Masalah Buasir, Rawatan Dan Ubat Buasir

Punca rambut gugur dan cara mengatasi dengan BioVCO ANDA biasa membuang air besar dan ada daging membengkak yang akan keluar bersama najis? Walaupun ia sedikit aneh tetapi daging bengkak itu tidak sakit dan akan termasuk semula ke dalam dubur.

Adakah anda tahu benda itu dinamakan buasir? Buasir terjadi di dalam dubur. Ia tidak normal dan memang pesakitnya tidak akan merasa sakit bila membuang air besar. Buasir masalah kesihatan yang biasa dan dikatakan setiap seorang dari tiga orang pernah mengalami pendarahan akibat buasir dalam hidupnya.

Apa penyebab buasir? Di dalam dubur manusia, ada struktur yang dikenali sebagai 'vaskular endocushions' yang menyebabkan otot-otot dubur kenyal. Biasanya, struktur ini kecil dan tidak ketara. Walau bagaimanapun, apabila seseorang itu mengalami sembelit ataupun meneran ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

Selepas beberapa lama, ia akan hilang lalu terkeluar dari anus. Kadangkala ia akan beriringan dengan darah. Pakar perubatan berpendapat, buasir adalah implikasi kepada postur manusia yang berdiri.

Tahap buasir:

1. Buasir tahap satu; pesakit biasanya mengalami pendarahan.

2. Buasir tahap dua; buasir sudah terjulur keluar tetapi masuk dengan sendiri selepas membuang air besar.

3. Buasir tahap tiga; buasir sudah terjulur keluar dan tidak masuk kembali selepas membuang air besar melainkan ditekan ke dalam dubur. 4. Buasir tahap empat; ia kekal di luar anus. Buasir tahap ini boleh mengalami pendarahan dalam, luka dan bernanah. Ia boleh mengakibatkan sakit yang serius.

Buasir boleh diubati tetapi ia harus dipastikan terlebih dulu kerana pendarahan yang terjadi ketika membuang air besar boleh juga dikaitkan dengan kanser anorektal. Buasir tahap satu biasanya akan diberikan ubat vasotopik dan dinasihatkan mengubah pengambilan diet. Biasanya diet tinggi serat seperti buah-buahan, sayuran dan bijiran dicadangkan.

Buasir tahap dua akan dirawat cara yang sama dengan tahap satu tetapi kerana sudah ada jisim yang terunjur keluar dari anus, langkah tambahan dibuat dengan `rubber ligation', suntikan fenol dan `photocoagulation' dipertimbangkan.

Buasir tahap tiga dan empat, memerlukan rawatan pembedahan. Kaedah yang biasa digunakan adalah `haemorrhoidetomy' sama ada cara terbuka atau tertutup. Tetapi pesakit berhadapan dengan kesan selepas pembedahan yang sangat menyakitkan dan proses penyembuhan lambat dan mengambil masa tiga hingga empat minggu untuk pulih sepenuhnya.

FAKTA:

- Darah ketika membuang air besar
- Biasanya darah itu berwarna merah cerah yang keluar sebelum atau selepas meneran.
- Darah mungkin menitis, menyembur atau tercalit pada tisu tandas yang digunakan.
- Ada buasir terjadi tanpa darah.
- Jenis ini terbentuk dalam alur dubur dan keluar semasa membuang air.
- Ia tidak sakit tetapi gatal-gatal.

Punca buasir

- Sembelit.
- Cirit-birit yang kronik.
- Kekurangan serat dalam pengambilan makanan.
- Hamil dan melahirkan anak.

BioVCO sebagai penawar buasir


Minyak Kelapa Dara untuk Buasir Walaupun tidak terdapat bukti saintifik yang menyatakan BioVCO membantu masalah buasir, ramai pesakit buasir yang telah menggunakan BioVCO memberikan maklumbalas yang amat positif terhadap keberkesanannya. Pertama, apakah minyak kelapa? Ia adalah lemak daripada 100% kelapa. Ia adalah 85% lemak tepu dan ia juga dianggap sebagai salah satu daripada minyak yang stabil.

Jadi, mengapa BioVCO menjadi penawar buasir semulajadi yang baik?

Salah satu sebab utama adalah bahawa ia mengandungi banyak nutrien yang baik untuk tubuh :

1 - Ia mengandungi lemak sihat atau kolesterol HDL yang tinggi dan baik apabila dimakan.

2 - Ia adalah makanan yang memiliki sifat-sifat antivirus, antimikrob, dan antibakteria yang kuat.

3 - Minyak Kelapa adalah makanan berasaskan sumber semulajadi. Ia adalah lemak tepu yang mengandungi kepekatan tertinggi (62%) lemak tepu rantaian sederhana trigliserida (MCT), kelas khas dalam kumpulan asid lemak. MCT ini bertindak seperti karbohidrat dalam badan, dimana ia lebih mudah dihadam dan diserap oleh tubuh. Tubuh menggunakan lemak ini sebagai tenaga bukannya menyimpannya sebagai lemak didalam badan.

4 - Paling penting, kepekatan tinggi lemak tepu rantaian sederhana trigliserida dalam BioVCO adalah terdiri daripada 50% asid laurik, asid yang diperlukan untuk membina dan mengekalkan sistem imun badan kita. Susu ibu merupakan satu-satunya sumber yang mengandungi asid laurik. Ia membantu sistem imun Secara semulajadi untuk merangsang dan membantu memerangi penyakit seperti buasir.

Bagaimana anda menggunakan BioVCO sebagai penawar buasir semula jadi?

BioVCO adalah berkesan sebagai penawar buasir semula jadi apabila diminum dan disapu.

- Pertama, bersihkan kawasan yang mengalami buasir, anda boleh menggunakan kapas untuk mengeringkan kawasan buasir dengan lebih baik.

- Kemudian, sapukan BioVCO pada tempat yang mengalami radang atau bengkak buasir sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk sekurang-kurangnya 3 hari.

- Disamping itu minum 2 sudu pagi dan 2 sudu malam BioVCO.

Pengawalan Penyakit Kardiavaskular

Pengawalan Penyakit Kardiavaskular

Pengawalan Penyakit Kardiavaskular







$alt2