<?php echo $tajuk; ?>


Hipertensi atau tekanan darah tinggi



Hipertensi atau tekanan darah tinggi, Minyak Kelapa Dara Hipertensi (atau tekanan darah tinggi) menggambarkan tekanan yang dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam darah. Apabila tekanan darah diukur, terdapat 2 bacaan. Tekanan yang lebih tinggi, tekanan sistolik, adalah tekanan darah pada arteri semasa jantung sedang mengepam darah. Tekanan yang lebih rendah, dipanggil diastolik, adalah tekanan darah pada arteri semasa otot jantung sedang berehat di antara dua denyutan. Apabila tekanan darah yang tinggi dikesan, ia biasanya memerlukan rawatan sepanjang hayat.

Jenis-jenis Hipertensi


1. Hipertensi Primer – Ini membentuk sebahagian besar dari hipertensi-hipertensi. Punca peningkatan tekanan adalah tidak diketahui. Akan tetapi, faktor-faktor risiko adalah :-

Sejarah hipertensi dalam keluarga.
Kegemukan.
Pengambilan garam dan alkohol yang melampau.
Merokok
Tekanan yang melampau.

2. Hipertensi Sekunder – Bentuk ini, seperi yang digambarkan oleh namanya, adalah peningkatan tekanan darah disebabkan oleh punca-punca/penyakit-penyakit yang lain seperti:-

Penyakit-penyakit Ginjal.
Penyakit-penyakit Endokrin.
Disebabkan Ubat.
Kecacatan kelahiran.
Punca-punca lain.

Komplikasi-komplikasi


Tekanan darah tinggi (kadang-kadang dirujuk sebagai “pembunuh senyap”) harus dimantau selalu dan dirawat oleh seorang doktor. Jika tidak dikesan atau jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh membawa kepada komplikasi-komplikasi seperti :-

Strok – yang berlaku apabila salur darah ke otak disekat, bocor dan pecah.
Jantung – salur darah yang membekalkan otot-otot jantung disekat sepenuhnya.
Kegagalan jantung – jantung tidak dapat mengepam darah dengan secukupnya.
Kerosakan Ginjal.
Kerosakan Mata.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala


Biasanya, pada hipertensi primer atau esensial, tiada gejala-gejala yang dikesan sehinggalah komplikasi berlaku. Terdapat hanya satu cara untuk mengesan hipertensi iaitu dengan selalu memeriksa tekanan darah. Anda harus berjumpa dengan doktor anda jika anda mengalami mana-mana atau semua yang berikut :-

Tekanan diastolik melebihi 90mm Hg.
Pembengkakkan pada pergelangan kaki atau jari.
Tercungap-cungap.
Pandangan yang kabur.
Pendarahan di hidung yang sering berulang.
Sakit kepala yang berterusan.
Pening.

Rawatan


Rawatan serta-merta dan kerap dari seorang doktor adalah perlu dan terdapat pelbagai jenis ubat pada masa kini. Gaya hidup yang sihat perlulah diikuti untuk seseorang itu menjalani kehidupan yang normal.

Gaya Hidup yang sihat


Elak dari menjadi gemuk.
Kurangkan pengambilan garam, lemak dan gula.
Makan makanan yang seimbang dengan melebihkan bahagian buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin – bijirin.
Hadkan pengambilan minuman beralkohol kepada 1-2 minuman sehari.
Senam selalu tetapi jangan melakukannya secara melampau.
Belajar untuk beristirehat.
Periksa tekanan darah anda selalu. Jika umur anda melebihi 40 tahun, lakukannya setahun sekali atau lebih kerap jika hipertensi telahpun dikesan.

Tabiat-tabiat Untuk Diikuti


Ingat untuk mengambil semua ubat-ubatan seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor anda.
Baca label-label pada makanan dan ubat-ubatan dan pilih pilihan yang rendah garam.
Minta keluarga dan kawan-kawan anda untuk membantu anda mengekalkan gaya hidup yang sihat.

Elakkan


Makanan yang tinggi lemak dan garamnya.
Makanan dan ubat-ubatan yang tinggi dalam kandungan sodium (sila tanya pegawai farmasi anda)
Bahan-bahan yang boleh meningkatkan tekanan darah anda (sila tanya pegawai farmasi anda)
Merokok.
Miniman beralkohol.
Kekurangan senaman.
Kerisauan.
Khuatir untuk berbincang dengan doktor anda mengenai gejala-gejala penyakit atau masalah-masalah berkenaan ubat-ubatan.

Ingat


Untuk selalu berunding dengan doktor anda

Sebelum memulakan perubatan untuk tekanan darah tinggi anda.
Mengurangkan atau meningkatkan sukatan-sukatan ubat.
Menukar perubatan anda.
Memberhentikan perubatan tekanan darah anda.

Jika anda mempunyai hipertensi, runding dengan doktor atau pegawai farmasi anda sebelum mengambil rawatan perubatan untuk penyakit-penyakit yang lain memandangkan ia boleh saling tindak dengan rawatan perubatan tekanan darah tinggi anda.

Nikmati kehidupan yang normal dengan memantau dan mengawal tekanan darah tinggi dengan sempurna.

Diet berkhasiat kurangkan migrain, Minyak Kelapa Dara Diet berkhasiat kurangkan migrain, Minyak Kelapa Dara


DAPATKAN SEKARANG Klik Disini



RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT Klik Disini






<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS';







Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.