<?php echo $tajuk; ?>


Serangan jantung - Kolestrol tinggi antara punca



Serangan jantung - Kolestrol tinggi antara punca Kita gemar makan nasi lemak berlauk sotong tumis semasa bersarapan tetapi tahukah anda kita perlu bersenam atau berjalan selama dua jam setengah untuk membakar kalorinya.

Sebagai wanita, perkhidmatan tawaran pelangsingan tubuh melalui teknik urutan sering menjadi tarikan. Semasa proses rawatan, kita akan berpeluh namun ia sebenarnya hanya mengeluarkan air dan bukannya memecahkan lemak. Ini disebabkan 70 peratus daripada tubuh manusia adalah air.

Ramai wanita yang tidak mahu gemuk kerana mempengaruhi penampilan, kini apa yang lebih ditakuti ialah risiko serangan jantung.

Menurut Konsultan Kardiologi dan Elektrofisiologi Institut Jantung Negara (IJN), Dr. Azhari Rosman, semakin ramai wanita sedar kegemukan mendedahkan mereka dengan pelbagai jenis penyakit.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk Penyakit Jantung di Kalangan Wanita anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) baru-baru ini.

Menurut Dr. Rosman, kegemukan mengundang pelbagai jenis penyakit termasuk darah tinggi, kencing manis dan serangan jantung.

``Penyakit jantung merupakan pembunuh utama di kalangan wanita dan ia telah mengatasi penyakit kronik yang lain termasuk kanser.

``Pada amnya, oestrogen yang dikeluarkan oleh wanita sepanjang tempoh kedatangan haid dikatakan mampu melindungi wanita daripada pelbagai ancaman kesihatan termasuk penjagaan jantung, namun selepas putus haid, wanita mengalami tiga kali lebih risiko untuk diserang penyakit yang sama.

``Malah selepas serangan pertama, 33 peratus wanita menemui maut dalam tahun pertama selepas serangan berbanding 25 peratus di kalangan pesakit lelaki,'' katanya.

Insiden ini sekali gus meminggirkan tanggapan serangan jantung lebih banyak menyerang kaum lelaki berbanding wanita.

``Anggapan yang menyatakan wanita dilindungi daripada serangan jantung tidak benar kerana secara amnya, penyakit ini menyerang tanpa mengenal jantina.

``Walaupun kajian menunjukkan wanita diserang lebih 15 tahun lewat daripada lelaki namun selepas putus haid, mereka menghadapi tiga kali lebih ganda risiko berbanding sebelum putus haid.

``Sehubungan itu jika di kalangan wanita dalam usia 40-an yang bakal menempuhi era menopaus tidak menjaga jantung masing-masing secara intensif, ia akan membebankan sistem jantung selepas putus haid.

``Ketika itu mereka lebih mudah diserang dan pencegahan untuk mengelak juga telah terlambat,'' katanya.

Faktor

Menurut kajian, terdapat empat faktor utama yang menyebabkan berlaku serangan jantung, antaranya merokok, darah tinggi, kencing manis dan juga lebihan kolesterol di dalam badan.

``Ada banyak faktor yang boleh merosakkan fungsi jantung dan sebab utama kerosakan pada otot jantung.

``Ia dikenali sebagai penyakit kardiovaskular di mana berlaku kesempitan pembuluh darah disebabkan lemak-lemak melalui proses ateriosklerosis atau pembuluh darah tersumbat.

``Keadaan ini menyebabkan otot jantung kekurangan oksigen dan akhirnya rosak atau mati. Apabila rosak, sebahagian daripada jantung akan menjadi parut dan tidak berfungsi. Lama kelamaan jantung menjadi bengkak dan kegagalan jantung akan timbul,''katanya.

Katanya, arterosklerosis adalah proses pengumpulan bahan-bahan lemak dan kolesterol dalam pembuluh darah menyebabkan bekalan darah ke jantung tersekat dan menyebabkan berlakunya serangan jantung.

Faktor risiko paling ketara akibat sakit jantung ialah tabiat merokok dan mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebanyak 50 peratus masyarakat Malaysia merokok.

``Sejumlah RM9.1 juta sehari dibelanjakan oleh rakyat Malaysia untuk membeli rokok dan kini jumlah remaja dan wanita merokok semakin bertambah.

Faktor kedua penyumbang kepada serangan sakit jantung apabila tubuh mengandungi tahap kolesterol yang tinggi. Ia disebabkan cara pengambilan makanan yang kurang sihat, keturunan dan kekurangan aktiviti sihat.

``Wanita digalakkan melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 30 hingga 40 minit. Di samping mengelak makanan berminyak dan berlemak sebaliknya melebihkan sayur-sayuran, buah-buahan dan penggunaan minyak jagung.

``Penyebab lain akibat penyakit darah tinggi. Tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHG dianggap tinggi dan mengikut data Kementerian Kesihatan kira-kira 30 peratus masyarakat dewasa yang dikaji mengalami darah tinggi tetapi baru sahaja dikesan.

``Manakala 41 peratus daripada mereka yang sudah dikenal pasti menghidap darah tinggi tetapi tidak mengambil sebarang jenis rawatan,''katanya.

Seterusnya penyakit kencing manis juga menyebabkan sakit jantung koronari. Penghidap mesti mengawal tahap kandungan gula dalam darah dengan rapi dan bersungguh-sungguh untuk mengelak sebarang komplikasi.

Tambahnya, faktor lain yang menyebabkan jantung rosak ialah alkohol, infeksi jantung dengan virus dan bahan kimia tetapi faktor penyumbangnya dalam jumlah yang kecil.

``Kebanyakan masyarakat juga tidak berusaha mengawal makanan atau pun berat badan sehinggalah terlambat.

``Sering kali faktor risiko ini dikesan hanya apabila seseorang itu dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung ataupun angin ahmar (strok).

``Sikap ini harus diubah terutama di kalangan masyarakat berusia 40 tahun ke atas, jika mempunyai faktor risiko jalani pemeriksaan asas sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun,''.

``Apabila usia meningkat, kemungkinan penyakit kardiovaskular juga turut meningkat. Jantina juga memainkan peranan di mana kaum lelaki berumur 65 tahun ke bawah lebih kerap menghidap penyakit jantung manakala wanita pula selalu mengalaminya ketika berusia 65 tahun ke atas atau selepas menopaus,'' katanya.

Beliau menambah serangan selalunya berlaku selepas pesakit makan atau lepas mandi dan antara tanda awal serangan jantung, pesakit akan berpeluh walaupun cuaca sejuk, sesak nafas atau panik.

``Lazimnya pesakit memberi tahu sakit di bahagian dada seperti dihempap batu berat. Cara rawatan yang disyorkan ialah pembukaan kesempitan menggunakan belon (angioplasty) untuk melebarkan pembuluh darah.

``Sejenis rawatan lagi menggunakan rerelung dawai logam (stent) yang dimasukkan ke dalam pembuluh darah.

Semua jenis rawatan adalah bertujuan memulihkan bekalan darah kepada jantung dengan melitar pintas kesempitan itu (bypass) atau membuka kesempitan (angioplasty). Bagaimanapun kejayaannya bergantung kepada keadaan otot yang sihat.

Penyakit jantung biasanya dipanggil pembunuh senyap kerana seseorang yang menghidap penyakit ini mungkin tidak menunjukkan gejala yang dikaitkan dengannya. Bagaimanapun mereka yang mengalami penyakit jantung boleh mengetahuinya melalui beberapa tanda.

Simptom: sakit dada, sesak nafas, kepala debaran jantung, pengsan, dan sebagainya

Faktor Risiko: Keturunan, Umur Lama, Merokok, Penggunaan Alkohol, Stress, Diabetes, Tekanan Darah Tinggi

Minyak Kelapa Dara untuk Jantung

minyak kelapa dara biovco untuk jantung, kolestrol Terdapat kesilapan fakta apabila minyak kelapa dara dikatakan tidak menyihatkan kerana ia mengandungi lemak tepu dan menyebabkan penyakit jantung. Kajian baru-baru ini membuktikan bahawa fakta tersebut adalah tidak benar.

Penduduk di kawasan yang mempunyai banyak pokok kelapa dan mengambil makanan daripada sumber kelapa, mereka tidak mempunyai penyakit jantung. Lemak tepu dalam minyak kelapa dara adalah unik kerana tidak seperti lemak tepu yang lain ia tidak meningkatkan paras kolesterol darah. Minyak kelapa dara sebenarnya bebas daripada kolesterol.

Kerana ia mempercepat metabolisme, minyak kelapa dara juga boleh mengurangkan jumlah kolesterol LDL (buruk) dan meningkatkan HDL (baik) kolesterol dalam badan. Ia bukan sahaja minyak yang baik untuk jantung, tetapi keseluruhan buah dan jus kelapa. Isi kelapa, jus dan minyak adalah rendah karbohidrat dan tidak boleh menyebabkan kerosakan kepada jantung.

Minyak kelapa dara juga mengandungi asid linoleik sangat sedikit. Ini adalah asid lemak yang memberi manfaat kepada badan jika diambil dalam jumlah yang sederhana. Terlalu banyak asid linoleik dalam diet, boleh mencetuskan serangan jantung dan strok.

Minyak kelapa juga bebas dari lemak trans yang amat berbahaya dan tidak baik untuk jantung.

Testimoni minyak kelapa dara satu

Testimoni minyak kelapa dara satu


BioVCO adalah 100% Minyak Kelapa Dara


>> Ia tidak mengandungi dadah, tiada bahan pengawet
>> 100% organik dan proses penghasilannya secara bioteknologi
>> Selamat dan tiada kesan sampingan terhadap pengguna
>> Terbukti berkesan berdasarkan testimoni pengguna
>> Produk telah dijual secara online sejak hampir 3 tahun
>> Kajian oleh pihak IPTA tempatan selama 8 tahun

Sihat tanpa ubat, selamat dan terbukti berkesan berdasarkan testimoni pengguna sejak 2005.
Baca Maklumat Lanjut

Lain-lain artikel !!!
Jerawat - Jangan pandang remeh
Tekanan darah tinggi



<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS











Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.