<?php echo $tajuk; ?>


Kilang minyak terganggu jejas rambut



Kilang minyak terganggu jejas rambut Minyak Kelapa Dara Keguguran berlaku apabila kotoran, habuk melekat di kulit kepala dan menutupi liang folikel menyebabkan proses penghantaran nutrien tersekat.

KETIKA melihat wanita belum mencecah pertengahan usia dengan rambut semakin menipis, timbul rasa kasihan. Bagaimana rambutnya boleh gugur sehingga menampakkan kulit kepala terutama di bahagian belahan rambut.

Kajian penyelidik di Amerika Syarikat mendapati keadaan seseorang yang tertekan boleh diketahui melalui penampilan kulit, kuku dan rambut kerana ia bertindak sebagai petunjuk luaran. Masalah itu membabitkan perubahan dermatologi seperti jerawat, kuku rapuh dan keguguran rambut.

Trikologis di TrichoKare, Eileen Cheah berkata, ada pelbagai faktor menyebabkan keguguran rambut di kalangan wanita dan lelaki.

“Paling utama adalah stress selain kesilapan memilih syampu, ketidakseimbangan hormon atau kekurangan enzim dhydro testerone (DHT) dalam badan sehingga menyebabkan keadaan kulit kepala menjadi berminyak dan berkelemumur.

“Apabila keadaan kulit kepala tidak sihat, ia akan mempengaruhi kitaran normal folikel riang roma (rambut) yang akan menjadi lebih serius jika tidak dirawat,” katanya.

Eileen berkata, kulit kepala juga terdedah kepada pelbagai kotoran dan habuk. Jika dibiarkan tidak terlindung, kotoran yang melekap akan menutup liang pada kulit kepala.

Keadaan itu akan menyebabkan liang folikel tertutup dan mengganggu pengeluaran minyak semula jadi oleh kilang minyak (sebaceous glands) pada setiap folikel rambut.

“Kilang minyak sangat penting kerana minyak berkenaan akan membekalkan lembapan semula jadi menjadikan rambut kelihatan berkilat dan sihat.

“Jika pengeluarannya terganggu, minyak berkenaan akan kembali ke pangkal rambut di mana ada kapilari darah yang membekalkan oksigen pada rambut. Jika kapilari berkenaan tertutup, perjalanan oksigen terganggu lalu merencatkan penghantaran nutrien sekali gus menyebabkan rambut gugur,” katanya.

Bagaimanapun Eileen berkata, keguguran rambut ada tahap tertentu. Biasanya orang ramai tidak tahu mengenal tahap keguguran rambut dan membiarkannya tanpa rawatan.

Katanya, secara semula jadi manusia akan mengalami 20 hingga 25 kitaran penghasilan liang folikel rambut baru seumur hidup mereka.

“Kulit kepala yang tidak bermasalah mempunyai 100,000 hingga 120,000 folikel pada setiap peringkat. Folikel sihat pula akan menghasilkan sekurang-kurangnya dua hingga lima helai rambut.

“Secara normal, setiap peringkat folikel berkenaan akan melalui tiga kitaran iaitu anagen, catagen dan telogen. Tahap pertama, rambut kekal dalam tempoh tiga hingga enam tahun dan jumlah rambut yang gugur mungkin 10 peratus saja,” katanya.

Sehingga tahap telogen (rambut bertukar), rambut yang kekal dan gugur berada dalam purata 9:1, ia dikira normal.

Di TricoKare, trikologis akan melakukan pemeriksaan secara klinikal bagi mengenal pasti tahap keguguran rambut melalui diagnosis pada kulit kepala dan rambut.

Kata Eileen, pelbagai aspek diambil kira termasuk jarak diameter rambut, keadaan liang rambut, tahap kelembapan kulit kepala selain soal jawab mengenai pemakanan dan gaya hidup pelanggan.

“Selain itu, petanda jelas menunjukkan wujudnya minyak berlebihan adalah apabila timbulnya bintik jerawat pada kulit kepala. Oleh itu, rawatan awal perlu dilakukan.

“Keguguran rambut yang tidak dirawat akan menjadi serius sehingga menyebabkan kepala menjadi botak selamanya. Ia berlaku apabila folikel rambut mati dan tidak aktif lagi,” katanya.

Justeru, pakar trikologis menyarankan supaya penjagaan dan kebersihan kulit kepala perlu diberi perhatian selepas seseorang mencecah usia akil baligh kerana ketika itu kilang minyak yang ada pada setiap folikel rambut mula aktif.

“Wanita dinasihatkan membasuh rambut sekali sehari manakala lelaki pula perlu lebih kerap membasuh rambut, sekurang-kurangnya dua kali sehari,” katanya.

Katanya, rambut yang dibasuh setiap hari tidak akan menyebabkan rambut menjadi gugur jika ia lakukan dengan betul.

Caranya adalah membilas rambut dengan bersih setiap kali menggunakan syampu dan gunakan syampu yang sesuai dengan kulit kepala. Selain itu, ketika membasuh rambut, elakkan menggaru kulit kepala. Lebih elok jika kulit kepala diurut lembut bagi melancarkan perjalanan darah.

Perapi rambut disarankan untuk pemilik rambut panjang kerana ia bertujuan untuk mengurangkan rambut kusut dan jauhkan dari kulit kepala.

INFO


Ada lebih 46 punca menyebabkan rambut gugur. Antaranya adalah:

Stres
Menopaus
Meroyan
Penggunaan bahan kimia yang terlalu kerap (syampu, pewarna rambut)
Kegatalan kulit kepala/kelumumur
Hormon tidak seimbang
Diet tidak sihat

FAKTA


Kulit kepala sihat mempunyai sekurang-kurangnya 100,000 helai rambut.

Rambut adalah tisu paling cepat tumbuh selepas sum-sum tulang

90 peratus rambut hidup manakala 10 peratus berehat

Lebih 50 peratus lelaki selepas usia 50 tahun mengalami keguguran rambut

40 peratus wanita mengalami keguguran rambut selepas menopaus

Syampu berasal dari perkataan Hindi, ‘Champna’ bermaksud urut.

Testimoni minyak kelapa dara kolestrol


Testimoni minyak kelapa dara kolestrol



DAPATKAN SEKARANG Klik Disini



RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT Klik Disini






<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS';







Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.