<?php echo $tajuk; ?>


psoriasis



Psoriasis Psoriasis adalah satu keadaan kulit meradang yang kelihatan berwarna merah disebabkan oleh pembaharuan sel-sel kulit yang abnormal (terlalu pantas), iaitu empat kali lebih cepat berbanding kulit normal. Ia juga disebabkan oleh pertambahan bilangan saluran darah kecil yang membesar pada kulit yang menyebabkan penebalan kulit dan seterusnya pengupingan.

Psoriasis kelihatan sebagai tompok-tompok kulit berwarna merah yang diliputi oleh kuping-kuping yang mengelupas. Mana-mana bahagian badan boleh mengalaminya. Termasuk di bahagian yang sering terlibat seperti siku, lutut, dan kulit kepala. Psoriasis tidak berjangkit. Bahkan ianya tidak boleh merebak kepada orang lain. Penyakit ini juga tidak disebabkan oleh tahap kebersihan yang rendah.

Punca

Psoriasis dipercayai disebabkan oleh satu gabungan faktor-faktor genetik dan persekitaran. Satu perempat hingga ke satu pertiga daripada orang-orang yang mengalami psoriasis berasal dari keluarga yang mempunyai sejarah sedemikian. Faktor-faktor genetik juga memainkan peranan dalam sebilangan kes-kes.

Tekanan fizikal dan emosi, jangkitan kerongkong, flu, sebilangan jenis ubat-ubatan (sebagai contoh hormon steroid, sesetengah anthihipertensif) mungkin menjadikan Psoriasis lebih teruk.

Meminum alkohol dan merokok mungkin menjadikan Psoriasis lebih teruk atau susah untuk hilang.

Rawatan Psoriasis

Krim

Krim ini termasuk pelembap, tar, ditranol, kalsipotriol dan steroid topikal. Kebanyakan orang yang mengalami Psoriasis akan menghdap penyakit yang tidak begitu teruk dan mendapat kelegaan yang bayak dengan topikal.

Fototerapi

Psoriasis bergerak balas kepada rawatan cahaya ultraungu (UV), cahaya UV, sama ada UVB atau UVA telah didapati berkesan dalam menghilangkan Psoriasis jika digunakan dalam dos yang ditambah secara beransur-ansur menjelang tempoh beberapa bulan.

Ubat-ubatan

Ahli dermatologi mungkin mempreskripsikan pil-pil oral untuk Psoriasis yang teruk. Contohnya adalah metotreksat, asitretin, siklosporin dan sulphasalazin. Ubat-ubatan ini menyebabkan kesan-kesan sampingan dan pesakit-pesakit akan memerlukan ujian darah yang tetap untuk mengesan kesan-kesan sampingan.

Nasihat kepada Pesakit Psoriasis:

Jangan menggaru kulit kerana ini akan melambatkan pemulihan.

Jangan terlalu lekas berhenti mendapatkan rawatan kerana ianya mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk memberikan kesan.

Jangan berhenti mengambil pil-pil yang dipreskripsi atau rawatan secara tiba-tiba kerana ianya boleh membuat Psoriasis lebih teruk.

Gunakan rawatan secara kerap.

Amalkan keadaan kulit yang lembap kerana ini akan membantu mengurangkan rasa gatal dan pengupingan. Secara amnya, pendedahan kepada cahaya matahari mendatangkan faedah.

Jangan dedahkan diri anda terlalu lama sehingga anda mendapat selaran matahari. Selaran matahari menjadikan Psoriasis lebih teruk.

Tekanan boleh menjadiakn Psorisis lebih teruk. Belajarlah cara-cara menenangkan hati, bersenam dan mengambil masa rehat atau cuti.

testimoni mulut berbau minyak kelapa dara - BioVCO

Baca lain-lain INFO Kesihatan ! KLIK DISINI


DAPATKAN SEKARANG Klik Disini



RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT Klik Disini






<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS';







Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.