<?php echo $tajuk; ?>


Penyakit kronik ancaman baru



Penyakit kronik ancaman baru Diramalkan dalam tempoh 10 tahun, 72 peratus kematian akan disebabkan penyakit kritikal seperti kegagalan buah pinggang, kardiovaskular dan diabetes.

PENYAKIT kronik tidak berjangkit seperti kardiovaskular, tekanan darah tinggi, diabetes mellitus dan penyakit kronik buah pinggang (CKD) kini mengambil tempat penyakit berjangkit sebagai ancaman utama kepada kesihatan umum dan bajet kesihatan seluruh dunia.

Ketika kematian disebabkan penyakit berjangkit dijangka menurun sebanyak 3 peratus dalam tempoh 10 tahun akan datang, penyakit kronik tidak berjangkit pula dianggarkan meningkat 17 peratus dengan menyebabkan 72 peratus kematian terutama di kalangan mereka yang berumur 30 tahun ke atas.

Contoh, masalah buah pinggang yang sebelum ini tidak mendapat perhatian kini muncul sebagai unsur kritikal dalam usaha pencegahan penyakit. Penyakit itu menjadi komplikasi yang menyebabkan kematian di kalangan pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi serta mampu menjadi indikator perkembangan kejadian kardiovaskular.

Ketua Perkhidmatan Nefrologi, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Rozina Ghazalli, berkata masalah dalam fungsi buah pinggang juga menandakan masalah dalam sistem vaskular.

Justeru, katanya ia boleh menyumbang kepada pengesanan awal penyakit lebih serius seperti strok, vaskular periferi, masalah jantung koronari dan kegagalan fungsi buah pinggang (ESRF).

“CKD wujud apabila perkumuhan albumin dalam air kencing seseorang individu meningkat. Penurunan fungsi buah pinggang atau kadar filtrasi glomerular (GFR) yang banyak juga menandakan wujudnya penyakit ini,” katanya.

Beliau berkata, ini menyebabkan wujud komplikasi lain seperti tekanan darah tinggi, masalah kurang darah (anemia), penyakit jantung dan masalah salur darah lain.

Di seluruh dunia, katanya terdapat lebih daripada 500 juta individu atau seorang daripada 10 orang populasi menghidap penyakit buah pinggang dalam tahap yang berbeza.

Punca utama penyakit buah pinggang adalah masalah nefron atau radang pada buah pinggang, jangkitan, halangan salur kencing serta penyakit keturunan seperti penyakit buah pinggang polisistik.

“Di negara maju dan membangun, puncanya pula dikaitkan dengan diabetes dan tekanan darah tinggi. Penyakit ini juga punca paling biasa penyakit kardiovaskular,” katanya.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mensasarkan untuk menurunkan kadar kematian disebabkan penyakit kronik sebanyak dua peratus setahun untuk 10 tahun akan datang iaitu bersamaan dengan 36 juta kematian.

Justeru, usaha WHO itu harus diselarikan dengan perancangan kesihatan di seluruh dunia. Satu daripadanya sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia yang dirai bagi menyebarkan mesej CKD adalah masalah kronik yang kerap berlaku, berbahaya tetapi boleh dirawat.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran Hari Buah Pinggang Sedunia 2008, Dr Goh Bak Leong, berkata sambutan tahun ini menggabungkan kerjasama antara Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Persatuan Nefrologi Malaysia.

“Kempen itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai masalah penyakit buah pinggang, kepentingan pengesanan awal dan pencegahan penyakit buah pinggang di kalangan kanak-kanak, selain lapisan masyarakat yang lain.

“Ia membabitkan sesi ceramah umum dan pemeriksaan kesihatan buah pinggang oleh unit bergerak Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan,” katanya.

FAKTA

* Penyakit kronik buah pinggang
* CKD adalah isu kesihatan global dan dihidapi oleh lebih daripada 500 juta penduduk dunia.
* Pengesanan awal CKD boleh dibuat dengan ujian makmal yang mudah atas sampel darah dan air kencing.
* Kebanyakan individu yang menghidap penyakit CKD pada tahap awal tidak dapat dikesan terutama di negara membangun.
* Pengesanan awal masalah fungsi buah pinggang amat penting kerana ia membolehkan rawatan sesuai diberi sebelum kerosakan buah pinggang atau kewujudan komplikasi lain.
* Pemeriksaan buah pinggang harus menjadi keutamaan untuk individu yang mempunyai risiko tinggi seperti pesakit diabetes mellitus dan tekanan darah tinggi, individu obes dan merokok, berusia lebih 50 tahun, individu dengan sejarah keluarga diabetes mellitus, tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Manfaat dan kehebatan Minyak Kelapa Dara yang mesti diketahui ! KLIK DISINI



RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT Klik Disini






<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS';







Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.