<?php echo $tajuk; ?>


Kuku mudah dijangkiti kulat



Kuku mudah dijangkiti kulat SELAIN muka, anggota badan yang selalu menjadi perhatian orang ialah kebersihan tangan, khususnya kuku.

Kuku boleh menjadi lambang keprihatinan seseorang menjaga kebersihan dan kesihatan secara keseluruhan.

Kuku kita dihasilkan daripada sejenis protein dipanggil keratin. Walaupun kuku boleh dikatakan antara tisu terkuat dalam badan, ia mudah mengalami masalah dan menjadi lemah, pecah atau tumbuh terlalu perlahan.

Masalah kuku biasanya disebabkan jangkitan kulat dan lama kelamaan ia boleh rosak dan tertanggal.

Selain itu kekurangan zat, terdedah kepada bahan kimia, kesan sampingan penyakit dan terlalu kerap melakukan rawatan kuku sehingga ia hilang kelembapan semula jadi juga boleh mendatangkan masalah pada kuku.

Kuku juga mudah dijangkiti fungus atau kulat, terutama pada kaki yang sering memakai kasut. Persekitaran gelap, lembap dan hangat adalah ciri utama menggalakkan pembiakan kulat.

Serangan kulat mengubah struktur asal kuku dan menjadikannya rapuh, kasar, bergerigi, kulit di keliling kuku mudah terkopek, kehilangan bentuk asal, bertukar warna menjadi kekuningan, kecoklatan atau kehitaman disebabkan pengumpulan sisa di bawah kuku.

Bentuk kuku juga berubah dan terangkat daripada lantai kuku, menyebabkan anda berasa sakit serta timbul masalah bau kurang menyenangkan.

Fungus kuku adalah parasit mikroskopik yang tak memerlukan cahaya untuk membiak. Sesetengah fungus mempunyai kegunaan, tetapi kebanyakannya boleh menyebabkan jangkitan dan penyakit.

Fungus yang menyerang kuku kaki tergolong dalam kumpulan dermatofit seperti yis dan kulat. Ia boleh memasuki kulit melalui luka kecil atau bukaan antara kuku dan lantai kuku dan mula menimbulkan masalah jika kuku terdedah kepada keadaan panas dan lembap secara berterusan.

Berbanding kanak-kanak, jangkitan fungus lebih kerap berlaku di kalangan orang dewasa, terutama lelaki. Peningkatan umur memperlahankan pertumbuhan kuku dan menjadikannya lebih tebal. Keadaan ini menyebabkan kuku orang dewasa, terutama yang sensitif dan kurang memberikan perhatian kepada penjagaan kuku, mendapat jangkitan.

Selain itu, orang yang mempunyai sejarah keluarga kuku dijangkiti fungus berdepan risiko lebih tinggi mengalami masalah sama. Antara faktor lain yang boleh meningkatkan risiko mendapat jangkitan fungus kuku ialah:

>> Merokok.
>> Kuat berpeluh.
>> Bekerja dalam persekitaran panas dan lembap.
>> Memakai stokin dan kasut yang tiada pengudaraan baik.

Kerap berjalan berkaki ayam di tempat awam seperti kolam renang, gimnasium dan bilik mandi serta tidak membersihkan kaki dengan baik.

Kecederaan pada kuku.

Menghidap kencing manis dan lemah sistem imun badan.

Jika tidak dirawat, jangkitan fungus juga boleh menyebabkan rasa sakit. Sebaik dikesan ada tanda awal jangkitan fungus seperti bintik putih atau kuning pada kuku, segera berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan bagi mengelak kerosakan kekal.

Masalah kuku lebih serius di kalangan pesakit kencing manis kerana peredaran darah ke anggota yang jauh daripada jantung, terutama kaki, biasanya kurang lancar. Ini menyebabkan sel pada kaki kurang menerima zat makanan dan mudah mengalami jangkitan.

Justeru, pesakit kencing manis disaran memeriksa kaki setiap hari supaya sebarang kecederaan boleh dikesan awal. Luka kecil dan jangkitan fungus pada kuku boleh menyebabkan pesakit mengalami komplikasi penyakit seperti ulser. Lebih buruk, luka atau jangkitan dialami pesakit kencing manis biasanya lambat sembuh.

Serangan fungus pada kuku juga sukar dirawat dan kerap berulang. Bagaimanapun, melalui penjagaan rapi dan penggunaan ubat secara teratur, masalah ini dapat dikawal.

Individu yang mengalami masalah jangkitan fungus mungkin disaran mengambil pil antifungus yang turut membantu menggalakkan pertumbuhan kuku baru selepas bebas daripada jangkitan.

Namun rawatan kuku mengambil masa sehingga beberapa bulan untuk mendapatkan kesannya. Jadi anda perlu bersabar untuk melihat pertumbuhan kuku baru.

Untuk mengelak serangan fungus atau jangkitan semula, beberapa panduan boleh diikuti seperti:

Memastikan kuku sentiasa pendek, kering dan bersih. Potong kuku kaki melintang dan buang bahagian keras pada hujung kuku.

Keringkan kaki terutama pada celah jari, setiap kali selepas mandi.

Pakai stokin daripada kain kapas yang dapat menyerap peluh dengan baik. Tukar stokin sekerap mungkin, terutama bagi individu yang ada masalah kuat berpeluh.

Tanggalkan kasut beberapa kali sehari dan selepas bersenam.

Selang-selikan pemakaian kasut bertutup dan bertali.

Gunakan semburan atau bedak antifungus pada kaki dan bahagian dalam kasut bagi memastikan kasut sentiasa kering.

Pakai sarung tangan getah, khususnya bagi yang banyak terdedah kepada air, seperti pekerja restoran ketika mencuci pinggan.

Jangan kopek kulit di sekitar kuku kerana ia menjadi laluan fungsus memasuki badan dan memulakan jangkitan.

Basuh tangan setiap kali selepas menyentuh kuku yang dijangkiti kerana jangkitan fungus boleh merebak ke kuku lain.

Namun langkah terbaik ialah mencegah jangkitan. Antaranya ialah memilih kasut yang ada pengudaraan baik. Lembapkan kuku dengan losyen, terutama selepas lama terdedah pada air.

Cegah sebelum merebak

Jangkitan kulat pada kuku kaki boleh menyebabkan rasa pedih dan sakit.Apabila keadaan ini dibiarkan tanpa sebarang rawatan, jangkitan kulat akan merebak dan menjadi lebih serius. Seharusnya kuku kaki mulai timbul bintik putih dan kuning, segeralah lakukakan rawatan.Kemungkinan besar kuku kaki anda sudah dijangkiti kuman.

Jangkitan kuman kulat pada kuku kaki agak sukar untuk dirawat dan kerap berulang.Jadi anda perlu melakukan rawatan dengan penggunaan ubat secara teratur.baiknya tempoh rawatan lebih dari seminggu hingga sebulan.

Pengambilan pil antikulat ( antifungal ) dikatakan berkesan untuk membantu menggalakkan pertumbuhan kuku baru selepas bebas jangkitan.

Sentiasa jaga kebersihan kuku kaki.Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih.

Disarankan agar anda memakai kasut dan stokin yang senang menyera[ peluh dengan baik.

Sapukan cecair pembasmi kulat yang mengandungi bahan aktif seperti clotrimazole yang berkesan untuk menghapuskan pelbagai jenis kulat.

Testimoni 

minyak kelapa dara kuku


BioVCO adalah 100% Minyak Kelapa Dara


>> Ia tidak mengandungi dadah, tiada bahan pengawet
>> 100% organik dan proses penghasilannya secara bioteknologi
>> Selamat dan tiada kesan sampingan terhadap pengguna
>> Terbukti berkesan berdasarkan testimoni pengguna
>> Produk telah dijual secara online sejak hampir 3 tahun
>> Kajian oleh pihak IPTA tempatan selama 8 tahun

Sihat tanpa ubat, selamat dan terbukti berkesan berdasarkan testimoni pengguna sejak 2005.

Lain-lain artikel !!!
Diet kawal diabetes
Tekanan darah tinggi



<?php echo $tajuk; ?>




beli minyak kelapa dara via SMS











Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain.. - ** Harap maklum - webmaster.