Cara Pengambilan Minyak Kelapa Dara

Apakah Minyak Kelapa Dara BIOVCO?

Minyak Kelapa Dara BIOVCO diproses melalui kaedah BIOTEKNOLOGI tanpa menggunakan haba yang tinggi (tidak dimasak), tanpa bahan pengawet dan proses penyulingan untuk menjernihkannya. Ini membolehkan struktur asal kelapa itu sendiri tidak pecah atau rosak.

Apakah Minyak Kelapa Dara BIOVCO ORGANIK ?

Minyak Kelapa Dara BIOVCO adalah 100% organik kerana ia diperolehi dari pohon kelapa yang ditanam secara semulajadi.

Apakah Minyak Kelapa Dara selamat untuk dimakan?

Ianya selamat untuk dimakan, melalui kajian-kajian yang dilakukan sejak tahun 30an telah membuktikan kelebihan yang dimiliki oleh Minyak Kelapa Dara. Malah ia telah disenaraikan di ' Generally Regarded As Save' (GRAS) yang dikeluarkan oleh USFDA sebagai makanan yang selamat untuk dimakan.

Siapakah yang sesuai memakan Minyak Kelapa Dara?

Minyak Kelapa Dara amat sesuai diminum oleh semua peringkat umur.

Ibu mengandung
Ibu yang sedang menyusukan anak
Kanak-kanak
Remaja
Orang Dewasa
Warga emas
Mereka yang mengalami masalah kesihatan seperti penyakit Resdung, Darah Tinggi, Asma, Sakit Jantung, masalah kulit, masalah rambut dsb.
Mereka yang ingin mengekalkan kesihatan untuk jangkapanjang.

Minyak kelapa dara BioVCO boleh diambil oleh ibu mengandung bila-bila masa terutamanya bila hampir cukup bulan kerana boleh meninggikan metabolisma,kulit anak dan ibu menjadi cantik, memudahkan proses bersalin ,mengurangkan jangkitan kuman dan lain-lain.

Minyak kelapa dara BioVCO ini juga sesuai untuk dimakan oleh kanak -kanak atau bayi yang sudah putus susu ibu kerana ia boleh dijadikan pengganti khasiat susu ibu disebabkan ciri-cirinya yang boleh mengurangkan serangan kuman atau virus.

Cara makan:

Dewasa: 2 - 4 sudu besar sebelum/selepas makan 2 kali sehari
Kanak-kanak 5-12 tahun: satu sudu kecil selepas makan
Kanak-kanak 5 bulan -1 tahun: titikkan sedikit dalam susu formula/susu tepung

Bagi mereka yang mengidap stroke pula, minyak kelapa dara BioVCO boleh diberi pada peringkat permulaan satu sudu besar selepas makan dan tingkatkan 2 sudu besar selepas ada tindakan positif. Strok terjadi kerana kegagalan fungsi otak menyebabkan darah menjadi 'sejuk' ...minyak kelapa dara BioVCO mampu meninggikan metabolisma dan haba badan.

Mereka yang ingin mengekalkan kesihatan

Ambil 2 hingga 4 sudu besar sekali setiap hari bagi dewasa (Sebelum makan)
Satu sudu bagi kanak-kanak 5 tahun keatas (Sekali sehari)
1 camca teh bagi kanak-kanak 6 bulan - 5 tahun (Sekali sehari)

Kepada mereka yang mengalami masalah kesihatan di syorkan mengambil 2 kali sehari mengikut sukatan diatas (pagi dan malam)

Dicampur didalam makanan yang telah dihidangkan

Sesuai disapu bagi masaalah berikut :

1. Masaalah kulit, kurap, kaki berair, bisul, jerawat.
2. Sebagai Minyak Urut

Sakit gigi, gusi bengkak & mulut berbau

Hanya ambil 2 sudu - kumur-kumur dalam mulut sebelum ditelan.

Buasir

Minum 2 sudu dan disapu pada bahagian yang mengalami masalah.

Mengapa perlu menggunakan Minyak Kelapa Dara yang 100% ORGANIK?

Minyak Kelapa Dara BioVCO mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI). MCT ini mempunyai kesan nutrien yang sama dengan ASI. Dan MCT inilah yang menjadikan minyak Kelapa Dara boleh mengatasi dan mencegah kanser.

Minyak kelapa dara merupakan antioksida pelindung tubuh. Sejak kebelakangan ini Minyak Kelapa Dara BioVCO, disebut-sebut sebagai minyak diet paling sihat di muka bumi.

Minyak Kelapa Dara BioVCO dihasilkan melalui kaedah bioteknologi dimana ia dihasilkan daripada hampir 100% kelapa. Ia tidak dimasak, tidak melalui proses penyulingan secara kimia untuk menjernihkannya, tidak mengandungi bahan pengawet dan 100% produk bumiputra Islam dan keluaran tempatan.

> Berwarna Jernih.
> Diproses melalui kaedah bioteknologi.
> Penggunaan mikroorganisma semulajadi untuk proses pengekstrakan minyak.
> Diproses tanpa menggunakan haba, pengawet , bahan perasa dan bahan kimia.
> Mengekalkan keadaan / struktur semulajadi minyak.
> Bau kelapa asli dan agak masam sedikit kerana kandungan asid laurik yang agak tinggi.
> Akan membeku pada suhu 24C (cepat membeku).

Mengapa perlu menggunakan Minyak Kelapa Dara yang 100% ORGANIK?

>> Membantu mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang ideal
>> Mengurangkan risiko serangan Jantung dan darah tinggi
>> Mengurangkan kadar Kolestrol
>> Mengawal kencing manis dan Anti oksida yang semulajadi
>> Tidak meningkatkan paras platelet dalam darah
>> Mencegah serangan penyakit kerana memiliki agen Anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa
>> Meningkatkan kadar metabolisma dan Pemangkin kelenjar tiroid
>> Membekal sumber tenaga yang pantas
>> Mengurangkan kesan kedutan kulit dan Melindungi kesan ultra violet
>> matahari & penyakit kulit
>> Mengurangkan Kelimumur dan mengaktifkan pertumbuhan rambut

Pengawalan Penyakit Kardiavaskular


Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat

 

Adakah anda antara yang cepat letih dan mengantuk walaupun anda sudah tidur lapan jam?

 
Mengapa ini berlaku? Hal ini mungkin disebabkan badan anda dipenuhi toksin. Ramai yang tidak dapat mengenal pasti kenapa badan seseorang itu terlalu letih atau penat.
 
Ia menyebabkan fizikal dan mental lemah untuk melakukan aktiviti harian.
 
Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat, itulah ungkapan yang sering kita dengar.
 
Mungkin ada kebenarannya. Sebagai individu, kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat untuk menjamin kesejahteraan hidup.
 
Mencegah lebih daripada merawat sesuatu penyakit. Aspek menjaga pemakanan amat penting kerana ia merupakan punca kandungan angin dan toksin dalam badan.
 
Hakikatnya, kita memang terdedah kepada toksin tanpa disedari melalui kehadiran bahan kimia dalam makanan dan minuman serta bahan pencemar dalam udara. Di samping itu, tekanan kerja juga boleh menambahkan pengumpulan toksin di dalam badan kita.
 
Pengumpulan toksin yang berlebihan memberikan tekanan kepada organ kita dan memaksanya bekerja lebih keras. Kejadian ini bukan saja akan melupuskannya nutrien penting, malahan ia akan menghakis tenaga, lalu melemahkan sistem imun kita terhadap jangkitan penyakit.
 
Berikutan itu, seseorang akan sentiasa menghadapi masalah hidung berair, demam, peluh berbau, sukar membuang air kecil, mengantuk, sakit badan dan sukar bernafas. Wanita pula lazimnya mengalami kitaran haid tidak tetap atau kesakitan ketika datang haid. Semua ini disebabkan toksin dalam badan yang tidak dapat disingkirkan.
 
Keadaan ini berpunca daripada kawalan pemakanan yang tidak tepat. Jika seseorang mengubah tabiat pemakanan sebaik menyedari tanda-tanda jangkitan penyakit pada peringkat pertama lagi, mereka sebenarnya boleh mengelak daripada dijangkiti penyakit terbabit.
 
Setiap individu perlu memperbanyakkan makanan buah-buahan dan sayur-sayuran.
 
Selain memberi tenaga, makanan tersebut menggalakkan sistem perkumuhan di dalam badan berjalan lancar.
 
Mungkin ini berbeza dengan cara hidup mereka yang bergantung kepada ubat-ubatan. Cara semula jadi menjaga kesihatan melalui amalan pemakanan yang sihat.
 
Proses nyahtoksin secara semula jadi ini amat penting untuk memastikan badan, terutama sistem perkumuhan dapat berfungsi dengan optimum. Bukan saja penyerapan nutrien akan menjadi lebih efektif dan proses pencernaan menjadi lebih baik, malahan kita akan mendapati bahawa badan kita akan berasa lebih cergas dan bertenaga.
 
Selain itu, ramai yang tidak menyedari kebaikan makanan semula jadi seperti BioVCO.
 
Tidak seperti lain-lain minyak sayur yang akan menjadi toksik dengan cepat apabila dipanaskan (terutama jika digunakan berkali-kali), BioVCO berbeza kerana sifatnya tidak berubah walaupun dikenakan suhu tinggi.
 
"Di dalam badan, BioVCO tidak ditukarkan kepada lemak (seperti semua minyak sayur lain), sebaliknya terus sampai ke hati untuk diguna sebagai tenaga. Penggunaan BioVCO boleh mengurangkan kesan tindakan radikal bebas ini kerana ia mengandungi antioksidan.
 

Memperkenalkan Kaedah Rawatan & Sihat Tanpa Ubat

 

penyakit, biovcoSokongan Tambahan untuk fungsi Kesihatan anda - Mengawal Berat Badan & Mengurangkan Keletihan - Menyokong Kesihatan Metabolisma - Formula semulajadi daripada 100% tumbuhan.

BioVCO adalah makanan berfungsi semulajadi agar anda lebih bertenaga dan mengelak daripada rasa letih dan lesu sepanjang hari.
 
FORMULA TERBAIK Yang paling mujarab - Kami percaya bahawa apabila anda inginkan badan yang sihat anda perlukan bahan-bahan yang semulajadi. Ini sebabnya mengapa anda perlukan BioVCO yang akan membantu anda agar lebih bertenaga dan mengekalkan keseimbangan kesihatan.
 
LEBIH DARIPADA SUPPLEMENT UNTUK KESIHATAN: BioVCO membantu untuk mengekalkan dan merawat tahap kesihatan anda dengan nutrien yang penting untuk menggalakkan metabolisma yang sihat dan mengawal berat badan. Anda juga boleh melihat faedah lain seperti kulit, kuku dan rambut yang lebih sihat.

 

Apa Kata Pengguna Mengenai BioVCO

 



Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat



tracker