<?php echo $tajuk; ?>


Darah tinggi : Ambil serius



Darah tinggi : Ambil serius Di Malaysia, hipertensi merupakan masalah umum di mana, menurut Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia, Datuk Dr. Azhari Rosman, seorang daripada tiga rakyat Malaysia berusia tiga puluh tahun ke atas menghidapinya.

Hanya enam daripada 100 orang dapat mengawal tekanan darah mereka. Lebih membimbangkan, hanya lebih sedikit daripada satu per lima (dua puluh tiga peratus) rakyat Malaysia yang menghidap tekanan darah tinggi sedang mengambil ubat, katanya.

Menurutnya, statistik tersebut menunjukkan jurang rawatan yang serius membabitkan pesakit dan juga doktor.

Masyarakat perubatan dan orang ramai mesti mengubah sikap mereka terhadap bahaya masalah ini dan menyedari keperluan merawat hipertensi secara agresif di peringkat awal.

Sementara itu, Ketua Nefrologi Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. Zaki Morad Mohd. Zaher mengakui cabaran untuk meyakinkan pesakit bahawa mereka perlu mengambil ubat bagi mengawal tekanan darah.

Walaupun hipertensi merupakan antara penyakit kardiovaskular yang paling mudah dirawat, kematian yang disebabkan oleh pembunuh senyap ini terus meningkat.

Ini kerana, apabila rawatan disyorkan, pesakit sering tidak mengambil ubat seperti yang diarahkan, kata Dr. Zaki Morad merangkap pengerusi jawatankuasa kerja yang merangka garis panduan Malaysia bagi rawatan hipertensi.

Kumpulan kerja tersebut ditugaskan untuk merangka garis panduan bagi pihak Kementerian Kesihatan dan Akademi Perubatan.

Kajian Kesihatan dan Kemorbidan Kebangsaan pada tahun hadapan akan membuat penyiasatan lanjut ke atas 70,000 rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas untuk membuktikan penularan penyakit hipertensi, kardiovaskular dan diabetes di negara ini.

Peningkatan kejadian hipertensi amat ketara dengan kenaikan berganda, daripada 58,961 pada 1985 kepada 103,512 pada 1998. Persatuan Hipertensi Antarabangsa meramalkan bahawa sehingga 42 peratus daripada penduduk dunia atau hampir seorang daripada dua orang dewasa akan menghidap penyakit hipertensi menjelang tahun 2020. Bagaimanapun, kata Dr. Zaki Morad, ramai yang tidak tahu mereka sebenarnya menghidap hipertensi memandangkan masalah ini sering timbul tanpa gejala.

Bagi mereka yang sedar, bukan semuanya menerima rawatan dan di kalangan mereka yang diberi rawatan tersebut, hanya segelintir dapat mengawal tekanan darah mereka.

Oleh kerana hipertensi adalah penyakit tidak bergejala, pesakit sering mengabaikan rawatan, katanya.

Tidak sampai separuh daripada pesakit yang menghidap hipertensi berjaya dirawat dengan pengambilan ubat. Memandangkan hanya segelintir pesakit dapat mengawal tekanan darah mereka, situasi ini perlu dinilai dengan lebih mendalam.

Ini mungkin bermakna mereka tidak mematuhi arahan rawatan, mereka tidak mendapatkan ubat yang betul atau kombinasi ubat yang betul. Sementara itu, doktor mereka mungkin tidak cukup agresif merawat masalah tekanan darah mereka.

Sudah tentulah terdapat juga pelbagai sebab lain. Adanya pelbagai jenis ubat tekanan darah membolehkan doktor menyesuaikan rawatan mengikut pesakit dan keadaan mereka.

Menurut Dr. Zaki Morad lagi, pada tahun-tahun kebelakangan ini, bukti kukuh telah dikumpulkan tentang sasaran rawatan bagi hipertensi.

Jelas sekali tekanan darah kini perlu dikawal pada tahap yang lebih rendah berbanding sebelumnya bagi mengurangkan kerosakan kepada jantung.

Usaha mencapai sasaran ini biasanya memerlukan dua atau tiga ubat antihipertensi, namun begitu pematuhan kepada rawatan mungkin menjadi masalah, katanya.

Apa yang lebih membimbangkan, ujar beliau, hipertensi menjadi punca utama sakit jantung, strok dan kegagalan buah pinggang. Dari segi kesan ekonomi, ia memberikan kesan besar ke atas produktiviti walaupun sukar untuk memberikan ukurannya.

Di beberapa negara, tekanan darah yang dikawal secara berkesan berupaya mengurangkan kejadian strok dan sakit jantung, sekali gus menghasilkan penjimatan besar kepada sistem penjagaan kesihatan. Dr. Zaki Morad menjelaskan, satu lagi aspek penting rawatan adalah usaha memastikan jadual rawatan dipatuhi.

Pilihan ubat penting. Faktor yang diambil kira termasuk ketiadaan kesan sampingan besar, jadual dos yang menyenangkan, kos dan penyakit yang berkaitan.

Kelas ubat yang dinamakan ARB memberikan sedikit atau tiada langsung kesan sampingan dan mungkin menggalakkan tahap pematuhan yang lebih tinggi, katanya.

Terdapat kos ekonomi yang dikaitkan dengan ketidakpatuhan kepada rawatan. Ubat yang terbuang dan kemerosotan tahap kesihatan seseorang, meningkatkan lagi kos penjagaan kesihatan.

Usaha memantau cara pesakit mengambil ubat dan melaksanakan sistem lebih baik mungkin menjimatkan kos kewangan di samping meningkatkan tahap kesihatan dan kebajikan rakyat.

Usia purata strok di Malaysia adalah 59 tahun. Usia ini sangat rendah. Purata usia serangan jantung dialami ialah 57 dan ini juga sangat rendah, kata Dr. Azhari.

Beliau turut mengaitkan sesetengah isu dan halangan kepada penjagaan lebih baik dengan sikap dan budaya.

Sesetengah doktor tidak yakin bahawa hipertensi adalah masalah serius seperti yang didakwa, dan dengan itu tidak menekankan betapa pentingnya rawatan kepada pesakit.

Di samping itu, rata-rata penduduk Asia tidak suka makan ubat. Sentimen ini, ditambah pula kecenderungan penggunaan herba atau ubat tradisional boleh menyukarkan lagi rawatan, ujar beliau.

Manfaat dan khasiat Minyak Kelapa Dara yang mesti diketahui ! KLIK DISINI


DAPATKAN SEKARANG Klik Disini



RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT Klik Disini






<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS';







Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.