<?php echo $tajuk; ?>


Injap jantung bocor



Injap jantung bocor DI dalam organ jantung ada empat injap yang berfungsi memastikan darah mengalir dalam satu arah saja. Injap ini dinamakan injap mitral dan aortic di sebelah kiri dan injap pulmonari dan tricuspid di kanan jantung.

Injap mitral memisahkan antara atrium kiri dan ventrikel kiri dan memastikan darah hanya mengalir daripada atrium ke dalam ventrikel.

Daripada ventrikel kiri, darah dipam keluar ke salur darah aorta dan injap aortic memastikan darah tidak mengalir semula ke dalam ventrikel kiri dari aorta.

Injap tricuspid pula memisahkan atrium kanan dan ventrikel kanan, manakala injap pulmonari memisahkan ventrikel kanan dan salur darah pulmonari.

Masalah injap bocor ialah apabila injap tidak dapat berfungsi dengan baik dan mengakibatkan darah mengalir ke belakang. Jika injap mitral bocor, darah mengalir semula ke dalam atrium kiri dan jika injap aortic, darah mengalir semula ke dalam ventrikel kiri.

Injap paling kerap mengalami masalah bocor adalah injap mitral dan aortic, diikuti injap tricuspid dan pulmonary.

Injap mitral bocor (Mitral regurgitation)

Injap mitral boleh menjadi bocor disebabkan:

masalah prolapse injap mitral
penyakit jantung reumatik
jangkitan endocarditis jangkitan kuman pada injap
penyakit jantung koronari
jantung bengkak

Simptom akibat masalah ini:

Penat atau susah bernafas ketika berjalan atau bersenam
Rasa berdebar-debar

Ujian yang boleh mengesahkan masalah ini ialah ekokardigram atau ultrasound jantung. Di dalam ujian ini, tahap bocor injap dapat dinilai dengan tepat dan jika didapati teruk, pesakit disyorkan menjalani pembedahan injap mitral. Tiada ubat boleh mengubati masalah injap.

Injap aortic bocor (Aortic regurgitation)

Masalah ini disebabkan:

penyakit jantung reumatik
jangkitan endokarditis jangkitan kuman pada injap
masalah yang menyebabkan salur darah aorta menjadi bengkak seperti sindrom Marfan, sifilis dan ankylosing spondylitis

Simptom kerap dialami ialah kesukaran bernafas atau penat, terutama bila bersenam. Sama seperti masalah injap mitral bocor, tiada ubat boleh mengubatinya. Pembedahan tukar injap satu-satunya rawatan untuk masalah injap aortic bocor.

Injap Trikuspid bocor

Injap tricuspid berada di sebelah kanan jantung. Injap ini boleh menjadi bocor disebabkan:

jangkitan endokarditis jangkitan kuman pada injap
Penyakit jantung reumatik

masalah yang menyebabkan ventrikel kanan bengkak seperti:

> pulmonari hipertensi atau tekanan darah tinggi di dalam salur darah pulmonari
> masalah lemah jantung keseluruhan

Simptom disebabkan oleh masalah ini adalah:

bengkak seluruh badan
bengkak kaki
bengkak bahagian abdomen
letih

Manfaat dan kehebatan Minyak Kelapa Dara yang mesti diketahui ! KLIK DISINI



<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS











Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.