<?php echo $tajuk; ?>


Pengidap kencing manis tetap perlu glukos



Pengidap kencing manis tetap perlu glukos Minyak Kelapa Dara ROSMAH (bukan nama sebenar) menghidap kencing manis sejak dua tahun lalu. Sejak itu, ibu dua anak berusia 40 tahun itu cukup berhati-hati dengan makanannya. Rosmah cukup takut jika gula dalam darahnya meningkat naiki. Masih terbayang di matanya kisah pesakit kencing manis yang terpaksa dipotong kakinya. Kalau boleh, Rosmah tidak mahu ia berlaku ke atas dirinya.

Disebabkan kebimbangan terlampau itu, Rosmah tidak makan nasi mahupun makanan atau minuman bergula. Setiap kali melihat gula, Rosmah seakan trauma. Rosmah berpuasa dengan hanya makan roti putih dan sup sayur selama dua minggu sehinggalah suatu malam suaminya mendapati Rosmah pengsan tidak sedarkan diri. Rosmah dikejarkan ke wad kecemasan pada malam itu dan doktor terpaksa memasukkan glukos ke tubuhnya melalui saluran tiub. Doktor menasihatkan Rosmah agar tidak menolak terus makan karbohidrat kerana badan masih memerlukan gula untuk tenaga.

Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee E Siong, berkata pesakit kencing manis perlu mengambil makanan berasaskan karbohidrat kerana tubuh tetap memerlukan glukos sebagai sumber tenaga.

"Jangan sesekali tidak makan langsung makanan berkabohidrat kerana kekurangan gula juga menimbulkan mudarat kepada tubuh. Walaupun seseorang itu menghidap kencing manis, tubuh masih memerlukan karbohidrat. Tetapi, glukos yang diperlukan dalam bentuk ringkas supaya mudah diserap seperti beras perang atau roti bijirin penuh berbanding nasi atau roti putih.

"Berpuasa sepanjang hari menyebabkan kadar gula dalam darah sedia rendah. Sebaiknya pastikan ia tidak terlalu rendah dengan langsung tidak menjamah gula kerana ini hanya akan menyebabkan pesakit pengsan secara tiba-tiba. Gula diperlukan untuk otak, jika terlalu rendah ia menyebabkan pesakit tidak sedar diri," katanya.

Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee E Siong, berkata pesakit kencing manis perlu mengambil makanan berasaskan karbohidrat kerana tubuh tetap memerlukan glukos sebagai sumber tenaga.

"Jangan sesekali tidak makan langsung makanan berkabohidrat kerana kekurangan gula juga menimbulkan mudarat kepada tubuh. Walaupun seseorang itu menghidap kencing manis, tubuh masih memerlukan karbohidrat. Tetapi, glukos yang diperlukan dalam bentuk ringkas supaya mudah diserap seperti beras perang atau roti bijirin penuh berbanding nasi atau roti putih.

"Berpuasa sepanjang hari menyebabkan kadar gula dalam darah sedia rendah. Sebaiknya pastikan ia tidak terlalu rendah dengan langsung tidak menjamah gula kerana ini hanya akan menyebabkan pesakit pengsan secara tiba-tiba. Gula diperlukan untuk otak, jika terlalu rendah ia menyebabkan pesakit tidak sedar diri," katanya.

PENTING: Pemeriksaan darah penting untuk mengukur kadar gula dalam darah.

Karbohidrat yang diperoleh daripada nasi dan roti putih mempunyai kadar penyerapan yang cepat sedikit menyebabkan kadar gula bertambah. Justeru, disarankan makan karbohidrat yang lambat dicerna seperti beras perang atau roti bijirin penuh.

Beliau turut menasihatkan pesakit supaya mengamalkan banyak makan sayuran dan buah-buahan ketika bersahur dan berbuka. Pengambilan buah-buahan perlu diawasi kerana sesetengahnya mengandungi kadar gula yang tinggi seperti nanas dan mangga. Ia perlu diambil secara sederhana berbanding buah-buahan yang kurang gula seperti epal, belimbing dan betik.

"Makanan lain boleh diambil seperti biasa, tetapi apa yang penting pastikan ia rendah lemak. Gunakan susu berbanding santan. Oleh kerana pesakit kencing manis selalunya mengalami obesiti, pastikan bulan puasa dapat membantu mereka mengurangkan berat badan. Kurangkan makanan bergoreng atau berminyak kerana ia mengandungi lemak terkumpul yang menyebabkan kolesterol meningkat," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan kadar gula di dalam darah perlu dilakukan pesakit sendiri pada bulan puasa kerana boleh berubah dengan cepat bergantung kepada pola pemakanan. Sebaiknya, periksa darah dua kali sehari sama ada pada waktu sahur atau selepas berbuka.

"Sekiranya terlalu rendah iaitu kurang daripada 5 mmol, pastikan anda lebih berhati-hati. Jika terpaksa, berbuka puasa dan makan sedikit gula-gula. Jika terlebih, kuantiti makanan karbohidrat atau bergula perlu dikurangkan. Pesakit perlu bijak mengawasi sendiri kadar gula di dalam darah masing-masing," katanya.

FAKTA: Kategori kencing manis


Kencing manis jenis satu atau diabetes melitus bergantung kepada insulin. Biasanya dari lima ke 10 peratus dianogsis diabetes adalah dalam kategori ini.

- Tanda:

  • Tahap gula dalam darah tinggi
  • Tahap gula dalam kencing tinggi
  • Kerap kencing
  • Lapar yang melampau
  • Dahaga yang melampau
  • Hilang berat badan secara melampau
  • Letih dan penat
  • Mood yang berubah dan rasa gelisah
  • Sakit perut dan muntah
  • Kencing manis jenis dua
Tidak bergantung pada insulin. Hampir 98 peratus kes dalam kategori ini dikaitkan dengan obesiti.

Tanda:


  • Rasa dahaga yang melampau
  • Kerap kencing
  • Gelisah, penat, sakit perut
  • Selera makan bertambah, tetapi berat tidak meningkat
  • Jangkitan pada kulit, geraham, vagina atau salur kencing yang berulang atau sukar sembuh
  • Pandangan kelabu
  • Hilang deria rasa pada tangan dan kaki
  • Kulit kering dan gatal
  • Kencing manis wanita hamil
Kencing manis yang menyerang wanita ketika hamil pula dikenali sebagai gestational diabetes. Jika tidak dirawat ia mungkin boleh mengancam nyawa ibu dan kandungan.

Info:


  • Makanan bergula seperti gula-gula, coklat, jam, biskut manis dan kek cepat dicerna dan ia menyebabkan kenaikan pantas gula dalam darah. Justeru, elakkan makanan begini.
  • Pilih makanan berkanji seperti roti putih biskut kering yang mengambil masa untuk dicerna.
  • Makanan berkanji yang berserat tinggi seperti roti gandum tulen, buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan begini mengambil masa lama untuk dihadam.














RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT Klik Disini






<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS';







Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.