<?php echo $tajuk; ?>


Masalah Jerawat



Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau belakang badan. Ia kemudiannya membentuk jerawat putih yang kecil mengandungi nanah atau jerawat hitam atau bonjolan berwarna merah. Perkataan jerawat berasal daripada satu perkataan greek yang bermaksud "masa yang paling penting dalam hidup". Jerawat atau "acne" merupakan keradangan (inflamasi) tisu pada bahagian kelenjar minyak pada bahagian kulit manusia.

Kajian dalam bidang perubatan telah menunjukkan terdapat lebih kurang lima puluh jenis jerawat. Secara am, perkataan jerawat lebih menunjukkan kepada jenis jerawat umum iaitu acne vulgaris. Ia merupakan satu penyakit yang berlaku pada unit pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit. Jerawat jenis ini merupakan jenis jerawat yang paling sering dialami oleh individu terutamanya golongan remaja dan golongan dewasa pada awal umur 20an.

Insiden Dan Punca Jerawat

Jerawat (acne vulgaris) disebabkan beberapa faktor yang saling berkaitan antaranya adalah keturunan, hormon dan kuman (bakteria). Masalah ini biasanya dialami oleh remaja apabila mereka mula mencapai tempoh kematangan. Lebih kurang 85 peratus daripada individu dalam lingkungan umur 12 hingga 25 tahun akan menghadapi masalah jerawat - acne vulgaris.

Semasa proses kematangan, kelenjar-kelenjar minyak menjadi sangat aktif kerana penghasilan dan perubahan horman. Hormon yang terlibat ialah testosteron. Ia ditukarkan kepada dihidrotestosteron di dalam kulit dan bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar metabolic. Bagi individu yang sensitif, penghasilan sebum yang berlebihan akan berlaku. Fungsi sebum yang sebenarnya tidak dapat dipastikan, tetapi ia dipercayai bertindak sebagai pelincir dan lapisan pelindung kepada rambut dan kulit. Kelenjar minyak mengandungi campuran mikroorganisma yang biasa ialah propionibactium acnes. Kuman ini mampu mengubah sebum kepada asid lemak yang boleh menyebabkan keradangan. Tekanan pisiologi dan pra-haid juga memberi kesan kepada ketidak seimbangan hormon.

Selain itu, faktor persekitaran juga memainkan peranan. Antaranya adalah:

1-Kelembapan yang tinggi.

2-Menggunakan kosmetik.

3-Pekerjaan yang melibatkan minyak dan gris (contoh memasak pisang goreng).

4-Ubat-ubatan seperti pil perancang kehamilan dan ubat tertentu.

Mekanisma jerawat

Folikel rambut atau liang pada kulit mengandungi kelenjar minyak yang menghasilkan sebum (minyak).Semakin banyak sebum dikeluarkan, peluang untuk mendapat jerawat semakin tinggi. Apabila liang ini tersumbat dengan sebum dan keratin (sel kulit yang mati) jerawat hitam (komedo) akan terbentuk. Jika liang yang tersumbat kekal tertutup dan ia membengkak, kita gelarkannya sebagai jerawat putih (whitehead).Jika liang yang tersumbat kekal terbuka dan permukaan atasnya (pada kulit) menjadi gelap, ia dikenali sebagai jerawat hitam. Dinding folikel mungkin pecah lalu membentuk bonjolan berwarna merah.

Gejala dan kesan jerawat pada diri

Antara gejala- gejala yang mungkin timbul adalah :

-Ruam kulit atau lesi (luka) pada muka, dada, leher, bahagian atas belakang badan, bahu atau bahagian-bahagian lain.

2-Komedo (jerawat putih atau jerawat hitam bergantung kepada warnanya).

3-Lesi atau kulit di sekeliling lesi menjadi kemerah-merahan.

4-Radang di sekeliling tompokan pada kulit.

5-Tompokan pada kulit menjadi berkerak.

6-Kulit menjadi berparut.

7-Pigmentasi.

Masalah jerawat kerap berlaku pada bahagian muka, belakang badan dan dada. Masalah ini boleh memberi kesan psikologi yang teruk kepada remaja. Terutama remaja dalam alam persekolahan. Pada tahap ini, faktor imej remaja serta aktiviti pergaulan sosial amat penting. Walaupun masalah ini dianggap ringan dan boleh diubati sendiri tetapi jika tidak dirawat ia boleh mengakibatkan kesan fizikal dan emosi yang teruk. Antaranya ialah:

1-hilang harga diri

2-kurang keyakinan terhadap diri sendiri

3-pergaulan sosial terganggu

4-kemurungan

5-kegusuran

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengelak jerawat?

Jerawat dapat dielakkan dengan mengelakkan perlakuan yang menjadi punca kepada jerawat. Antara langkah-langkah dan tindakan yang dapat diambil adalah:

1-Basuh muka dengan air dan sabun yang lembut atau gunakan pencuci antiseptik 2 kali sehari dan lap kering dengan tuala yang lembut.

2-Sikat atau ikat rambut supaya tidak menutup muka.

3-Gunakan pelembap berasaskan air (dapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi).

4-Jangan menggunakan bahan-bahan kosmetik yang berminyak seperti bedak asas atau pelindung cahaya matahari.

5-Jangan mencucuk, menggaru dan memicit jerawat, noda hitam atau noda putih. Ini boleh menyebabkan kulit muka berparut.

6-Jangan meletakkan/merehatkan muka di atas tangan seperti berteleku/menongkat dagu dan lain-lain kerana ini boleh merengsakan kulit muka.

7-Gunakan ubat jerawat yang dapat menghalang liang daripada tersumbat dan menanggalkan noda hitam dan noda putih.

8-Patuhi arahan penggunaan ubat jerawat dengan berhati-hati.

9-Hentikan penggunaan ubat jerawat jika mendatangkan kesan sampingan yang teruk.

10-Pakai pakaian yang longgar dan nipis jika jerawat terdapat di belakang badan atau dada.

Rawatan untuk jerawat

Secara umumnya, rawatan yang dilakukan berdasarkan 4 langkah atau mekanisma iaitu:

1-membunuh P. acnes

2-memanipulasi hormon

3-kesan anti-keradangan

4-mengelakkan penutupan liang sebum

Rawatan jerawat menggunakan minyak kelapa dara BioVCO


Pengambilan Minyak Kelapa Dara Apa yang menyebabkan Jerawat? Jerawat sebenarnya disebabkan oleh jangkitan bukaan kelenjar sebum (kelenjar sebum merembeskan rembesan berminyak pada kulit anda untuk memastikan ia lembap untuk melindungi ia daripada kering dan merekah) oleh bakteria dan halangan yang terhasil rembesan sebum yang diikuti oleh keradangan, kemerahan dan bengkak dan kesakitan.

Peranan Minyak Kelapa dalam rawatan Jerawat

Minyak kelapa adalah sumber anti mikrob yang paling berkuasa pernah ditemui setakat ini. Ia adalah Asid Caprik dan Asid Laurik. Kedua-duanya adalah asid yang sama yang terdapat dalam susu ibu dimana ia membantu menjaga melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Apabila digunakan pada kulit, beberapa mikrob (yang baik) yang terkandung pada kulit menukarkan asid ke Monocaprin dan Monolaurin, sekali gus menggantikan lapisan asid perlindung pada kulit. Jadi, tiada jangkitan mikrob dan tiadalah Jerawat. Bukan sahaja untuk luaran (disapukan pada kulit), tetapi juga untuk dalaman dimana minyak kelapa akan memberi anda perlindungan yang sama, apabila diminum.

Selain itu, minyak kelapa adalah sumber yang kaya dengan Vitamin E. Ini membuatkan kulit anda sihat dan memastikan berfungsi dengan baik dimana kelenjar sebum tidak akan tersumbat, sekali gus merawat punca masalah Jerawat. Minyak Kelapa dara mudah menyerap pada lapisan kulit. Apabila digunakan pada kulit, ia mudah diserap dan mengelakkan keradangan disebabkan Jerawat. Ia juga membantu menyembuhkan sebarang jenis luka pada kulit disebabkan jerawat.

Minyak Kelapa dara membantu meningkatkan kadar metabolisme. Ini juga secara tidak langsung memberi kesan rembesan yang betul dan keseimbangan hormon dan mengelak berlakunya Jerawat.

Masalah Jerawat

Masalah Jerawat



DAPATKAN SEKARANG Klik Disini




Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.