<?php echo $tajuk; ?>


Kolesterol Darah Yang Tinggi



Kolesterol Darah Yang Tinggi Kolesterol darah yang tinggi merupakan satu keadaan di mana tahap kolesterol dalam darah meningkat tinggi. Lazimnya, badan kita akan mengimbangi kolesterol yang diperolehi dari makanan supaya apabila terlalu banyak kolesterol dihasilkan dari makanan, organ hati akan mengurangkannya. Tetapi jika kita mempunyai berlebihan berat badan atau memakan makanan yang tinggi lemak, maka badan kita tidak lagi mampu mengimbanginya. Bila ini terjadi, paras kolesterol darah akan meningkat.

Faktor risiko penyakit jantung yang lain :

>> Sejarah keluarga yang mempunyai penyakit jantung
>> Tekanan darah tinggi
>> Merokok
>> Diabetes
>> Kegemukan (berlebihan berat badan)
>> Gaya hidup yang sedentari

Jika anda memiliki satu atau lebih dari faktor di atas, anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan kolesterol darah anda.

(Jumlah paras kolesterol yang disyorkan : di bawah 200mg/dl atau di bawah 5.5mmol/L dengan paras kolesterol LDL kurang dari 130 mg/dl dan paras kolesterol HDL lebih dari 35 mg/dl (#1.6 mmol/L). Pada kebiasaannya kaum wanita yang masih mengalami haid mempunyai HDL lebih tinggi dari kaum lelaki. Jadi untuk kaum wanita, paras HDL yang melebihi 55 mg/dl adalah baik dan disyorkan. Jumlah paras kolesterol yang melebihi 200 hingga 220 mg/dl selalunya dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung.

RISIKO

Paras kolesterol yang tinggi boleh meningkatkan risiko saluran darah tersumbat yang boleh mengakibatkan:

>> Serangan jantung
>> Angin ahmar (strok)
>> Serangan sakit dada atau angina
>> Tekanan darah tinggi
>> Kegagalan buah pinggang

Pengurusan sendiri

Pendekatan bukan-farmakologi

Penurunan berat badan- bersenam secara tekal (tetap dan berterusan) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk 30 minit bagi setiap sesi. Berat badan hendaklah diturunkan tidak melebihi 0.5-1.0 kg setiap minggu. Indeks Jisim Badan yang disyorkan ialah antara 18.5 - < 25 kg/m2 dan ukuran nisbah pinggang-pinggul ialah < 0.9 untuk lelaki dan < 0.8 untuk wanita.

Berhenti merokok

Pengambilan alkohol yang berlebihan akan meningkatkan paras trigliserida plasma. Walau bagaimanapun, meminum alkohol secara sederhana dikaitkan dengan peningkatan paras kolesterol HDL (tidak melebihi 21 unit untuk lelaki dan 14 unit untuk wanita) (1 unit alkohol adalah bersamaan dengan = pain bir, 1 gelas wain atau = 'peg spirit')

Manfaat dan khasiat Minyak Kelapa Dara yang mesti diketahui ! KLIK DISINI


DAPATKAN SEKARANG Klik Disini



RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT Klik Disini






<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS';







Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.