Artroskopi Sendi atau Pembedahan Lubang Kunci

PEMBEDAHAN artroskopi sendi buku lali juga dikenali sebagai pembedahan lubang kunci atau pembedahan invasif minimal. Pembedahan artroskopi menggunakan tebukan kecil pada kulit untuk akses ke dalam sendi buku lali.

Setiap tebukan kulit bersaiz kurang satu sentimeter dan selalunya dua tebukan diperlukan. Sendi buku lali adalah kecil dan akses yang bagus ketika pembedahan memerlukan ruangan sendi buku lali dikembangkan sementara.

Untuk itu, kaki ditarik dan ruangan sendi dipenuhkan dengan aliran air yang bertekanan supaya kaviti sendi buku lali terbuka luas.

Bagaimanapun, kita perlu sedar tidak semua pembedahan sendi buku lali boleh dilakukan atau wajar dicuba secara artroskopi.

Alternatif kepada artroskopi ialah pembedahan terbuka yang mengakibatkan luka pembedahan yang lebih besar dan lebih menyakitkan. Namun begitu untuk kes tertentu, pembedahan terbuka tidak boleh dielakkan.

Melalui kamera kecil yang dimasukkan ke dalam rongga sendi buku lali, rongga sendi diperiksa dan seterusnya pembedahan dilakukan ke atas sendi menggunakan peralatan kecil yang direka khas.

Masalah sendi buku lali yang mana teknik artroskopi sangat berkesan adalah seperti artritis, pergelangan kaki pemain bola sepak (anterior ankle impingement), pergelangan kaki longgar, rekonstruksi ligamen luar, pergelangan kaki sakit selepas terpatah, serpihan longgar dalam rongga sendi, kerosakan tulang rawan pada talus (tulang pergelangan kaki), penyakit sinovium dan sakit sendi buku lali yang tidak dapat dikenal pasti.

Alternatif kepada pembedahan artroskopi ialah pembedahan terbuka sendi buku lali. Tebukan kecil pada kulit hanya menghasilkan gangguan minimum kepada tisu sekeliling sendi buku lali.

Ini akan menghasilkan sakit selepas pembedahan yang sangat kurang berbanding pembedahan terbuka, pesakit mampu berpijak pada kaki yang dibedah selepas pembedahan, kebanyakan pembedahan artroskopi boleh dilakukan ketika rawatan harian, komplikasi jangkitan yang lebih rendah, masa kembali bekerja/bersukan lebih awal, parut yang kecil dan kesan yang kurang jika pembedahan ulangan diperlukan.

Komplikasi pembedahan artroskopi sendi buku lali

Majoriti pesakit yang menjalani pembedahan artroskopi tidak mengalami komplikasi, tetapi komplikasi yang boleh berlaku ketika pembedahan artroskopi sendi buku lali adalah seperti berikut:

Kebas Terjadi pada kulit kecederaan pada cabang saraf kutaneus. Ini boleh terjadi jika saraf kutaneus berkedudukan terlalu hampir pada tebukan kulit atau portal

Jangkitan permukaan pada luka Dengan propilaktik antibiotik, komplikasi ini dapat dikurangkan

Jangkitan sendi Propilaktik antibiotik dan teknik pembedahan yang steril akan meminimumkan risiko jangkitan kuman

Pendarahan dalam sendi Selepas pembedahan artroskopi, perdarahan dalam sendi boleh terjadi berterusan menyebabkan pengumpulan darah dalam sendi. Sendi menjadi bengkak dan sakit dan darah perlu dikeluarkan dari sendi untuk mengurangkan rasa sakit. Komplikasi ini boleh dikurangkan dengan menggunakan pembalut yang memberikan tekanan

Thrombosis saluran vena selepas artroskopi sendi buku lali adalah satu komplikasi yang berkemungkinan kecil saja untuk berlaku. Selalunya pesakit yang berisiko akan diberikan pencair darah sebelum pembedahan bermula. Jika tidak dapat bergerak untuk jangka masa lebih panjang selepas pembedahan artroskopi, pesakit diberikan suntikan pencair darah untuk satu tempoh bagi mengurangkan kemungkinan thrombosis berlaku.

Selepas pembedahan artroskopi, anda mungkin kembali berjalan selepas satu atau dua hari selepas itu. Namun, ia bergantung kepada jenis pembedahan dilakukan.

Sebarang aktiviti sukan lebih baik dimulakan sekurang-kurangnya dua minggu selepas prosedur. Biasanya sebarang aktiviti sukan lasak memerlukan lebih empat minggu untuk pesakit merasa selesa dan yakin.

Pembedahan artroskopi sendi buku lali membolehkan pemeriksaan, diagnosis dan rawatan dilakukan dengan mudah dan cepat serta proses rehabilitasi dan penyembuhan lebih cepat dan mudah dengan risiko komplikasi yang kecil.

Baca lain-lain INFO Kesihatan ! KLIK DISINI


Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2