<?php echo $tajuk; ?>


Menjawab mitos diet



Menjawab mitos diet KEBANYAKAN daripada kita 'menghidap' menyakit malas. Berbanding pergi ke gimnasium atau keluar berjoging, ramai di antara kita yang masih percaya pada krim dalam botol yang menjanjikan paha dan pinggang yang lebih terbentuk dan langsing.

Selain itu, kini sudah muncul banyak jenis diet yang dicipta oleh kita sendiri. Soalnya, maklumat dan tabiat apakah yang perlu kita ikuti?

Tidak makan nasi

Hasratnya adalah untuk mengurangkan berat badan, tetapi jika dilakukan dengan kaedah yang salah, ia boleh membuatkan anda berasa lemah dan tidak sihat.

Rasa letih, sembelit dan komplikasi perut lain adalah masalah yang boleh berlaku, termasuklah kesan jangka panjang seperti penyakit jantung dan kanser kolon.

Sama seperti lemak, karbohidrat sering dipandang buruk dan membahayakan mereka yang menjaga ukur lilit pinggang. Sedangkan pakar kesihatan menyatakan bahawa karbohidrat diperlukan untuk menjana tenaga. Sejumlah 130 gram karbohidrat disyorkan dalam pengambilan harian.

Karbohidrat sihat terkandung dalam bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran sementara sumber seperti minuman soda dan makanan yang menggunakan tepung boleh dilupakan.

Makanan rendah lemak

Kita percaya rendah lemak bermakna kurang kalori, lalu ia lebih sihat berbanding lemak penuh. Anda silap. Tidak semuanya semudah yang anda congak di dalam fikiran.

Produk rendah lemak lazimnya mempunyai kandungan tambahan seperti gula dan tepung yang tinggi. Ia membuatkan anda lebih cepat berasa lapar.

Adakalanya produk berlabel 'rendah lemak' mengandungi lebih banyak kalori daripada produk lemak penuh.

Maka satu-satunya cara untuk memastikan produk rendah lemak yang diambil itu benar-benar memanfaatkan kesihatan, periksa maklumat kandungan dan nutrisi mengikut perbandingan antara kedua-dua jenis produk.

Jika anda berpuas hati, barulah membelinya untuk diisi ke dalam peti sejuk dan perut anda!

Kalori jadi lemak

Di kalangan masyarakat bandar, 'kepercayaan' ini merujuk kepada kalori yang diambil selepas waktu matahari terbenam. "Oh! Hari sudah bertukar malam, jangan makan banyak sebab nanti kita terus tidur dan tidak menggunakannya!"

Fakta sebenarnya adalah: Jika anda makan lebih banyak kalori berbanding yang digunakan oleh tubuh dalam sehari, lemak tetap terbentuk daripada simpanan kalori yang tidak digunakan. Maka, tiada kaitan khusus antara kalori dengan waktu ia diambil.

Banyak minum air

'Saya kurus kerana banyak minum air'. Kalau orang yang berkata demikian itu benar sudah kurang berat badannya, anggaplah sama ada dia bertuah, atau kurang bijak.

Jika tabiat meminum air manis seperti jus, soda serta teh berperisa digantikan dengan air kosong, ini bermakna pengambilan kalori yang kurang dan ia boleh mengurangkan berat badan.

Namun, pengambilan air yang sengaja ditambah tidak akan mengurangkan berat badan. Biarpun air boleh membuatkan seseorang berasa cepat kenyang, namun ia bersifat sementara.

Ini kerana rasa lapar bukan datang semata-mata daripada saiz dan fungsi perut yang minta diisi, tetapi juga keperluannya untuk menyerap nutrisi dalam makanan. Banyak minum air juga tidak meningkatkan metabolisme atau 'mencuci' lemak.

Bersenam ketika lapar

Ia boleh membakar lebih banyak lemak, bukan? Tidak semudah itu! Apabila sedang melakukan rutin aerobik, tubuh manusia membakar lemak serta karbohidrat yang tersimpan dalam makanan yang baru dimakan.

Maka, jika snek dan hidangan sebelum bersenam itu tidak diambil, maka tiada karbohidrat simpanan untuk dibakar dan sebaliknya sistem tubuh akan mula menggunakan jisim otot sebagai ganti.

Kekurangan otot bermakna kadar metabolisme yang rendah. Anda juga akan cepat berasa letih dan seterusnya tidak banyak kalori yang berjaya dibakar.

Seseorang perlu makan sekurang-kurangnya tiga atau empat jam; atau mengambil snek satu atau dua jam sebelum mula bersenam.

Makan kerana bersenam

Ramai yang menyangka mereka boleh makan apa sahaja sekiranya rajin bersenam. Benarkah?

Sesi mengayuh basikal atau berlari di atas treadmill selama setengah jam di gimnasium masih belum memberikan anda lampu hijau untuk menyerbu meja bufet sesuka hati.

Walaupun senaman membakar kalori, berat badan masih cenderung untuk bertambah jika seseorang mengambil saiz hidangan besar bagi makanan yang tidak sihat.

Sering mengeluarkan peluh bukan memastikan anda terselamat daripada kesan daripada setiap yang dimakan. Namun, bukan bermakna anda tidak boleh memuaskan keinginan itu sekali-sekala.

Testimoni minyak kelapa dara sembelit

Testimoni minyak kelapa dara sembelit

Manfaat dan khasiat Minyak Kelapa Dara yang mesti diketahui ! KLIK DISINI


DAPATKAN SEKARANG Klik Disini



RAWATAN dan SIHAT tanpa UBAT Klik Disini






<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS';







Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.