<?php echo $tajuk; ?>


Resdung : Bahaya jangkitan kuman pada rongga sinus



Masalah resdung SAKIT kepala hingga kadang-kadang menjadi demam dengan hidung yang mengeluarkan cecair kekuningan ditambah pula dengan kurangnya deria bau adalah antara petanda yang anda menghidapi sejenis penyakit yang dinamakan sinusitis.

Walaupun ramai yang menganggap ia seperti selesema biasa, hakikatnya ia boleh berubah menjadi satu penyakit yang kronik jika tidak dirawat. Untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang penyakit ini, wartawan Noor Fazrina Kamal dan jurugambar, Ida Dayana Karim telah menemu bual Pakar Telinga, Hidung dan Tekak dari Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Dr. Loganathan Athanari.

Menurut Dr. Loganathan, penyakit sinusitis sebenarnya melibatkan bahagian rongga angin dalam tengkorak. Ia terbahagi kepada empat kumpulan rongga sinus iaitu maxillary sinus, ethmoid sinus, frontal sinus dan sphenoid sinus.

“Yang dikatakan sinusitis ialah apabila rongga sinus tersebut dijangkiti kuman (yang terdiri daripada virus atau bakteria). Perkataan ‘itis’ bermakna bengkak di bahagian dalam rongga sinus. Jadi kesimpulannya, sinusitis ialah jangkitan kuman dalam rongga sinus,” katanya.

Dr. Loganathan menjelaskan tentang simptom dan bagaimana seorang pesakit itu dijangkiti jangkitan dalam rongga sinus. Antaranya hidung tersumbat, sakit kepala, banyak mukus dalam hidung berwarna kuning kehijauan dan berbau busuk, pesakit- pesakit ini juga boleh memberi simptom bahawa deria bau mereka berkurangan.

Sinusitis terdiri daripada dua jenis, iaitu akut dan kronik. Yang dikatakan akut ialah apabila simptom-simptom itu baru berlaku. Selalunya pesakit akan datang dengan demam tinggi dan hidung tersumbat. Apabila dengan perubatan yang diberi doktor masih tiada nampak kesan lebih daripada empat minggu, doktor akan mengkategorikan pesakit tersebut mengalami sinusitis kronik.

Salah satu sebabnya menjadi kronik, ialah pengaliran (pembukaan rongga sinus tersumbat), kadang-kadang pesakit menghadapi anatomi dalam hidung yang menghalang laluan mukus dan bahagian dalam hidung bengkak yang menghalang pengaliran mukus. Mukus akan bertakung dalam rongga sinus dan seterusnya mendatangkan jangkitan peringkat kedua, iaitu bakteria,” jelas beliau.

Salah satu lagi sebab ialah apabila tulang dalam hidung (septum) bengkok dan turut menutup aliran dari dalam rongga sinus (aliran normal dari rongga sinus ke dalam ruang hidung). Selalunya punca keadaan septum bengkak ini semula jadi, atau mungkin juga kerana trauma (kemalangan).

Sesetengah pesakit yang mengalami masalah rhinitis (yang selalunya dipanggil resdung) yang disebabkan oleh alahan kepada habuk atau suasana sejuk boleh menyebabkan hidung tersumbat, berair dan salah satu struktur dalam hidung yang dipanggil ‘turbinate’ akan menjadi bengkak. Ini juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan sinusitis,” tutur beliau lagi.

Dr. Loganathan berkata, adakalanya apabila seseorang pesakit melalui pembedahan hidung, bahagian rongga sinus boleh tertutup, justeru menyebabkan infeksi di rongga tersebut seterusnya menyebabkan sinusitis. Menurut Dr. Loganathan lagi, akut sinusitis disyaki apabila pesakit demam, sakit kepala selama dua atau tiga hari dan hidung tersumbat atau hingus kuning kehijauan.

Apabila seseorang pesakit mempunyai simptom-simptom tersebut, pemeriksaan klinikal yang sepenuhnya harus dibuat. Bahagian sinus yang ditekan iaitu bahagian atas mata (frontal sinus), bahagian bawah (maxillary sinus), bahagian dalam mata (ethmoid sinus) akan merasa sakit, jika ada nanah atau mukus berkumpul di bahagian tersebut. Doktor juga akan membuat ‘nasal endoskopi’, menggunakan skop fiber optik melalui kamera untuk melihat pembukaan rongga sinus dalam hidung dan meneliti sama ada rongga sinus itu tertutup atau bernanah. Dari pemeriksaan ini, doktor boleh mengetahui sama ada seseorang itu menghadapi akut sinusitis atau tidak.

Sekiranya doktor telah diagnosis seseorang pesakit itu menghidapi akut sinusitis menerusi sejarah dan pemeriksaan klinikal, pesakit boleh terus dirawat dengan pengambilan ubat sahaja.

“Dalam minggu pertama selalunya akut sinusitis berlaku disebabkan oleh virus, jadi tidak perlu mengambil antibiotik. Tetapi pesakit akan diberi ubat untuk membuka rongga-rongga sinus ini yang terdiri daripada ubatan antihistamin, ubat titis hidung dan decongestan. Pesakit harus minum banyak air agar badan mereka tidak terhidrasi,” tambah beliau.

Tetapi, menurut Dr. Loganathan, kalau masalah ini tidak beransur pulih dalam masa seminggu, pemeriksaan darah harus dilakukan untuk menentukan sama ada infeksi itu disebabkan oleh virus ataupun bakteria dan tahap keseriusannya.

Sinar-X pada nasal sinus akan dilakukan untuk memerhatikan betapa serius infeksi tersebut. Jika doktor dapati infeksi itu disebabkan bakteria dan nanah yang banyak terkumpul di bahagian rongga sinus, pesakit boleh dirawat dengan dua kaedah. Pertama dengan memberi antibiotik intra-vena kepada pesakit dan satu lagi ialah dengan mengeluarkan nanah tersebut dengan kaedah pembedahan,” ujar beliau.

Dr. Loganathan menjelaskan, surgeri ini dibuat dengan bius penuh melalui endoskopi (ruang hidung) untuk membuka laluan rongga sinus dan membersihkan rongga yang terlibat. Komplikasi akut sinusitis, jika tidak dirawat dengan betul akan menjadi kronik, simptom itu akan berterusan ataupun boleh mendatangkan komplikasi ke bahagian lain.

Kuman boleh merebak ke bahagian lain seperti mata (dipanggil obital cellulitis). Ini dikategorikan serius dan perlu ditangani dalam masa 24 jam, sama ada dengan perubatan antibiotik atau pembedahan endoskopi untuk mengalirkan nanah yang terkumpul di bahagian mata keluar.

Komplikasi lain ialah kepada bahagian tengah telinga. Apabila nanah mengalir dari bahagian sinus ke belakang hidung atau tekak, ia akan menyebabkan infeksi di belakang hidung dan tekak. Kuman dari bahagian ini akan merebak ke telinga tengah pula. Apabila ini berlaku, telinga akan berdengung, kurang pendengaran dan sakit (otitis media).

Jika tidak ditangani dengan segera, nanah yang terkumpul di telinga tengah akan memecahkan gegendang dan telinga boleh bernanah. Kadang-kadang ada di kalangan ibu bapa yang mengadu bahawa telinga anak mereka mengeluarkan nanah ketika selesema.

Infeksi tonsilitis peringkat kedua yang disebabkan oleh akut sinusitis juga boleh terjadi. Sakit tekak dan suara pesakit akan menjadi serak jika infeksi merebak ke kawasan peti suara. Jika tidak dirawat ia boleh merebak ke paru-paru dan mendatangkan infeksi kepada paru-paru yang dipanggil pneumonia. Ini adalah kesan yang akan berlaku sekiranya akut sinusitis tidak diberi rawatan secepat mungkin.

Simptom sinusitis kronik adalah sama seperti akut tetapi pesakit tidak demam. Pesakit akan hanya sakit kepala, hidung tersumbat, hingus yang kekuningan, telinga berdengung dan sebagainya. Selalunya pesakit akan banyak berkahak apabila bangun pagi.

Penyiasatan endoskopi hidung dan imbasan CT sinus akan dijalankan untuk menentukan diagnosis. Imbasan CT akan memberi gambaran sepenuhnya tentang tahap kroniknya sinusitis itu.

Jika diagnosis dapat dibuat selepas imbasan tersebut, kaedah rawatannya selepas itu ialah surgeri yang dipanggil Functional Endoscopic Sinus Surgery (FESS). Bahagian rongga sinus akan dibuka supaya pengalirannya betul dan nanah dari bahagian sinus ini akan disedut keluar.

Doktor juga akan mengambil kira punca pesakit ini menghidapi kronik sinusitis dan seterusnya dirawat. Jika septum (rawan atau tulang tengah) bengkok, maka akan diluruskan supaya tiada halangan pengaliran,” kata beliau. Jika kaedah rawatan betul, sinusitis boleh diubati sepenuhnya. Sinusitis sebenarnya biasa di kalangan pediatrik kerana mereka lebih terdedah kepada bakteria di taska atau sekolah dan tahap imuniti mereka lebih rendah jika dibandingkan dengan kalangan dewasa.

Selalunya anak-anak yang terkena jangkitan ini mengadu sakit telinga, selesema dan demam tinggi. Ditahap yang lebih serius, bengkak juga boleh berlaku di bahagian mata. “Sinusitis akut dan kronik akan dapat diubati dengan sepenuhnya jika pemeriksaan yang teliti dan kaedah perubatan yang betul dapat diberi secepat yang mungkin” ujar Dr. Loganathan.

Rawatan tanpa ubat dengan Minyak Kelapa Dara BioVCO

sinusis, resdung, minyak kelapa dara Minyak kelapa dara untuk masalah resdung?

Minyak kelapa dara boleh digunakan bagi rawatan yang selamat untuk membersihkan sinus dan melegakan masalah pernafasan, dimana boleh membantu untuk bernafas dengan mudah.

Ambil sedikit daripada bekas yang mengandungi minyak kelapa dara dan titiskan kedalam lubang hidung anda. Berbaring dengan kepala anda menurun. Tetap dalam keadaan ini selama lebih kurang sepuluh minit atau hingga minyak kelapa dara tersebut masuk ke dalam sinus anda.

Dalam terpoh tertentu anda akan dapat mengurangkan lendir pada ruang sinus dan membolehkan anda bernafas dengan lebih selesa.

Asid lemak rantai sederhana (MCFA) yang terkandung didalam minyak kelapa dara akan membantu mengurangkan lendir. MCFA adalah antimikrob semulajadi yang sangat kuat dan memiliki kemampuan yang luarbiasa untuk kesihatan.

Anda boleh menjadikan minyak kelapa dara sebagai minyak urut. Urutkan pada leher dan dada untuk mendapatkan bantuan dengan lebih cepat.



RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT Klik Disini






<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS';







Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.