<?php echo $tajuk; ?>


Fibroid dalam rahim



Fibroid dalam rahim Minyak Kelapa Dara RAMAI wanita menganggap diri mereka ‘lengkap’ dengan sifat kewanitaan apabila mengandung dan melahirkan anak; antara anugerah Allah yang tidak terhingga. Untuk tugas istimewa ini, wanita dibekalkan organ yang menakjubkan iaitu rahim atau dalam istilah perubatan ia dipanggil uterus.

Tahukah anda rahim juga mengalami proses penggantian semula setiap bulan, iaitu lapisan tisu bahagian dalam (dipanggil endometrium) akan luruh dan keluar sebagai darah haid sekiranya kehamilan tidak berlaku. Jika kehamilan berlaku, rahim akan menyimpan telur (ovum) yang sudah disenyawakan dengan sperma dan menampungnya sehingga waktu kelahiran.

Bagaimanapun adakalanya ketumbuhan boleh wujud dalam rahim. Satu daripada ketumbuhan rahim yang biasa dialami ialah fibroid. Fibroid boleh berlaku dalam bentuk ketumbuhan tunggal atau ketumbuhan berganda dan ia perkara biasa yang dialami kebanyakan wanita dalam lingkungan umur subur (boleh mengandung). Ketumbuhan ini biasanya mengecut selepas menopaus.

Kebanyakan fibroid membesar di dalam dinding rahim dan jenisnya ditentukan mengikut lokasi ia tumbuh iaitu:

# Fibroid submukus — membesar daripada bahagian bawah salutan rahim ke bahagian dalam rahim

# Fibroid intramural — membesar di antara otot rahim, pada bahagian dindingnya

# Fibroid subserus - membesar di luar dinding rahim

# Fibroid Pedunkel — membesar secara berangkai daripada permukaan bahagian luar rahim atau permukaan bahagian dalam rahim dan kadangkala menjalar keluar melalui serviks (pangkal rahim).

Punca fibroid masih tidak diketahui dengan jelas tetapi pakar sains berpendapat ia mempunyai kaitan dengan banyak faktor termasuk genetik, hormon dan alam persekitaran.

Apa yang pasti ialah satu daripada lima atau 20 peratus wanita berusia kurang daripada 50 tahun mengalami masalah ini. Malah fibroid juga menjadi antara punca utama pembedahan pembuangan rahim atau histerektomi. Jika ini berlaku, seseorang wanita itu akan putus haid (menopaus) walaupun baru berusia 30 tahun!

Siapakah yang berisiko?


# Wanita pada usia kesuburan

# Wanita gemuk

# Wanita yang ada ahli keluarga yang pernah mengalami fibroid.

# Wanita yang tidak pernah melahirkan anak.

Biasanya fibroid tidak mempunyai gejala dan jika ada, ramai wanita tidak menyedarinya. Lebih 77 peratus wanita tidak mengalami gejala yang membuatkan fibroid tidak dapat dikesan. Bagaimanapun fibroid boleh menyebabkan gejala seperti:

# Pendarahan teruk atau kesakitan teruk sewaktu haid (senggugut)

# Pendarahan di antara waktu haid

# Rasa senak di bahagian bawah abdomen, juga dikenali sebagai ‘tekanan pelvik’

# Kesakitan ketika mengadakan hubungan seks

# Sakit atau pedih di bahagian bawah pinggang.

# Masalah sistem peranakan seperti ketidaksuburan, kerap keguguran dan gejala melahirkan anak tidak cukup bulan jika hamil.

Wanita yang alami masalah ini tidak perlu risau kerana kini ada banyak kaedah rawatan dan lebih awal masalah dikesan, lebih tinggi peluang untuk rahim anda dapat diselamatkan. Antara pilihan rawatan ialah:

# Jika fibroid anda kecil dan tidak menunjukkan sebarang gejala, ia hanya memerlukan pemantauan yang kerap. Ia boleh dilakukan dengan cara imbasan ultra bunyi.

# Mengecutkan fibroid tanpa pembedahan dengan cara mengurangkan pengaliran darah kepadanya (embolisasi)

# Pembedahan untuk mengeluarkan fibroid tanpa memindahkan rahim (miomektomi)

# Pembedahan untuk membuang rahim (histerektomi).

Histerektomi adalah pilihan terbaik sekiranya anda membuat keputusan tidak mahu melahirkan anak lagi, fibroid anda mengakibatkan pendarahan yang teruk sehingga menyebabkan anemia atau kesakitan, atau jika saiznya terlalu besar.

Jika anda memilih kaedah ini, anda akan menopaus dan tidak lagi boleh mengandung.





RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT Klik Disini






<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS';







Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.