Kenali Tanda-Tanda Kanser Kelenjar Air Liur...

Kanser Kalenjar Air liur mungkin jarang kita dengar berbanding dengar kanser-kanser yang lain seperti kanser payu dara, kanser tumor, kanser hati dan sebagainya. 
 
Setiap orang di antara kita mempunyai sejumlah air liur yang tidak terhitung banyaknya. Fungsu utama kalenjar tersebut adalah untuk menghasilkan air liur yang diperlukan dalam proses pencernaan, pemakanan, pertuturan dan sebagainya. Ia juga berfungsi untuk memastikan mulut anda sentiasa lembap. 
 
Kalenjar kita dibahagiakan kepada dua jenis iaitu kalenjer utama (major ) dan kalenjar kecil(minor). Kalenjar utama terdiri daripada 3 pasang kalenjar air liur utama di bawah dan dibelakang rahang - parotid, sublingual dan submandibular ( disebut sebagai kalenjar utama) 
 
Manakala kalenjar minor pula terdapat di merata-rata lokasi seperti disepanjang saluran pencernaan terutamanya di lelangit, lidah, bibir, pipi dan di seluruh kawasan mulut dan tekak. 
 
Kalenjar Parotid adalah merupakan kalenjar terbesar dengan setiap satunya berjisim kira-kira 15gram. Ia terletak di bahagian hadapan dan sedikit bawah daripada telinga. Air liur yang dihasilkan daripada kalenjar ini akan di rembeskan ke dalam ronggan mulut melalui satu saluran sepanjang kira-kira lima sentimeter. 
 
Menurut Pensyarah Kanan Otorinolaringologi, Surgeri Kepala dan Leher, Hospital Univeristi Sains Malaysia, Dr irfan Muhammad berkata, 80 peratus kes ketumbuhan kelenjar air liur adalah terjadi kepada kelenjar Parotid dan mujurlah 80 peratus daripada keseluruhan kes bukanlah barah dan hanya memerlukan rawatan pembedahan mengeluarkan kelenjar tersebut.
 
Namun demikian, jika kes tersebut di dianogsi sebagai Kanser Parotid, keseluruhan kelenjar akan dibuang. Ini kerana walaupun sedikit ia perlu dibuang bagi mengelakkan ia berulang kembali dan merebak di kawasan lain.
 
Kes yang membabitkan kelenjar Parotid ini terbahagi kepada dua jenis iaitu kanser (malignant) atau bukan kanser (benign). Bagi kes yang telah disahkan adalah kanser, kebiasaannya pesakit akan berjumpa dengan doktor jika mengalami gejala seperti kelenjar di bahagian muka semakin membesar dan merasa sakit.
 
Selain itu, antara tanda-tanda yang menunjukkan kanser air liur telah menjadi semakin teruk adalah pesakit mengalami saraf muka lumpuh, senyuman senget, pipi tidak boleh kembung dan mata tidak boleh rapat ketika tidur.
 
Punca barah ini tidak dapat dikenalpasti secara terperinci. Namun ada dikaitakan dengan sesetengah sel dalam kelenjar air liur menjadi mutasi yang menyebabkan sel tumbuh dan terbahagi dengan pantas. Sel yang membentuk tumor boleh merebak ke tisu berdekatan.
 

Tanda-tanda Kanser Kelenjar Air Liur

 
  • Benjol atau bengkak di kawasan berdekatan rahang atau di dalam mulut atau leher
  • sebelah muka menjadi kebas
  • otot pada sebelah muka menjadi lemah
  • sakit yang berterusan di kawasan kelenjar air liur
  • sukar menelan
  • sukar membuka mulut

Manfaat dan khasiat Minyak Kelapa Dara yang mesti diketahui ! KLIK DISINI


Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat BioVCO

Baca Juga Info Kesihatan Berikut :

9 Tanda Anda Mengalami Gangguan Tiroid
Cara Mengawal Tahap Kolesterol
9 Tanda Awal dan Simptom Kencing Manis
Makanan Terbaik Apabila Anda Mengalami Jangkitan Resdung
Makanan dan Minuman Untuk Penyembuhan Tonsilitis
Menurunkan Berat Badan Dengan Pemakanan Ini
Kekalkan Dan Mengatasi Penyakit Dengan Pemakanan

$alt2