<?php echo $tajuk; ?>


Mengelak Kencing Manis



Mengelak Kencing Manis Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Penyakit ini ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin. Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk proses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot. Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.

Bagi mengelak penyakit kencing manis, langkah-langkah berikut perlu diamalkan :

1. Perubahan cara hidup

* Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance - IGT), atau kecacatan puasa glukos (Impaired fasting glucose - IFG). Kajian menunjukkan kedua-dua keadaaan merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diterbalikkan dengan kawalan permakanan yang betul.

Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kencing manis dengan melakukan beberapa perkara iaitu: -

2. Pemakanan

* Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja. Tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan lain kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya. Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat yang lain juga seharusnya dikurangkan. Ini adalah kerana kadar kalori pada sesehari itu seharusnya dikurangkan. Untuk kepastian bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas. Catatkan apa yang sering dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.

3. Senaman

Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu menggunakan kalori yang lebih yang mungkin dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita. Satu kajian mengenai kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama 2 1/2 jam dalam tempoh seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40% - 60%.

4. Penjagaan berat badan

Telah dikenali yang mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal taraf gula di dalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan. Setengah-setengah dari pesakit kencing manis dapat menghentikan ubat kesemua sekali setelah berat badan dapat dikawal.

5. Pemeriksaan diri sendiri

Seseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian kaki), rasa sebal/kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan. Selain dari itu, pemeriksaan oleh doctor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.

6. Pemeriksaan oleh doktor secara tahunan

Ujian berkala secara tetap terutama mereka yang berisiko tinggi mampu mengesan kencing manis pada peringkat awal. Ini membolehkan pengidap kencing manis mengambil langkah awal untuk merawat diri mereka. Dianggarkan bagi setiap 1% pengurangan kadar ujian darah A1C, mampu mengurangkan masalah berkait kencing manis sebanyak 40%. Selain itu rawatan awal kencing manis juga mampu mengurangkan 30% hingga 70% kegagalan buah pinggang berfungsi. Penjagaan anggota kaki tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45% - 85%.

7. Pengambilan Ubat

Pengambilan ubat untuk mengelakkan kencing manis masih diperingkat kajian di Amerika Syarikat. Ubat seperti metformin didapati mengurangkan peratusan mengidap kencing manis sebanyak 31%. Rawatan menggunakan metformin lebih berkesan bagi mereka yang berusia muda, dan gemuk. Rawatan metformin kurang berkesan pada mereka yang normal untuk mengelakkan kencing manis.

Rawatan tanpa ubat dengan Minyak Kelapa Dara BioVCO


sinusis, resdung, minyak kelapa dara Minyak kelapa dara menyembuhkan diabetes

Minyak Kelapa Dara boleh mengurangkan paras gula dalam darah. Ia boleh membantu dengan menyingkirkan gula berlebihan. Ini kerana ia boleh meningkatkan kadar metabolisma badan. Peningkatan kadar metabolisma samalah dengan aktiviti senaman yang dilakukan. Pengambilan 2 sudu besar sehari sudah mencukupi untuk menunjukkan kesannya. Tetapi pengguna hendaklah mengamalkannya secara konsisten.

Walau bagaimanapun kesan Minyak Kelapa Dara juga bergantung kepada tahap kesihatan seseorang. Ada individu yang menunjukkan kesan cepat, ada juga individu yang mengambil masa yang agak lama untuk menunjukkan kesan.

kencing manis diabetes minyak kelapa dara - BioVCO

kencing manis diabetes minyak kelapa dara - BioVCO

8 Tips Elak Perut Buncit




RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT Klik Disini






<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS';







Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.