<?php echo $tajuk; ?>


Mengatasi masalah sembelit



Mengatasi masalah sembelit SEMBELIT merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, najis atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau perkumuhan feses menjadi sukar.

Ia mungkin mengakibatkan kesakitan dan jika keadaan serius, boleh mengakibatkan tanda-tanda usus yang tersumbat. ''Obstipation merujuk kepada penyakit sembelit yang serius. Sembelit terjadi mungkin disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan sampingan dari ubat dan perubahan struktur badan manusia.

''Sembelit boleh dirawat dengan perubahan cara pemakanan (menambahkan fiber dalam makanan), pengambilan ubat pelawas atau laksatif (julap), enema dan pembedahan,'' kata Pakar Bedah, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain.

*Tanda-tanda awal

Bagi kes sembelit yang biasa, bahan buangan adalah keras dan sukar untuk dikeluarkan.

Meneran mungkin akan menyebabkan hemoroid (buasir) dan fisur anus (perekahan kulit dubur).

Menurut Dr. Abd. Hamid, bahagian abdomen mungkin membengkak, rasa ketegangan dan kadangkala bunyi pergerakan usus yang kuat dari biasa boleh kedengaran.

''Ramai yang berfikir bahawa adalah perlu bagi seseorang itu melakukan perkumuhan usus (membuang air besar) setiap hari.

''Namun begitu, ia adalah normal jika seseorang itu membuang air besar sebanyak sekali dalam seminggu kerana ini tidak akan menyebabkan sebarang tanda,'' ujar beliau.

Ini bergantung kepada tabiat pemakanan, senaman dan lain-lain faktor.

Dr. Abd. Hamid berkata, kes-kes serius (impaksi feses) mungkin akan memperlihatkan tanda-tanda usus tersumbat (muntah) dan cirit-birit paradoksikal di mana bahan buangan yang cair dari usus kecil melepasi bahan terimpak di dalam kolon dan keluar dari dubur.

Sembelit di kalangan kanak-kanak boleh mengakibatkan najis terkeluar dengan tidak terkawal (enuresis; perkumuhan air kencing secara tidak sengaja terutama membasah tilam pada waktu malam dan enkopresis; inkontinens feses. Istilah ini digunakan untuk kekotoran feses berkaitan dengan gangguan psikiatrik)

*Diagnosis

Keterangan oleh pesakit mengenai gejala-gejala pesakit membolehkan diagnosis dibuat.

''Dari aspek tabiat pemakanan, didapati mereka yang mengalami sembelit disebabkan oleh kekurangan dalam pengambilan makanan yang mengandungi fiber atau cecair.

''Sembelit yang disebabkan oleh kekurangan pergerakan mungkin terjadi di kalangan orang dewasa.

''Kesan dari pengambilan ubat-ubatan juga boleh mengakibatkan sembelit (antidepresan dan opiat). Tanda-tanda yang menunjukkan hipotiroidisme jarang ditemui,'' terang beliau.

Semasa pemeriksaan fizikal, kata Dr. Abd. Hamid, sibalum iaitu seketul atau sekelompok najis yang ketara mungkin dapat dikesan.

Pemeriksaan rektal (dubur) dapat memberikan gambaran ton sfinkter anal (gelang otot sekeliling dubur) dan sama ada rektum - bahagian akhir usus besar mempunyai sebarang najis.

Jika ini berlaku, kata Dr. Abd. Hamid, supositori atau enema mungkin boleh dipertimbangkan dan pengambilan ubat secara oral (ditelan) mungkin perlu.

''Pemeriksaan rektal juga dapat memberikan maklumat mengenai konsistensi najis, kehadiran hemoroid dan kebarangkalian wujud sebarang tumor (ketumbuhan).

''Pemeriksaan sinar-X di bahagian abdomen, yang dilakukan ke atas pesakit mungkin menunjukkan kehadiran feses terimpak di dalam kolon dan seterusnya dapat memastikan faktor-faktor lain yang mempunyai tanda-tanda yang sama,'' jelasnya.

*Punca-punca penyakit sembelit

Najis yang keras

* Kekurangan dalam pengambilan diet yang mengandungi fiber

* Penghidratan

* Ubat-ubatan diuretik dan ubat-ubatan yang mengandungi besi, kalsium dan aluminium

Kelemahan otot atau transit yang perlahan, di mana tindakan peristaltic akan musnah atau tidak berlaku, menyebabkan najis tidak bergerak

* Hipotiroidisme (aktiviti kelenjar tiroid yang kurang daripada normal atau bertindak perlahan)

* Hipokalsemia, kehadiran kepekatan kalsium yang terlalu rendah dalam darah

* Kecederaan sfinkter anal

* Ubat-ubatan seperti loperamide, opioids (codeine dan morfin) dan sesetengah jenis antidepresan

* Penyakit yang serius atas sebab-sebab yang lain

* Porfiria akut, salah satu daripada kumpulan penyakit keturunan yang jarang berlaku disebabkan oleh gangguan metabolisme hasil penguraian hemoglobin yang dikumuhkan dalam air kencing

* Diskesia, suatu bentuk sembelit akibat menahan secara berterusan dan lama keinginan untuk membuang air besar

* Penjerutan, di mana sebahagian dari usus kecil atau rektum adalah sempit atau tersumbat disebabkan pemampatan atau pengecutan organ di mana najis tidak dapat keluar

* Penyempitan (istilah perubatannya, striktur)

* Divertikula - sak atau kantung terbentuk pada tempat-tempat lemah dalam dinding trek alimentari

* Tumor atau ketumbuhan di usus atau tisu di sekeliling usus

Sembelit psikosomatik, berdasarkan kemurungan atau ketidakbiasaan dengan keadaan sekitar

* Sembelit fungsi

* Sembelit, sindrom kerengsaan usus, diklasifikasi oleh gabungan sembelit dan rasa tidak selesa dan atau rasa sakit di bahagian abdomen

Testimoni minyak kelapa dara sembelit

Testimoni minyak kelapa dara sembelit

Manfaat dan khasiat Minyak Kelapa Dara yang mesti diketahui ! KLIK DISINI


DAPATKAN SEKARANG Klik Disini



RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT Klik Disini






<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS';







Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.