<?php echo $tajuk; ?>


Simptom penyakit hipotiroidisme



Simptom penyakit hipotiroidisme Minyak Kelapa Dara Keadaan tirod kurang aktif berlaku apabila kelenjar tiroid berhenti menghasilkan hormone tiroid T3 dan T4 yang mencukupi. Hipotiroidisme tidak berlaku sekelip mata tetapi secara perlahan-lahan selama beberapa bulan. Jika anda mengalami simptom-simptom penyakit ini, anda akan menjalani ujian darah dan sekiranya keputusan menunjukkan paras T4 yang rendah dan paras TSH yang tinggi, ini mengesahkan anda mengalami hipotiroidisme.

Simptom-simptom hipotiroidisme


Pertambahan berat badan


Kebanyakan pesakit mengalami pertambahan berat badan dari lima hinggá sepuluh kilogram walaupun selera makan adalah normal ataupun berkurang daripada biasa.

Sensitif kepada keadaan sejuk


Pesakit akan berasa sejuk yang teramat sangat dan cenderung untuk memakai beberapa lapisan pakaian dan lebih gemar berada di kawasan haba. Otot juga akan menjadi keras dan akan mengalami kekejangan otot apabila anda bergerak secara tiba-tiba terutamanya dalam keadaan sejuk.

Masalah mental


Pesakit akan berasa letih dan mengantuk serta lemah dalam berfikir. Tindak balas akan menjadi semakin perlahan dan bagi pesakit yang lebih berumur, mungkin disalah anggap dementia manakala sesetengah pesakit mengalami tekanan dan paranoia (penyakit saraf) yang merupakan asas kegilaan miksoedema (myxoedema madness).

Pertuturan tidak jelas


Suara akan menjadi perlahan dan serak serta pertuturan menjadi tidak jelas

Masalah jantung


Berbeza dengan pesakit kelenjar lampau aktif, denyutan nadi menjadi perlahan iaitu sekitar 60 denyutan seminit. Pesakit juga mungkin akan mengalami darah tinggi dan pesakit yang lebih berumur, mungkin berpotensi untk menghadapi risiko kegagalan jantun. Angin aboleh menjadi simptom pertama hipotiroidisme.

Sembelit


Disebabkan oleh keseluruhan proses badan menjadi perlahan, maka masalah sembelit mngkin akan berlaku.

Haid yang berlebihan


Sekiranya pesakit belum menopaus, haid mungkin menjadi berlebihan (menoragia)

Masalah rambut dan kulit


Kulit akan menjadi kasar, kering dan berkeping-keping serta hampir pucat. Kelopak mata, tangan dan kaki menjadi bengkak. Sesetengah pesakit akan mendapati kulit menjadi kuning manakala salur darah kelihatan ketara pada bahagian pipi dan muka menghasilknan warna keunguan apabila muka menjadi merah. Rambut pula akan menjadi kering dan rapu dan bahagian luar alis mata mungkin hilang.

Gangguan sistem saraf


Pesakit akan mengalami masalah pendengaran dan juga masalah untuk mengimbangi badan. Jika jari jemari berdenyut-denyut, terutamanya pada waktu malam, menggoncang tangan dengan kuat mungkin dapat melegakan keadaan tersebut.

Bagi sesiapa yang mengalami simptom-simptom penyakit ini, anda dinasihatkan merujuk pada doktor dan menjalani ujian darah untuk hormone T3 dan T4.

Simptom penyakit hipotiroidisme minyak kelapa dara

Simptom penyakit hipotiroidisme minyak kelapa dara


DAPATKAN SEKARANG Klik Disini



RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT Klik Disini






<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS';







Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.