama inggerisnya ‘Virgin Coconut Oil’ begitu dikenali terutama di negara barat. Permintaannya di pasaran kian meningkat dan dijangka akan terus meningkat seiring dengan penemuan saintifik masa kini. Tentu ramai yang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan minyak kelapa dara.

Minyak kelapa dara bermaksud minyak yang tidak menerima rawatan kimia atau haba yang berlebihan. Dengan kata lain, ia merupakan minyak yang dapat mengekalkan kandungan nutriennya selepas diproses.

Kebanyakan minyak yang terdapat di pasaran terutamanya minyak masak, merupakan minyak yang telah ditulenkan, dilunturkan dan dinyahbau (refined, bleached and deodorized). Minyak jenis ini telah diberikan rawatan kimia dan haba yang tinggi sehingga mencecah 230° C. Rawatan haba yang tinggi menyebabkan segala kebaikan semulajadinya seperti anti-oksidan musnah atau terbuang semasa pemprosesan. Minyak kelapa yang menerima rawtan haba yang tinggi akan mempunyai warna kekuningan berbanding dengan minyak kelapa dara yang tidak berwarna (colourless).

Keistimewaan minyak kelapa dara sebenarnya telah lama diperkatakan. Walau bagaimanapun masyarakat kita di Malaysia masih tidak menyedarinya dan masih lagi diberikan maklumat yang tidak tepat tentang minyak kelapa. Kita masih fobia dengan penemuan saintifik dari negara barat terutama yang dibuat oleh ‘American Soybean Association’ (ASA) yang mengatakan pengambilan asid lemak tepu menyebabkan peningkatan kolestrol di dalam darah dan seterusnya meningkatkan risiko sakit jantung.

Kenyataan yang dibuat oleh ASA adalah sebahagian daripada usaha pihak berkenaan dalam kempen memulaukan minyak sawit. Pada masa ini para saintis berpendapat minyak yang mengandungi asid lemak trans adalah lebih berbahaya daripada asid lemak tepu.

Asid lemak tepu boleh dibahagikan kepada tiga ketagori iaitu asid lemak tepu berantai pendek, asid lemak tepu berantai sederhana dan asid lemak tepu berantai panjang. Minyak kelapa mengandungi 60% asid lemak tepu beantai sederhana. Kajian mendapati penguraian asid lemak tepu berantai sederhana oleh badan manusia adalah berbeza dengan asid lemak tepu berantai panjang.

Asid laurik, iaitu salah satu asid lemak tepu berantai sederhana, akan terus diserap ke saluran darah dan dihantar ke hati. Disini asid ini tidak akan disimpan sebaliknya akan dibakar untuk mendapatkan tenaga, sama seperti sifat karbohidrat. Manakala asid lemak tepu berantai panjang, asid lemak mono tak tepu, asid lemak poli tak tepu serta kolestrol tidak akan terus dibakar sebaliknya akan dikumpulkan bersama protein untuk membentuk sebatian yang dinamakan ‘lipoprotein’ yang akan diedarkan ke aliran darah.

Ketidakseimbangan antara pengambilan kumpulan asid lemak tepu dan asid lemak tak tepu dalam pemakanan akan menyebabkan meningkatnya aras kolestrol dalam darah.

Misteri minyak kelapa kini telah terbongkar. Testimoni demi testimoni telah diperolehi dan semuanya mengakui minyak kelapa dara berkesan bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, mengurangkan risiko sakit jantung, mengurangkan aras kolestrol dalam darah, memperbaiki keadaan pesakit kencing manis dan pesakit tiroid, sangat sesuai digunakan kepada mereka yang keletihan dan ingin cepat pulih atau mendapatkan tenaga segera.

Kajian penyelidikan masa kini telah menukar persepsi dunia tentang minyak kelapa dara. Dr Mary Enig, seorang pakar biokimia pemakanan dari USA mengakui bahawa minyak kelapa dara satu-satunya minyak semulajadi yang mengagumkan dan sepatutnya dihargai.

Minyak yang dimakan akan diuraikan oleh sejenis ezim, yang terdapat dalam badan manusia, dikenali sebagai ‘pancreatic lipase’. Enzim ini akan menguraikan minyak kelapa kepada monolaurik dan asid laurik. Monolaurik dan asid laurik yang terbentuk akan meresap ke dalam saluran darah dan bertindak sebagai anti-bakteria, anti-virus dan anti-kulat dan anti-protozoa.

Bahan aktif ini didapati berkesan mengubah atau menyahsruktur sel membran bakteria, kulat dan virus menyebabkan pembiakan mereka terhenti. Yang menakjubkan, bahan ini hanya bertindak kepada sel membran bakteria patogen (gram positif) dan didapati tidak bertindak kepada bakteria semulajadi yang terdapat dalam perut.

Kajian mendapati monolaurik bertindak kepada 15 jenis virus termasuk virus HIV. Ujikaji terkini yang dilakukan di Filipina mendapati jumlah pesakit AIDS berkurangan apabila minyak ini dijadikan sebagai makanan tambahan berfungsi (Functional Food). Pesakit didapati lebih bertenaga dan sihat.

Setiausaha Kementerian Kesihatan Filipina dalam satu mesyuarat pada tahun 2003 telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa minyak kelapa merupakan agen yang lebih kuat (potent) untuk meningkatkan tahap ketahanan tubuh dalam menentang selesema burung (SARS) berbanding dengan Vitamin C.

Selain virus, bahan ini juga dikenalpasti dapat menghalang pertumbuhan bakteria seperti Listeria Monocytogenes yang menyebabkan keracunan makanan, Helicobacter Pylon yang menyebabkan luka dalam perut, Staphylocuccus yang menyebabkan keracunan mekanan dan jangkitan saluran kencing, Neisseria yang menyebabkan menigitis dan gonorrhea, dan Chlamydia yang menyebabkan jangkitan genital, konjuktivitis, pneumonia dan lymphogranuloma.

Kajian untuk meningkat kandungan monolaurik pada minyak kelapa dara telah dimulakan di Pusat Penyelidikan Bioteknoloji, MARDI pada tahun 2004. Projek dua tahun tajaan IPPA ini diharap akan dapat menghasilkan minyak kelapa dara yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.

Untuk meningkatkan sistem ketahan tubuh, anda disyorkan menganbil lebihkurang 50ml atau 3.5 sudu kecil minyak kelapa dara atau 66gram kelapa parut sehari. Anda yang menghadapi masalah yang disebutkan di atas atau disahkan doktor mengidap jangkitan virus, bakteria, fungus (kulat) dan protozoa bolehlah mencubanya!

Ia adalah ANTI-BIOTIK SEMULAJADI yang pengambilannya secara berlebihan tidak akan memudaratkan badan manusia. Minyak kelapa dara juga sesuai digunakan sebagai pelembap kulit yang pastinya kaya dengan bahan antioksidan.

Keajaiban dan tahap Penyembuhan Minyak Kelapa Dara BioVCO


SOAL JAWAB Mengenai Minyak Kelapa Dara Minyak Kelapa Dara BioVCO mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT ini mempunyai kesan nutrien yang sama dengan ASI. Dan MCT inilah yang menjadikan minyak Kelapa Dara boleh mengatasi dan mencegah kanser.

Minyak kelapa dara merupakan antioksida pelindung tubuh. Sejak kebelakangan ini Minyak Kelapa Dara BioVCO, disebut-sebut sebagai minyak diet paling sihat di muka bumi.

Minyak Kelapa Dara BioVCO dihasilkan melalui kaedah bioteknologi dimana ia dihasilkan daripada hampir 100% kelapa. Ia tidak dimasak, tidak melalui proses penyulingan secara kimia untuk menjernihkannya, tidak mengandungi bahan pengawet dan 100% produk bumiputra Islam dan keluaran tempatan.

> Berwarna Jernih.
> Diproses melalui kaedah bioteknologi.
> Penggunaan mikroorganisma semulajadi untuk proses pengekstrakan minyak.
> Diproses tanpa menggunakan haba, pengawet , bahan perasa dan bahan kimia.
> Mengekalkan keadaan / struktur semulajadi minyak.
> Bau kelapa asli dan agak masam sedikit kerana kandungan asid laurik yang agak tinggi.
> Akan membeku pada suhu 24C (cepat membeku).

Mengapa perlu menggunakan Minyak Kelapa Dara yang 100% ORGANIK?

>> Membantu mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang ideal
>> Mengurangkan risiko serangan Jantung dan darah tinggi
>> Mengurangkan kadar Kolestrol
>> Mengawal kencing manis dan Anti oksida yang semulajadi
>> Tidak meningkatkan paras platelet dalam darah
>> Mencegah serangan penyakit kerana memiliki agen Anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa
>> Meningkatkan kadar metabolisma dan Pemangkin kelenjar tiroid
>> Membekal sumber tenaga yang pantas
>> Mengurangkan kesan kedutan kulit dan Melindungi kesan ultra violet
>> matahari & penyakit kulit
>> Mengurangkan Kelimumur dan mengaktifkan pertumbuhan rambut

Pengawalan Penyakit Kardiavaskular


Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat

 

Adakah anda antara yang cepat letih dan mengantuk walaupun anda sudah tidur lapan jam?

 
Mengapa ini berlaku? Hal ini mungkin disebabkan badan anda dipenuhi toksin. Ramai yang tidak dapat mengenal pasti kenapa badan seseorang itu terlalu letih atau penat.
 
Ia menyebabkan fizikal dan mental lemah untuk melakukan aktiviti harian.
 
Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat, itulah ungkapan yang sering kita dengar.
 
Mungkin ada kebenarannya. Sebagai individu, kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjamin kesejahteraan hidup.
 
Mencegah lebih daripada merawat sesuatu penyakit. Aspek menjaga pemakanan amat penting kerana ia merupakan punca kandungan angin dan toksin dalam badan.
 
Hakikatnya, kita memang terdedah kepada toksin tanpa disedari melalui kehadiran bahan kimia dalam makanan dan minuman serta bahan pencemar dalam udara. Di samping itu, tekanan kerja juga boleh menambahkan pengumpulan toksin di dalam badan kita.
 
Pengumpulan toksin yang berlebihan memberikan tekanan kepada organ kita dan memaksanya bekerja lebih keras. Kejadian ini bukan saja akan melupuskannya nutrien penting, malahan ia akan menghakis tenaga, lalu melemahkan sistem imun kita terhadap jangkitan penyakit.
 
Berikutan itu, seseorang akan sentiasa menghadapi masalah hidung berair, demam, peluh berbau, sukar membuang air kecil, mengantuk, sakit badan dan sukar bernafas. Wanita pula lazimnya mengalami kitaran haid tidak tetap atau kesakitan ketika datang haid. Semua ini disebabkan toksin dalam badan yang tidak dapat disingkirkan.
 
Keadaan ini berpunca daripada kawalan pemakanan yang tidak tepat. Jika seseorang mengubah tabiat pemakanan sebaik menyedari tanda-tanda jangkitan penyakit pada peringkat pertama lagi, mereka sebenarnya boleh mengelak daripada dijangkiti penyakit terbabit.
 
Setiap individu perlu memperbanyakkan makanan buah-buahan dan sayur-sayuran.
 
Selain memberi tenaga, makanan tersebut menggalakkan sistem perkumuhan di dalam badan berjalan lancar.
 
Mungkin ini berbeza dengan cara hidup mereka yang bergantung kepada ubat-ubatan. Cara semula jadi menjaga kesihatan melalui amalan pemakanan yang sihat.
 
Proses nyahtoksin secara semula jadi ini amat penting untuk memastikan badan, terutama sistem perkumuhan dapat berfungsi dengan optimum. Bukan saja penyerapan nutrien akan menjadi lebih efektif dan proses pencernaan menjadi lebih baik, malahan kita akan mendapati bahawa badan kita akan berasa lebih cergas dan bertenaga.
 
Selain itu, ramai yang tidak menyedari kebaikan makanan semula jadi seperti BioVCO.
 
Tidak seperti lain-lain minyak sayur yang akan menjadi toksik dengan cepat apabila dipanaskan (terutama jika digunakan berkali-kali), BioVCO berbeza kerana sifatnya tidak berubah walaupun dikenakan suhu tinggi.
 
"Di dalam badan, BioVCO tidak ditukarkan kepada lemak (seperti semua minyak sayur lain), sebaliknya terus sampai ke hati untuk diguna sebagai tenaga. Penggunaan BioVCO boleh mengurangkan kesan tindakan radikal bebas ini kerana ia mengandungi antioksidan.
 

Memperkenalkan Kaedah Rawatan & Sihat Tanpa Ubat

 

penyakit, biovcoSokongan Tambahan untuk fungsi Kesihatan anda - Mengawal Berat Badan & Mengurangkan Keletihan - Menyokong Kesihatan Metabolisma - Formula semulajadi daripada 100% tumbuhan.

BioVCO adalah makanan berfungsi semulajadi agar anda lebih bertenaga dan mengelak daripada rasa letih dan lesu sepanjang hari.
 
FORMULA TERBAIK Yang paling mujarab - Kami percaya bahawa apabila anda inginkan badan yang sihat anda perlukan bahan-bahan yang semulajadi. Ini sebabnya mengapa anda perlukan BioVCO yang akan membantu anda agar lebih bertenaga dan mengekalkan keseimbangan kesihatan.
 
LEBIH DARIPADA SUPPLEMENT UNTUK KESIHATAN: BioVCO membantu untuk mengekalkan dan merawat tahap kesihatan anda dengan nutrien yang penting untuk menggalakkan metabolisma yang sihat dan mengawal berat badan. Anda juga boleh melihat faedah lain seperti kulit, kuku dan rambut yang lebih sihat.

 

Apa Kata Pengguna Mengenai BioVCO

 



Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat



tracker