Mati Kerana Resdung ?

Mati Kerana Resdung ?



Mati Kerana Resdung ? Resdung, sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus. Sinus merupakan rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan permukaannya diselaputi mukosa iaitu kulit yang mengeluarkan mukus atau hingus. Resdung dikatakan berpunca daripada alahan terhadap habuk, pijat, kutu atau makanan tertentu.

Sekiranya penghidap resdung tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya dengan segera, radang pada ruang sinus ini akan merebak dan menyebabkan radang pada tulang tengkorak (osteomyelitis). Radang tersebut seterusnya merebak ke mata menyebabkan kelopak mata membengkak dan sakit. Pandangan menjadi kabur dan adakalanya mata akan menjadi buta.

Di samping itu, radang ini boleh merebak ke tekak, selaput otak yang mengakibatkan meningitis dan ke otak menyebabkan otak bernanah. Penyakit resdung yang tidak dirawat boleh membawa maut!

Punca Resdung

Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti sebagai punca resdung. Antara yang utama:

· Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus yang berulang kali pada rongga hidung yang kerap menyebabkan seseorang mendapat demam dan selesema. Penyakit resdung ini juga sering dikaitkan dengan ketumbuhan dalam hidung seperti ‘polyps’ dan kanser.

·Struktur tulang hidung yang tidak normal, contohnya patah akibat kemalangan menyebabkan seseorang berisiko mendapat penyakit resdung. Mereka yang mempunyai struktur hidung yang senget (deviated nasal septum) juga berisiko tinggi untuk mendapat resdung.

·Kuman atau bakteria yang berasal dari gigi atas yang sakit atau rosak akan merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinusitis akibat kerosakan gigi.

·Kajian juga menunjukkan tabiat menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar boleh mengakibatkan resdung.

Simptom Resdung

Penghidap resdung biasanya mengalami simpton sinusitis seperti:

Hidung berhingus, terutama ada benda hitam dalam hingus
Hidung tersumbat
Hidung selalu berdarah dan bernanah
Jerawat di belakang badan
Rambut gugur dan berkelemumur
Sakit kepala
Keletihan dan badan rasa kurang sihat
Batuk kronik
Gatal-gatal dan kerap bersin terutamanya pada waktu pagi
Mata sering berair
Muka terasa gatal dan tumbuh jerawat bernanah

Petua Mengelakkan Resdung

· Gunakan pembersih hampagas yang baik dan mempunyai penapis yang baik
· Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakasan rumah
· Gunakan penutup hidung semasa mengemas rumah atau perabot
· Elakkan memelihara binatang berbulu dalam rumah seperti kucing dan arnab
· Simpan pakaian dalam almari yang bertutup
· Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang diperbuat daripada kain yang memerangkap habuk atau bulu
· Elakkan menggunakan selimut, sarung bantal dan cadar yang diperbuat daripada bulu binatang. Tukar sekurang-kurangnya dua kali seminggu

Rawat Sebelum Parah

Rawatan resdung diberikan bergantung kepada kategori dan tahap penyakit. Kaedah endoskopi digunakan untuk mengesan penyakit resdung. Tiub kecil dan sumber cahaya dimasukkan ke dalam lubang hidung hingga ke rongga sinus yang membolehkan pemeriksaan lebih teliti untuk mengetahui apakah sebenarnya yang terdapat di dalam rongga hingga membawa kepada gejala resdung. Hingus yang pekat dan basi dalam rongga sinus akan disedut keluar.

Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil akan dilakukan untuk mengeluarkan daging yang tersumbat di dalam sinus. Daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung membengkak apabila seseorang pesakit mengalami alahan, menyebabkan pengaliran udara serta pengeluaran cecair tidak berlaku secara normal.Resdung tidak berjangkit dan tidak diwarisi. Tetapi masalah alahan yang menjadi salah satu punca resdung boleh diwarisi secara genetik.

Rawatan tanpa ubat dengan Minyak Kelapa Dara BioVCO

sinusis, resdung, minyak kelapa dara Minyak kelapa dara untuk masalah resdung?

Minyak kelapa dara boleh digunakan bagi rawatan yang selamat untuk membersihkan sinus dan melegakan masalah pernafasan, dimana boleh membantu untuk bernafas dengan mudah.

Ambil sedikit daripada bekas yang mengandungi minyak kelapa dara dan titiskan kedalam lubang hidung anda. Berbaring dengan kepala anda menurun. Tetap dalam keadaan ini selama lebih kurang sepuluh minit atau hingga minyak kelapa dara tersebut masuk ke dalam sinus anda.

Dalam terpoh tertentu anda akan dapat mengurangkan lendir pada ruang sinus dan membolehkan anda bernafas dengan lebih selesa.

Asid lemak rantai sederhana (MCFA) yang terkandung didalam minyak kelapa dara akan membantu mengurangkan lendir. MCFA adalah antimikrob semulajadi yang sangat kuat dan memiliki kemampuan yang luarbiasa untuk kesihatan.

Anda boleh menjadikan minyak kelapa dara sebagai minyak urut. Urutkan pada leher dan dada untuk mendapatkan bantuan dengan lebih cepat.

testimoni resdung minyak kelapa dara - BioVCO

testimoni resdung minyak kelapa dara - BioVCO

8 Tips Elak Perut Buncit




Nilai Pemakanan Minyak Kelapa Dara


Nilai Pemakanan Minyak Kelapa Dara Minyak kelapa digunakan untuk dalaman dan luaran, ia amat sesuai untuk kulit dan rambut. Ia melembutkan kulit, dan memastikan kulit sentiasa lembut dan berseri. Menyapukan minyak kelapa dara pada kulit kepala membantu meningkatkan kualiti rambut. Anda boleh memiliki rambut yang lebat dan panjang dengan urutan minyak kelapa. Urutan kepala atau urutan kulit adalah cara terbaik untuk menghilangkan tekanan. Selain daripada itu, ia juga boleh memberi bermanfaat untuk penyakit berikut :

Penyakit Jantung
Masalah Penghadaman
Obesiti atau Kegemukan
Masalah buah pinggang
Stress
Paras kolesterol yang tinggi
Diabetes atau kencing manis
Imuniti rendah
Tekanan Darah Tinggi
Masalah gigi
Metabolisme yang rendah
Tulang Rapuh
HIV
Kanser
Pankreatitis
Melambatkan Penuaan

Manafaat Kesihatan Minyak Kelapa Dara

Menurut beberapa doktor naturopathic, minyak kelapa dara adalah antara makanan yang menyihatkan di dunia dan boleh menjadi alternatif yang baik untuk penjagaan kesihatan. Minyak kelapa mengandungi beberapa ciri-ciri unik yang benar-benar boleh membantu masalah jantung dan sistem imun, dan juga boleh membantu badan memetabolismekan lebih banyak tenaga dengan lebih efficiently. Beberapa manfaat kesihatan minyak kelapa dara adalah :

Minyak Kelapa Dara adalah baik untuk rambut

Minyak kelapa dara telah digunakan di seluruh asia selama beratus-ratus tahun untuk mengekalkan rambut agar sentiasa lembut, bersinar dan penjagaan kulit kepala agar sentiasa sihat bagi mengelak kelimumur. Ia amat berkesan untuk menjaga kelembapan kulit kepala. Kulit kepala yang kering dan gatal menyebabkan kelemumur dan kasar serta merosakkan rambut. Minyak kelapa boleh mengembalikan minyak semula jadi kulit kepala dan menjadikan rambut licin dan berkilat.

Minyak kelapa dara untuk Kulit

Minyak kelapa dara mempunyai sifat-sifat pelembab semulajadi, dan boleh membantu merawat kulit kering dan penyakit kulit seperti psoriasis, ekzema dan dermatitis. Jika anda mempunyai kulit kering atau gatal, sapukan sekerap yang boleh dengan minyak kelapa dara untuk mengekalkan kelembapan kulit secara semulajadi.

Minyak kelapa dara boleh mengurangkan risiko penyakit jantung

Walaupun minyak kelapa dara mengandungi lemak tepu tetapi ia adalah dalam kumpulan Asid Lemak Rantaian Sederhana, ia membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan paras kolesterol tinggi. Minyak kelapa dara mengandungi lebih daripada 50% asid laurik yang telah dikaitkan dengan kesihatan jantung yang lebih baik.

Minyak kelapa dara membantu sistem penghadaman

Jika anda berasa letih atau mengantuk selepas makan, anda mungkin mengalami masalah penghadaman. Minyak kelapa boleh membantu melincirkan perut dan mempercepatkan proses penghadaman, menjadikannya lebih mudah bagi anda untuk menyerap nutrien daripada makanan anda dan mendapatkan vitamin dan mineral yang anda perlukan oleh tubuh.

Minyak kelapa menawarkan ciri-ciri antimikrob, antibakteria dan anti-kanser. Ia meningkatkan pencernaan, penyerapan nutrien dan kesihatan usus. Ia menyediakan manfaat kardiovaskular dan membantu menguruskan diabetes jenis 2. Minyak kelapa menggalakkan buah pinggang dan kesihatan hati dan menyokong sistem imun. Ia juga memberi manfaat kepada metabolisme, tenaga, dan pengurusan berat badan.

Membantu menjaga diabetes

Ia tidak menghasilkan kenaikan insulin dalam aliran darah anda. Sebaliknya, ia membantu mengawal gula darah dengan meningkatkan rembesan insulin.

Minyak Kelapa dara adalah Asid Lemak Rantaian Sederhana


Keajaiban Minyak Kelapa Dara Walaupun minyak kelapa dara mengandungi lemak tepu, lemak tepu yang terdapat dalam minyak kelapa dara adalah trigliserida rantaian sederhana atau asid lemak (MCT), yang membantu sistem penghadaman mencerna lebih cekap berbanding lemak lain. Oleh kerana itu lemak tepu dalam minyak kelapa dara tidak disimpan dalam badan kita sebagai lemak. Sebaliknya, asid lemak rantaian sederhana yang terdapat dalam minyak kelapa dara lebih mudah ditukar kepada tenaga, sekali gus mengurangan tekanan pada organ seperti hati, pankreas, dan sistem pencernaan.

Minyak kelapa adalah sumber terkaya alam trigliserida rantaian sederhana. Minyak kelapa dara mengandungi MCT yang menjadikan minyak ini jauh lebih berkhasiat daripada minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak kacang, minyak kacang soya dan minyak zaitun. Sebab kedua mengapa minyak kelapa adalah jauh lebih sihat daripada minyak lain kerana ia tidak mengandungi asid lemak trans yang merbahaya yang boleh meningkatkan kolesterol LDL, dan membantu mengelakkan penyakit jantung, strok dan kencing manis.

Minyak Kelapa dara mengandungi lebih daripada 50% asid laurik. Asid laurik adalah asid lemak rantai sederhana, yang mempunyai fungsi bermanfaat tambahan dibentuk menjadi monolaurin dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah monoglyceride anti-virus, anti-bakteria, dan antiprotozoal digunakan oleh manusia atau haiwan untuk memusnahkan virus lipid bersalut seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, pelbagai bakteria patogenik! "Menurut kajian oleh Dr Mary Enig.

Manfaat dan Penggunaan Minyak Kelapa Dara


Keajaiban Minyak Kelapa Dara Minyak kelapa telah digunakan berabad lamanya sebagai satu sumber makanan untuk kesihatan di dalam masyarakat tradisional kawasan tropika. Kajian terbaru mengesahkan kepercayaan tradisional yang pokok kelapa adalah "The Tree of Life". minyak kelapa dara mempunyai peranan penting sebagai pemakanan seimbang dan diet yang berkhasiat. Meninggalkan gaya hidup yang tidak sihat dan kembali kepada makanan semula jadi yang boleh membantu mencegah pelbagai penyakit dalam badan kita melalui makanan berasaskan sumber semulajadi.

Berikut adalah sebahagian daripada manafaat minyak kelapa dara untuk kesihatan. Minyak kelapa boleh:

• Meningkatkan tenaga anda
• Mengurangkan risiko penyakit jantung
• Mengurangkan risiko kanser
• Meningkatkan penghadaman dan keupayaan untuk menyerap nutrien
• Menggalakkan kehilangan berat badan dan mengekalkan berat badan ideal
• Membantu mencegah bakteria, yis, kulat, dan jangkitan virus
• Menyokong dan meningkatkan sistem pertahanan badan
• Membantu mengawal gula dalam darah dan mencegah dan mengawal diabetes
• Membantu mencegah osteoporosis
• Membantu mencegah penuaan pra-matang dan kedutan pada kulit
• Membantu menjaga kulit anda licin dan lembut
• Membantu melindungi daripada kanser kulit

Caj penghantaran PERCUMA menggunakan Pos Laju

Poslaju Pos Laju produk biovco Pembelian menggunakan kad kredit

Semenanjung Sabah & Sarawak

minyak-kelapa-dara - BioVCO
KINI Hanya !!!


RM68.00


minyak-kelapa-dara - BioVCO
KINI Hanya !!!


RM78.00



Kongsi artikel ini dengan rakan di Facebook

Google

Baca lain-lain artikel :


Cara Pengambilan
Soaljawab produk BioVCO
Soaljawab Minyak Kelapa Dara
Seribu guna dan rahsia
Pengawalan Kardiavaskular
Keajaiban Penyembuhan
Menambah tenaga
Rahsia Tersembunyi
Manafaat & Kelebihan
Antioksida Semulajadi
Kehebatan Tersembunyi
Makanan berfungsi
Bioteknologi
Menurunkan Berat Badan


Mati Kerana Resdung ?




Penafian

- Maklumat yang diberikan tidak sepatutnya digunakan untuk mengenalpasti atau mengubati sebarang jenis penyakit. Sila rujuk kepada doktor atau ahli perubatan yang terlatih dan bertauliah untuk tujuan mengenalpasti jenis penyakit dan rawatan yang bersesuaian. Semua testimoni adalah berdasarkan pengalaman sebenar pengguna dan belum diuji secara klinikal, kesannya mungkin berbeza antara seseorang individu dengan individu yang lain. - ** Harap maklum - webmaster.