<?php echo $tajuk; ?>


Radikal bebas punca sakit kronik



Im SAINTIS percaya, kehadiran radikal bebas boleh mengancam kesihatan dan menjadi penyebab utama kepada pelbagai masalah kronik. Malah, kehadiran radikal bebas juga sering menjadi kebimbangan kerana ia dikatakan boleh mempercepatkan proses penuaan dan meningkatkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis, artritis dan kanser.

Saintis juga menganggarkan lebih 10,000 radikal bebas menyerang sel badan kita setiap hari. Radikal bebas ialah atom atau molekul yang sangat aktif dan tidak stabil kerana mempunyai satu elektron tidak berpasangan dalam strukturnya.

Untuk menjadi stabil, atom atau molekul ini perlu mendapatkan satu elektron. Caranya ialah dengan mencuri satu elektron daripada molekul lain dan molekul ini pula akan menjadi radikal bebas kerana ia tidak lagi stabil.

Bagi mengembalikan kestabilannya, molekul kedua ini akan mencuri elektron daripada molekul lain dan proses ini akhirnya akan membentuk rantaian radikal bebas.

Rantaian reaksi spontan ini akan menyebabkan kerosakan fungsi sel dan boleh membawa kepada kematian awal sel berkenaan.

Dari mana datangnya radikal bebas ini? Radikal bebas dikenal pasti berpunca daripada beberapa sumber, iaitu:

>> Makanan tidak sihat
>> Makanan berlemak, bergoreng dan hangus (seperti kepingan hitam pada sate atau ikan bakar).
>> Minuman beralkohol.
>> Rokok .
>> Sebatang rokok dikatakan membebaskan 3 trilion radikalmbebas ke dalam sistem peredaran darah.
>> Tekanan.
>> Semua bahan kimia dan sesetengah hormon endokrin menghasilkan radikal bebas.
>> Bahan kimia toksik (seperti racun serangga).
>> Sinaran ultra ungu.
>> Pencemaran alam sekitar.

Penghasilan radikal bebas berlaku sepanjang masa dan ia sukar dikawal.

Bagi mengimbangi kemusnahan sel akibat serangan radikal bebas ini, ramai penyelidik, terutama dalam bidang kesihatan dan kecantikan, berlumba-lumba mencipta barangan mengandungi antioksidan.

Antioksidan adalah bahan yang dikenal pasti dapat menghapus atau melemahkan radikal bebas dengan mendermakan satu elektron atau mendermakan satu elektron kepada radikal bebas.

Inilah caranya antioksidan bertindak menstabilkan radikal bebas, sekali gus melindungi kerosakan sel badan.

Antioksidan boleh ditemui dalam beratus bahan semula jadi, terutama sayur-sayuran dan buah-buahan.

Pigmen yang memberi warna kepada sayur dan buah yang secara umumnya dipanggil fitokimia inilah sumber antioksidan terbaik.

Inilah sebabnya kita disaran mengambil lima hingga sembilan hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.

Bagaimanapun, dalam keadaan hidup kita hari ini, saranan pakar pemakanan itu sukar diamalkan.

Apatah dengan kaedah penyediaan makanan yang kurang baik, bahan antioksidan boleh hilang begitu saja.

Profesor Jabatan Sains Farmasi Universiti Creighton, California, Profesor Debasis Bagchi, berkata aspek pemakanan perlu diberi keutamaan bagi menjaga kesihatan, dan mempelbagaikan pilihan sajian harian adalah pilihan bijak.

Antara fitokimia yang penting ialah antosianin. Ia adalah pigmen yang memberikan warna biru, ungu dan merah kepada tumbuh-tumbuhan.

Tiga pigmen ini berfungsi melindungi tumbuh-tumbuhan daripada sinaran ultra ungu dalam cahaya matahari.

Berdasarkan prinsip sama, antosianin dikatakan dapat memberi perlindungan kepada tubuh manusia terhadap serangan radikal bebas dan mengurangkan risiko penyakit kronik.

"Antosianin adalah bahan antioksida yang kuat dan dapat menghapuskan pelbagai radikal bebas berlainan secara serentak pada satu masa.

"Banyak kajian membuktikan buah-buahan beri seperti strawberi, elderberi, bilberi liar, kranberi, beri biru liar dan raspberi kaya dengan antosianin.

"Kajian menunjukkan antosianin daripada buah-buahan beri ini bukan saja mempunyai sifat antioksidan, tetapi turut bertindak sebagai antikeradangan, antimikrobial, anti-angiogenesis (bagi mengelakkan kanser) memperbaiki fungsi penglihatan dan juga antipenuaan,"

katanya. Lebih penting, ia juga dikatakan mempunyai sifat antikarsinogenik, memberi perlindungan kepada sistem kardiovaskular, mengawal paras gula dalam darah, khususnya bagi pesakit kencing manis, mencegah jangkitan saluran kencing dan menyekat serangan bakteria Helicobacter pylori yang menyebabkan masalah gastrik, ulser perut, kanser perut dan keradangan usus.

Selain aspek kesihatan, antosianin digunakan secara meluas untuk menjaga kesihatan kulit dan mengelak masalah penuaan awal dengan membentuk kolagen baru kerana pada masa sama ia juga mampu meningkatkan tindakan vitamin C dan E bagi mengembalikan keremajaan kulit.

Manfaat dan khasiat Minyak Kelapa Dara yang mesti diketahui ! KLIK DISINI


DAPATKAN SEKARANG Klik Disini



RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT Klik Disini






<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS';







Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.