Ekzema radang kulit | Ekzema | Rawatan dan Sihat Tanpa Ubat


Ekzema radang kulit

<?php echo $tajuk; ?>


Ekzema radang kulit BIASA kita lihat kanak-kanak yang pipinya mempunyai tompok kemerah-merahan seperti melepuh. Ramai menyangka ia kurap susu tetapi sebenarnya masalah itu adalah ekzema, iaitu kulit sensitif yang bukan saja berlaku pada kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa.

Dikenali juga sebagai atopic dermatitis, ia berlaku disebabkan jangkitan bakteria di kawasan berpeluh yang menyebabkan kulit menjadi kemerahan, gatal dan berkerak. Ruam merah berkenaan kelihatan seperti kulit melecur.

Radang kulit ini berlaku pada semua bangsa dan pelbagai peringkat umur.

Kira-kira 85 peratus kes dihidapi kanak-kanak berusia bawah lima tahun. Ia boleh berlaku di mana-mana bahagian tubuh, misalnya di lipatan leher, lengan, kaki, hidung, muka dan pelipat kaki.

Penyakit ini boleh pulih tetapi bergantung kepada ketahanan antibodi seseorang sama ada pada usia dua, enam atau 12 tahun. Dalam sesetengah kes, penyakit ini dihidapi pesakit hingga ke akhir hayat.

Komplikasi ekzema ialah gatal menyebabkan pesakit sering menggaru. Akibatnya, mereka terdedah kepada jangkitan kuman serta menyebabkan nanah. Ada pesakit yang mengalami ekzema daripada kepala hingga ke tubuh.

Jika ekzema dihidapi serius, steroid akan digunakan untuk merawat masalah itu atau pesakit dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan selanjutnya.

Perunding Pediatrik Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr Syed Nazir Ms Kadir berkata, ekzema bukan penyakit popular satu masa dulu, tetapi bilangan penghidapnya kini semakin meningkat disebabkan faktor persekitaran dan pemakanan.

“Semua orang terdedah kepada risiko mendapat ekzema tetapi risiko lebih tinggi kepada yang ada sejarah penyakit tertentu seperti asma, alergi dan ekzema dalam keluarga,” katanya.

Menurutnya, disebabkan salah tanggapan ekzema boleh berjangkit, ada individu menjauhi pesakit ekzema. Bagaimanapun, penyakit radang kulit itu bukan penyakit berjangkit, sebaliknya berpunca daripada sistem imun yang lemah.

“Jangan buat kanak-kanak penghidap ekzema berasa tersisih. Emosi mereka terganggu kerana penyakit ini membataskan aktiviti mereka.

“Mereka tidak boleh bermain seperti kanak-kanak lain kerana penyakit ekzema menjadi lebih buruk apabila mereka berpeluh,” katanya.

Dr Syed Nazir berkata, penyakit itu datang dan pergi menyebabkan pesakit harus mengambil langkah pencegahan bagi mengelak ia berulang.

Antara perkara yang perlu dihindarkan pesakit ialah menggunakan sabun mandi yang mempunyai pewangi kerana ia mengandungi lebih banyak bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit kering.

Pesakit juga perlu mengelak berada di tempat panas kerana kulit mereka yang sensitif akan memberi kesan buruk apabila berpeluh.

Mereka juga menghindarkan kulit daripada bahan atau perkara yang boleh mencetuskan ekzema seperti kosmetik, pakaian, sabun pencuci pakaian mahupun barang kemas. Selain itu, elak juga pakaian tebal yang mudah membuatkan mereka berpeluh.

Pesakit harus menyapu pelembap bagi mengelak kulit kering. Jika ekzema dihidapi serius, steroid akan digunakan untuk mengurangkan masalah itu.

PUNCA

Keturunan, alahan, kulit yang kering, gatal dan sensitif pada cuaca panas dan kain berbulu. Juga boleh terjadi akibat jangkitan virus, penggunaan bahan kimia seperti sabun, pembersih atau minyak wangi mahupun alahan kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan.

GEJALA

Tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki, kemerahan dan rasa terbakar, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit atau bengkak kecil yang berair.

KAEDAH RAWATAN

Doktor akan memberi ubat pencegah gatal seperti antihistamin, losyen pelembap, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan, krim steroid untuk kes ekzema yang teruk dan antibiotik jika berlaku jangkitan kuman.

TIPS MENGURANGKAN GEJALA

Letakkan anak di bilik selesa dan nyaman, elak mandi air panas/suam, elak memakai baju berlapis-lapis, guna pakaian jenis kapas dan nipis, elak fabrik kasar, jangan guna sabun wangi apabila mandi dan guna krim pelembap selepas mengelap anak. Awasi makanan yang menyebabkan alahan serta dapatkan nasihat doktor.

Rawatan tanpa ubat

Minyak Kelapa Dara memiliki sifat antikulat dan dapat membantu mencegah keradangan pada kulit. Disamping itu ia juga boleh meningkatkan elastisiti/keanjalan kulit. Kandungan Minyak Kelapa Dara adalah 100 % organik dan bebas daripada bahan kimia. Oleh sebab itu ia tidak mendatangkan sebarang masalah jangka panjang akibat amalan pengguna.

Pada tahun 1966, suatu penemuan besar telah dirumuskan oleh Professor Dr Jon J. Kabara, seorang penyelidik dan pakar farmakologi di Unversiti Michigan. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara sebenarnya adalah bersifat anti virus, anti bakteria, anti kulat dan anti parasit semulajadi.

BioVCO adalah 100% Minyak Kelapa Dara,

>> Ia adalah produk makanan bukan ubat
>> Amat sesuai untuk kegunaan luaran (disapu) & dalaman (di minum)
>> Ia tidak mengandungi dadah, tiada bahan pengawet
>> 100% organik dan proses penghasilannya secara bioteknologi
>> Selamat dan tiada kesan sampingan terhadap pengguna
>> Kajian oleh pihak IPTA tempatan selama 8 tahun

Sihat tanpa ubat, selamat dan terbukti berkesan berdasarkan testimoni pengguna

Testimoni ekzema minyak kelapa dara satu

Testimoni ekzema minyak kelapa dara satu



Ekzema radang kulit


Lain-lain artikel !!!

Baca lain-lain Info Kesihatan - Klik Disini

Baca TESTIMONI Pengguna - Klik Disini




tracker