Penyakit Diabetes : Sakit Bagai Dicucuk

Penyakit diabetes atau Kencing Manis boleh dielak. Rawatan kencing manis diabetes melalui kaedah semulajadi adalah kaedah terbaik bagi mengelak ubat. Kencing Manis diabetes adalah penyakit tidak berjangkit.

SAKITNYA pedih seperti dicucuk pin dan jarum atau terkena tusukan pada kaki dan tangan. Kadangkala kesakitan dialami tidak tertanggung hingga menyukarkan pesakit untuk berjalan, tidur, bekerja dan menjejaskan mood dan aktiviti harian.


Itu antara penderitaan yang sering dialami pesakit diabetes. Dianggap ibu segala penyakit, diabetes bukan saja boleh menyebabkan pelbagai komplikasi lain seperti serangan jantung, kegagalan buah pinggang, strok, buta dan gangren kaki, malah kerosakan saraf atau painful diabetic peripheral neuropathy (pDPN).

Edisi ketiga Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 menunjukkan penularan penyakit diabetes meningkat kepada 14.9 peratus. Berbanding satu dekad lalu, kadar penularan diabetes hanya 8.3 peratus.

Cukup membimbangkan apabila diabetes di Malaysia didapati meningkat hampir dua kali ganda dalam dekad lalu iaitu kadar lebih cepat daripada ramalan Persekutuan Diabetes Antarabangsa.

Ia selari dengan pertambahan dua kali ganda masalah berat badan berlebihan atau obesiti di kalangan penduduk.

Daripada jumlah itu, 50 peratus pesakit tempatan yang disahkan menghidap diabetes dalam enam hingga 10 tahun lalu didapati mengalami pDPN.

Biarpun berterusan menanggung kesakitan, 58 peratus pesakit tidak menyedari kesakitan dialami mereka berpunca daripada diabetes.

Disebabkan kesakitan saraf dihadapi pesakit dianggap peribadi, sukar untuk mengenal pasti pDPN, sekali gus menimbulkan cabaran dalam proses rawatan.

Malah, cabaran untuk mendiagnosis pDPN turut menyebabkan pesakit belajar menyesuaikan diri untuk hidup dengan menahan kesakitan.

Bagaimanapun, dengan perkembangan terbaru dalam pengurusan kesakitan, pakar penyelidik mendapati mereka tidak lagi perlu menanggung penderitaan ini.

Kesedaran terhadap kesakitan neuropati atau penyakit saraf periferal begitu kurang. Sistem saraf periferal atau peripheral nervous system (PNS) ialah satu daripada dua cabang utama sistem saraf.

Satu lagi ialah sistem saraf pusat atau central nervous system (CNS) yang membentuk otak dan saraf tunjang. Saraf dalam PNS menyambungkan CNS kepada organ deria (seperti mata dan telinga), serta organ badan lain, otot, saluran darah dan kelenjar.

Ketua Jabatan Perubatan dan Profesor Bahagian Neurologi, Universiti Malaya (UM), Prof Dr Goh Khean Jin berkata, pesakit menanggung kesakitan neuropati apabila satu dan lebih banyak saraf mereka rosak.

Menurutnya, banyak faktor menyumbang kepada kerosakan saraf dan ia sebahagian daripada gangguan, penyakit atau keadaan.

pDPN satu contoh kerosakan saraf disebabkan keadaan (diabetes). Gejala kesakitan neuropati termasuk kesakitan seperti terkena tusukan dan kepedihan, menggelenyar atau rasa kebas.

Disebabkan kesakitan perkara yang begitu subjektif dan menyentuh peribadi, pDPN sering kurang dilaporkan dan kurang dirawat.

Satu daripada lima pesakit diabetes menanggung penderitaan ini dan bilangan mereka terus meningkat. Mereka yang berdepan masalah pDPN biasanya menderita tanpa rawatan.

Untuk mendiagnosis neuropati periferal, pesakit perlu menjalani beberapa pemeriksaan neurologi untuk mengenal pasti punca dan sejauh mana kerosakan saraf, katanya.

American Diabetes Association mengesyorkan pemeriksaan tahunan terhadap semua pesakit neuropati diabetes.

Profesor Perubatan dan Pengarah Kampus Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Datuk Dr Mafauzy Mohamed, berkata pesakit diabetes tidak sepatutnya hidup dengan menanggung kesakitan.

Kesan neuropati periferal akibat diabetes sangat buruk dan menyakitkan.

Kesakitan ini menyukarkan kehidupan harian. Pengurusan kesakitan secara berkesan membolehkan pesakit yang mengalami keadaan ini membaiki kualiti hidup mereka.

Semua data penyelidikan menunjukkan peningkatan kes diabetes global dan juga tempatan. Lama-kelamaan penularan penyakit ini menyebabkan kerosakan saraf yang pasti menimbulkan komplikasi.

Oleh itu, penting untuk membantu pesakit diabetes menguruskan kesakitan yang ditimbulkan oleh komplikasi diabetes, katanya.

Menurutnya, pada April lalu, Akademi Neurologi Amerika (AAN), Persatuan Perubatan Saraf Otot dan Elektrodiagnostik Amerika dan Akademi Perubatan Fizikal dan Pemulihan Amerika mengeluarkan laporan bersama yang menggariskan rawatan paling berkesan untuk melegakan kesakitan saraf akibat diabetes.

Garis panduan itu menyebut, pregabalin adalah satu-satunya rawatan Tahap A yang disyorkan, berasaskan bukti kukuh yang menunjukkan keberkesanan pregabalin dalam usaha merawat kesakitan saraf akibat diabetes.

Beberapa ujian klinikal yang menilai pregabalin mendapati pesakit yang mengambil pregabalin kurang mengalami kesakitan berbanding mereka yang mengambil plasebo.

Sesetengah pesakit berasa lega dalam masa secepat satu minggu, manakala yang lain mungkin mengambil masa lebih lama.

Sementara itu, Penasihat Perubatan Pfizer, Dr Gene Lee berkata, Pfizer komited untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesakitan itu dan menggesa pesakit membincangkan pilihan rawatan dengan doktor mereka.

pDPN tetap keadaan yang kurang mendapat diagnosis di banyak negara di dunia. Sebahagian besarnya disebabkan kurang kesedaran dan kefahaman mengenai keadaan dan hakikat bahawa hanya ada beberapa pilihan rawatan yang terbukti.

Memperkenalkan Rawatan Kencing Manis Yang TERBUKTI BERKESAN sejak tahun 2005

 

Kencing Manis atau Diabetes Mellitus. Apakah diabetes mellitus? Penyakit diabetes mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos dalam darahSokongan Tambahan untuk Kencing Manis - Mengawal Berat Badan & Mengurangkan Keletihan - Menyokong Kesihatan Metabolisma - Formula semulajadi daripada 100% tumbuhan.

 
BioVCO adalah makanan berfungsi semulajadi agar anda lebih bertenaga dan mengelak daripada rasa letih dan lesu sepanjang hari.
 
FORMULA BioVCO Yang paling mujarab - Kami percaya bahawa apabila anda inginkan badan yang sihat anda perlukan bahan-bahan yang semulajadi. Ini sebabnya mengapa anda perlukan BioVCO yang akan membantu anda agar lebih bertenaga dan mengekalkan keseimbangan kesihatan.
 
LEBIH DARIPADA SUPPLEMENT BioVCO menyokong kerintangan Insulin anda dengan nutrien yang penting untuk menggalakkan metabolisma yang sihat dan mengawal berat badan. Anda juga boleh melihat faedah lain seperti kulit, kuku dan rambut yang lebih sihat.

 
Bagaimana BioVCO boleh membantu masalah Kencing Manis anda.
 
Jika anda mengalami masalah Kencing Manis
Risau dan runsing dengan masalah tersebut
 

Jika Anda telah atau Sedang menjalani Rawatan dan Telah mencuba berbagai produk?

KINI Anda Mempunyai Satu Lagi Pilihan untuk Merawat Masalah Kencing Manis secara SEMULAJADI !

 
kelebihan BioVCO Membantu anda untuk MERAWAT Kencing Manis tanpa UBAT
kelebihan BioVCO Terbukti Berkesan SECEPAT 7 hari berdasarkan Testimoni Pengguna.
kelebihan BioVCO Anda Tak perlu RISAU kerana Ia Tiada kesan sampingan dan SELAMAT
kelebihan BioVCO Malah ia Boleh diambil dan diamal oleh wanita Mengandung dan Menyusukan anak
kelebihan BioVCO Anda boleh mengambilnya walaupun sedang ambil ubat
kelebihan BioVCO Malah Jika Anda Mengalami masalah Diabetes & Kolesterol, ia membantu penyembuhannya.
kelebihan BioVCO Mengawal berat badan Anda mengikut berat yang ideal
kelebihan BioVCO Dan banyak lagi kelebihan yang pasti anda alami selepas pengambilannya.

  •  MUDAH AMBIL Hanya minum 2 sudu pagi dan 2 sudu ptg/mlm (sudu besar). Boleh diambil bersama ubat cuma jarakkan pengambilannya 2 jam sebelum atau selepas ambil ubat.
     
  •  Berkesan secepat 7 hari. Berdasarkan pengalaman pengguna sejak tahun 2005, untuk peringkat awal biasanya kena habiskan 6 botol keatas dan perlu diambil secara kosisten untuk dapat kesannya.
 
Rawatan Altenatif Untuk Masalah Kencing Manis Anda.
 
BioVCO adalah 100% semulajadi, tanpa bahan pengawet tiruan,
 
BioVCO tidak menyebabkan ketagihan dan tidak mempunyai kesan sampingan.
 
Ia telah menjadi formula pilihan oleh beribu-ribu pelanggan yang berpuas hati sejak tahun 2005 untuk merawat dan mengatasi masalah Kencing Manis.
 
BioVCO bukan ubat dan ia 100% SEMULAJADI, berkeupayaan untuk menormalkan pengeluaran Insulin. Membantu menjadikan tahap gula dalam darah menjadi normal mengikut keperluan tubuh.
 
BioVCO dirumuskan dari hasil kajian di sebuah IPTA tempatan selama lebih 10 tahun untuk memastikan kualitinya terjamin.
 
 

Apa Kata Pengguna BioVCO Selepas Mengamalkannya Secara Kosisten

 
Pengguna yang telah mengamalkannya secara kosisten. Mengalami perubahan positif selepas pengambilan. Ini adalah TESTIMONI yang dihantar sendiri oleh mereka melalui Facebook, email, SMS, Whatsapp dan Telegram.
 
Testimoni BioVCO

Testimoni BioVCO

Testimoni BioVCO

Testimoni BioVCO

Testimoni BioVCO

Testimoni BioVCO

Testimoni BioVCO

Ramai telah mendapat Manafaat Dan Kesannya, Anda pasti tidak akan mempercayai apa yang berlaku selepas mengamalkannya.

Dapatkan SEKARANG sebelum terlambat. !!!

Obesiti dan Berat Badan
Tekanan darah tinggi boleh dikawal menerusi pengambilan sajian seimbang



Rawatan dan SIHAT tanpa UBAT


Baca lagi Info Kesihatan melalui Whatsapp Groups Info Kesihatan - Sertai SEKARANG!!!



Tiroid Bukan Sekadar Bengkak Pada Leher

Jangan Ambil Mudah Sakit Tonsil Pada Anak

Risiko Disebabkan Jangkita Resdung

9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis

Video Penyakit Tiroid